my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 29 Disember 2011

HARI KONVOKENYEN KE-25 POLIMAS

SEPT 2011



Setelah penat lelah aku belajar selama 2 1/2 thn, akhirnya aku dapat jugalah mendapat Diploma Kejuruteraan Awam, orang lain buata 2thun sahaja aku plak kena tambah lg satu semester. Begitulah belajar sambil bekerja, pelajaran kena ambil berat, pekerjaan jugak penting dan yang paling penting ialah keluarga. Aku ingat lagi masa mula2 smbung belajar dulu masa tu kt Kulim, pukul 4 pagi dh bangun study apa yg patut, pastu kena masak untuk anak2 n cik suami sbab kelas aku ada smpai 10mlm. Cuba lah korang bayangkan bukan lg 12 jam sehari  dh jadi 14-16 jam. Kalau jenis yang tak sabar dh lama berhenti belajar, nasib baik la cik suami aku amat memahami.

Pasal Belajar kt Kulim, mesti hairan kan, sebab apa aku dpt diploma kt polimas tapi belajaq kt Poli Kulim, sebenaqnya masa mula2 masuk belajaq dulu aku blajq kt Poli Kulim, dengan 2 org lagi sahabat karib teman seopis. Kat Poli Kulim ni tenaga pengajarnya amatlah street gilerrrrr, sedangkan kami hanya belajar part time, bukannya full time. Mungkin sebab kebanyakan lecturer kt Poli ni muda2 lagi kot, tu la pasai depa street giler. Bayangkan kelas 2x seminggu, satu hari 3@4 subjek, tugasan belambak-lambak, dengan kerja lagi yg nk kena buat. Time exam aku rasa dh jawab sampai ketaq kepala pun baru jer dapat 3.0 cuba banyangkan. Aku kt Kulim cuma 2 sem sahaja, bila sem 2 lepas exam aku kantoi satu paper terus jer ajak kawan2 pi polimas sebab aku ada dengaq kt polimas tak la terlalu presure sangat. Saiful n izul dh setuju, cuma arwah kawan aku ni jer tak setuju, nama dia Norma. Arwah cakap suami dia tak bagi berulang jauh sangat. Aku masih ingat lagi arwah adalah satu-satunya teman baik masa aku belajar kt kulim, kami berdua sahaja pelajar pompuan kt kelas tu. Pergi kelas pun kami kongsi kereta, bergilir2 aku dengan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia, masa aku dh pindah kt polimas, masatu kalau tak salah hari raya korban, aku mendapat call dari kawan2 kelas yg norma terlibat dlm satu kemalangan sewaktu nk balik dari pahang ke penang. Rasa sedih sangat2 masa tu, ingat lagi masa last aku cakap dgn arwah ialah sbelum dia bertolak ke pahang, dia raya kt pahang kali ni, tak sangka la itu adalah berbualan terakhir kami berdua. Arwah meninggalkan seorang anak n suami. Semoga arwah dicucuri rahmatnya.

Masa belajar kt polimas tak la tertekan sgt, sebab satu hari ada 2 saja subjek, bermakna satu subjek 4jam. Pulak tu bermakna minggu berikutnya kami tak belajar subjek yg dah ajar minggu ni, subjek minggu ni akan kami belajar pada minggu ke 3 plak. so kalau ada tugasan ada la masa nk siapkan. dan akhirnya setelah bertungkus lumus belajar dapat jugak la aku meraih diploma walaupun pointer aku tak la best, janji aku lulus.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan