my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Jumaat, 24 Februari 2012

AWAS!! BUKU KAMASUTRA UNTUK KANAK2

HATI-HATI DENGAN BAHAN BACAAN KANAK2

Terkejut beruk betoi aku bila tengok kat berita pasal buku ni.... macam2 kaedah digunakan oleh bangsa asing untuk menjatuhkan ISLAM. Celaka betoi..... geramnya aku. Ada ka plak cerita2 cam ni boleh buat komik untuk kanak2.

Kita lepas ni kalau nak beli buku cerita untuk anak2 kita mesti tengok dulu jalan cerita buku tu, jgn main beli ja. Ini semua muslihat org2 kafir untuk menjatuhkan ISLAM, mereka menjadikan kanak2 sebagai bahan utama untuk meruntuhkan agama kita.

Geram betoi aku bila tengok n baca buku ni, fikirlah kalau anak2 kita yang baca buku ni... dan apa riaksi mereka. Bagi aku sesetengah kanak2 ni akan bercerita dgn kita apa yang mereka baca, bagai mana pulak dengan anak2 yang jens pendiam ataupun pemalu? mereka mungkin anggap benda ni betoi kalau kita tak terangkan kepada mereka.

BINI AKU TOMBOY KE?

Wah!wah!wah tajuk kali ni .... tomboy ke aku ni? hihihi

Aku baru jer lepas baca nevel ni, best giler. Gaya bahasa yang selamba dan bahasa yang senang untuk difahami dan sangat2 kelakar. Masa tengah baca buku ni aku asyik ketawa sorang2 jer, nasib baik tak de org kt opis aku ni kalau tidak mau dikatan aku ni gila dok mengekek sorang2.

selalunya novel2 yang aku baca feling habis nyalah, menangis sampai bengkak mata2, tapi nevel ni lain sangat2. sangat teruja untuk mengetahui jalan cerita selanjutnya dan last2 tu da gak la bab2 sedih ni. tapi novel ni sangat2 menghiburkan.

Novel ni memang dah lama pun, tapi sebelum ni aku cam tak berapa minat jer nak baca. satu hari tu bila aku tak der keja nak buat terfikir plak aku nak baca novel ni. Bila dah baca tu kan...... tiba2 jer perasaan ingin baca lagi timbul, dan mulalah aku dok mengekek sorang2 kat opis ni.

Ni la cover novel ni...
kalau yang belum baca tu bawak2 la baca sebab best....


Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.
Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di “Sting Garden” (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. “Ish, takkan aku ni gay kut?”
Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. “Aku ni dah jatuh cinta ke?”
Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang “feeling” terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. “Aku dengan kau, Zack? No way, beb!”
Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Khamis, 16 Februari 2012

Ibu buat kek

Sebenaqnya ibu sekarang ni dah terlebih rajin la pulak, sejak selalu menjengah bloq kawan2 yang rajin masak ni hobi buat kek ibu pun menjadi-jadi. Masa cuti maulidurrasul baru2 ni bila mak ngah cakap nak mai umah ibu dah plan pun nk buat kek kukus coklat moist, kali ni ibu buat 2 adunan takut tak cukup. Resepi cam biasa la ibu olah jugak dari resepi asal, kira apa yang ada la waktu tu. Ibu buat 2 adunan, masa bakar tu lama skit mungkin sebab kek tu tebal so lambat la skit masak. selalunya dalam 1 jam dah masak dah, ni dekat 2 jam baru msak. tapi alhamdulillah kek tu cantik sangat dan sedap sangat2. nanti ibu upload gambaq kt sini yer. Sebelum tu ibu buat kek coklat jugak tapi versi bakar sebab nak cuba oven baru. Kek coklat tu ibu topping dengan chease kt atasnya macam resepi yang ibu ambik katsini.








Kemarin ibu MC sebab ibu kena pergi klinik untuk rawatan susulan, tiba2 ibu dapat panggilan dari teacher syamla. dia cakap irfan deman sampai tak boleh bangun siap muntah2 lagi, risau betul ibu waktu tu. Sebab ibu tau anak ibu kalau sakit sikit tak akan buat hal ini mesti teruk. Irfan memang dah deman ibu ingatkan dah ok sebab pagi tu dia ok jer pun sebelum pergi sekolah.
Sampai jer kat sekolah cikgu tengah mandikan irfan, ibu dengaq irfan nangis2 masa mandi tu, cikgu cakap irfan muntah, makan jer terus muntah. Ibu risau sangat2, mana la tau kot2 jena jangkitan apa2 ka, sekarang ni kan banyak penyakit.  Ibu rasa elok jer ibu bawak irfan terus pi hospital. Irfan cakap dia sakit kepala n pening tak boleh nak jalan, ibu pun terpaksa lah mendukung hero ibu ni walaupun pada hakikatnya ibu bukannya larat sangat pun. Bila lepas Dr periksa dia cakap tak da apa2 cuma perut kosong n deman skit saja baru la hati ibu tenang skit n kita terus balik rumah. Alhamdulillah anak ibu baik sangat hari ni maklum la tak sihat kan, duduk kat dalam bilik tengok tv jer.
Bila ibu nampak irfan cam ok jer ibu pun ingat nak buat sesuatu untuk irfan. Oleh sebab irfan suka roti so ibu cadang nak buat Butter Bread Pudding macam kat Dapurku sayang. Ibu rasa semua bahan2 ada kt rumah....... tapi tiba2 bila ibu buka peti sejuk alamak telur tinggal satu jer, tapi biarlah bukannya ibu tak biasa menderhaka resepi ni...kuang3. alhamdulillah walaupun ibu guna 1 biji telur tetap menjadi tapi tak berapa keras sebab telur kurang. Bagi ibu puding tu tetap sedap dan irfan sangat sukakannya, sampai pagi ni pun dia nak bawal bekal puding tu kat sekolah, nasib baik lagi masih ada baki. Gambaq pun nanti ibu upload yer.











Masa ibu tengah tunggu Puding tu masak, ibu terfikir nak buat bubur nasi untuk irfan makan sebab dia kan asyik muntah sahaja. so ibu buat bubur yang simple2 jer cuma letak daging kalau ada udang lagi best, tapi ibu buat bukan untuk irfan jer makan tapi untuk satu family makan. Ibu tahu mesti anak2 ibu suka bubur nasi yang ibu masak ni. Habis satu periuk bubur yang ibu masak. Itulah kuasa air tangan ibu kan.......

Ahad, 12 Februari 2012

Citer lama kt langkawi

Kursus di Langkawi

Kursus ni tahun lepas lagi, masa ni ibu masih kerja JKR SPU. Kursus ni anjuran JKR SPU, tetapi daerah lain juga dijemput hadir untuk turut serta tapi mejoritinya adalah warga spu. Masa kursus ni ibu ingat lagi macam2  drama telah berlaku, malas la ibu nak cita kat sini kan. Tapi masa kursus ni ada satu peristiwa yang terjadi dan ibu tak mungkin lupakan peristiwa ni, maklum la sebelum ni ibu tak pernah alami lagi. Nak kata trauma tu tak jugak la kan, tak sampai tahap tu lagi la.








Sebenaqnya banyak lagi gambaq tapi ibu dah mengantuk saangat dah malam ni, esok kalau ibu rajin ibu upload lagi yer.


Gambar2 masa kursus kt Langkawi

otw ke langkawi. duduk sebelah shima dbd n pak jang

bbq dinner

ewaaaaaah karaoke tak ok pun.. hujan lebat malam tu pasai aku nyanyi

sang helang

sebelum ke pulau

semua nak bergambar


penat berjalan... rehat kat sini dulu

lepak kat sini tunggu yang lain turun dari tasek dayang bunting


dalam bot

tunggu bot

dalam  bot pusing pulau

shooping time


penat bershoping... pekena air kelapa muda la pulak kak era

bbq dinner malam last

 

Sabtu, 11 Februari 2012

Cerita lama

Sebenarnya gambar ni dah lama dah pun, masa ni dalam kereta sebelum ibu pi kursus kt langkawi. sebelum pi sempat singgah tengok tok kt hospital Sultanah Bahayah. Kat dalam kereta pun kita sempat posing lagi.


Ini dah kali berapa pun entah la tok masuk wad, sian kt tok salalu sakit. seingat ibu selepas arwah tok wan meninggal tok selalu sakit2. Dulu masa arwah tok wan ada tok tak macam ni. Sian tok, kalau ibu keja kt alor setaq boleh la ibu jaga tok. Dr cakap usus tok dah tak kuat kalau buat ot pun belum tentu boleh baik. tapi ni cerita lama, alhamdulillah tok dah sihat dah, tok buat ot kt HKL, ibu doakan semoga tok sihat selalu.

ini masa tok dok hospital sultanah bahiyah














Walimatul Urus

Sabtu, 11 Februari

Hari ni kita nak ke rumah kawan ibu di Permatang Pauh. Kenduri rumah kak azi, dia nak kawin. Kata pi lewat skit sebab abah kerja malam so, abah nak tidoq dulu. Kita sampai rumah kak azi dah jam 3.30 petang tetapi orang masih ramai lagi. Masa kita sampai kita jumpa aunty has n uncle. Dah lama tak jumpa aunty has sejak aunty pindah alor setar. Kita sembang dgn aunty sekejap sahaja sebab aunty dah nak balik.

Lepas makan kita bergambar dengan pengantin, kak azi cantik sangat. Lepas bergambar kita pun balik sebab nak singgah rumah tok ngah nak tengok nenek yang sakit. Ini adalah kali pertama ibu pergi rumah tok ngah, nasib baik kita jumpa rumah tok ngah, lorong 1/1 no. 43. Masa kita sampai tok ngah tak da  kat rumah sebab hantaq anak dia pi tuesyen. kita pun lepak2 ngan nenek je la, ibu buat air n goreng keropok, pandai2 jer ibu masuk dapur orang buat itu ini.

Lepas balik dari umah nenek, kita singgah kt kedai kawan ibu, dia tengah buat promosi untuk pelangsingan badan. kedai dia baru jer buka kt sg 2 ni, dia suruh ibu pi dengan penerengan dari wife dia. Ibu memang minat sangat2 dengan pakej yg ditawarkan cuma rm6ribu jer dengan pakej seumur hidup.


kita bergambar dengan pengantin

ibu n pengantin

kak azi yang sangat cantik

sama cantik sama padan. semoga kekal ke akhir hayat, amin.

Rabu, 8 Februari 2012

Kenduri Arwah

Isnin, 6 feb 2012

Pandangan waktu petang kt sawah

Sempena cuti yang agak lama dan kebetulan kita semua kena berkumpul kat umah tok, so tok ambik keputusan untuk buat sedikit kenduri arwah untuk tok wan. Semuanya ada kecuali teh n family sebab tak boleh balik. Persiapan untuk kenduri kami adik beradik jer yang siapkan, maklumlah adik beradik ibu banyak perempuan so boleh la tolong tok kt dapoq, pak jang jer sorang lelaki.

Sewal jam 9 pagi ibu, tok, pak jang, long, ngah, lang dah sampai kat pejabat agama sebab nak uruskan pasal tanah arwah tok wan. Tunggu kt situ punya la lama dekat 2 jam, org kita buat keja cam tu lah, urusan kerja tak sampai pun 10 minit dah habis, nak tunggu org yg berkenaan tu yg lama.

Lepas selesai kt situ ibu dan semua pergi tengok tok ngah mad n tok ngah Roamah kt umah lang indon dekat dengan Ilmu baru. Tok ngah tak sihat sekarang dok ngan lang don kat umah lang don.

Sampai jer kt umah tok cakap lupa nak beli daging, so ibu keluaq pulak dengan ngah beli daging kt hutan kampung sekilo rm22, mahai wooooooooooooooooo. Ibu ingatkan sekilo rm 20 lagi, tahun lepas ibu rasa baru rm 18 tahun ni dah 22. Balik singgah kt pekan langgaq beli apa2 yang patut. Balik umah buat persediaan kenduri, gulai ikan bawai, daging goreng kicap, ikan temenung goreng, sambal belacan+ikan rebus n ulam timun.

Petang keluaq dgn kak yang pi ambik karpet kt batu 2, cuci karpet dah 2 bulan baru siap, sekeping rm 35 pulak tu... mahai3. semuanya mahai.....

Mak n kak ti tengah masak gulai ikan bawal

orang2 last, yg lain dah balik. Pak lang n tok teh, pak jang pun tumpang sekaki

Sesi mencuci pinggan mangkok, kt kampung masih kekalkan tradisi ni walaupun kenduri arwah

ni sesi anak2 bermain selepas semua org makan