my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 26 April 2012

Nak tayang sat



Anda mesti terpinga-pinga sebab duduk tak duduk (sit not sit) aku letak gambaq ni..... bukan apa ada org nak tengok salah satu benda dlm barang2 ni..... kihkihkih. 

Rabu, 25 April 2012

SeLaMbUt PeRsaHaBaTaN

Cerita selambut ni sebenaqnya dah lepas 13April lagi, aku plak dijemput khas oleh JKR SPU untuk sertai kumpulan selambut  main persahabatan dengan KWSP Seberang Jaya. Lagipun aku dulu kan pemain SPU, tu yg depa ajak aku. Aku pun isi la borang keluaq opis sebab hari tu hari Jumaat so aku ters balik bertam pi ngan depa... malas aku nak drive pi sorang2. KWSP nak buat pertandingan antara KWSP tu yang ajak kami buat pertandingan persahabatan.

Nasib baik bos bagi aku keluaq sebab pagi tadi baru jer lepas meeting kena basuh gila2 punya.... hahahaha. hidup mesti diteruskan.

eh! mana yus? laaaa ambik gambaq la plak. kami jugak wakil Pualau Pinang dalam MAKSAK TRADISIONAL

NaK TaYaNg OrEo CheEsE CaKe

Salam semua.... dah lama sngt kan tak menulis sejak cita pasal fatin jatuh katil 2minggu lepas. Agak sibuk ngan keja sejak kebelakangan ni.

Entry kali ni bab makanan, dh lama dah nak cuba buat tapi tak ada barang yg cukup, masa balik kg baru2 ni singgah Mydin ALor Star so jumpa la geletin yg halal. Kt sebelah SPS ni susah sikit nak cari barang2 nak buat kek . Aku plak dah lama tak gi shopping sejak kerja kt SPS ni, balik kerja yang aku tau masak untuk anak2 n rehat n tidoq. letih weeeeei.

Semalam aku balik kerja awai sebab nak kena pi klinik sebab ubat asma aku dh habis, hahahah aku ni pesakit asma tegar... sudah sebati. alhamdulillah anak2 semua sihat.

Ok cerita bab kek yer... tak berapa nak jadi aku rasa, apa yg kurang tak pasti la pulak, tapi yg penting aku suka n irfan lagi2 la suka, pagi ni siap nak bawak bekal kek pi sekolah.

Rabu, 11 April 2012

JaTuH KaTiL PaRt 2

Panjang jugak la perjalanan cita ni kan....
Sebelah malam cik hb jaga fatin, aku pulak jaga lagi 2 budak nakal kt rumah tu, lagipun aku dah mula sakit2 badan. Fatin pulak tak kisah abahnya yg jaga, tapi sebelum aku balik aku tengok air mata dia bergenang jer, mungkin sedih sebab belom bleh balik lg. Fatin ni jenis yg suka memendam rasa, kalau dia sakit pun dia tak cakap suka pendam sorang2, puas ditanya baru la nak cerita.

Dr pakar yang datang petang jumaat tu belom benarkan fatin keluar, dan hasil pemeriksaan dr tu dia ckap fatin ok dan minta pantikan dr pelatih kt hospital tu supaya fatin berjumpa pakar mata sebab mata fatin masih bengkak.

Pagi sabtu ari tu lepas siapkan anak2 dan kemas rumah aku terus ke hospital ganti cik hb, yang si irfan pulak sibuk nak tengok kakak, bila aku cakap tak boleh masuk sebab bukan waktu melawat terus ja merajuk.

Pagi tu aku tengok fatin dah ceria sikit tapi still tak mau cakap, bila cakap aku pulak xdengaq dan bila aku tanya banyak kali terus ja nak menangis. Orang kat wad tu sampai cakap tak dengaq pun suara fatin, muka masam ja. Aku agak mungkin sebab mata dia bengkak dan dia rasa sakit kot bila nak cakap sebab tu dia diam ja.

Misi ckp fatin dh boleh dis caj tghari ni, syukur alhamdulillah. fatin pun bila tau boleh balik seronok ja. Pasal fatin masuk wad ni aku cuma ckp kt akak aku jer sebab tak nak risaukan mak aku kt kg, tu la kan... mulut tempayan boleh la tutup mulut org ni payah skit, dlam aku dok pesan jgn cita kt mak aku pun berita fatin masuk wad cepat tersebar. Mak aku call tanya keadaan fatin, aku cakap fatin ok jer, cuma mata dia saja yg lebam. Mak cakap nak datang petang tu ngan kak aku (lang), tu la org tua2 kan bukan boleh dengaq berita buruk pasai cucu langsung terus ja bimbang.

Oleh kerana masa mai hari sabtu tu fatin tak bercakap, mak aku datang lagi hari ahad denagn kakak aku yg no 2, bimbang sungguh dia tak bercakap. Hari ahad tu rumah aku penuh smpai malam, saudara sebelah aku n sebelah hb dtg melawat fatin. Hari ni fatin dh mula bercakap dh, so mak tak la bimbang lagi.

hari ke-2

mata masih bengkak

kt rumah, dah mula bercakap

Isnin, Klinik Pakar mata kt BM

Menunggu giliran, dan tak mau ambik gambaq

Selasa, 10 April 2012

JaTuH KaTiL part 1

Rasanya dah lama tak masuk entry baru kan. Nak kata sibuk pun tak jugak tapi rasa cam tak ada apa yang nak dikongsi.

Cerita bab jatuh katil ni kan...... sebenaqnya bukan aku yang jatuh katil, kalau aku cam kata kawan2 aku la kan, kena panggil tukang buat lantai baru. hihiihi jgn la gelak pulak sebab aku dh mangli ngan kutukan cam tu.


Pukul 1.30 pagi
Fatin yang jatuh katil, masa tu dalam pukul 1.30 pagi aku pun masih mamai lagi waktu tu, maklomla baru ja tidoq. Tiba2 aku dengan kakak keriau kuat sangat, aku pun gerak la cik pian pi tengok pasai apa anak dok melalak mlm2 buta ni. Cik pian pi tengok pun masih dok keriau, tak sudah aku pulak yg bangun, masa tu dia dok kt depan bilik air dia cakap dia sakit perut aku pun cepat2 suruh cik pian sapu minyak angin kt perut dia kot2 kembung perut. tapi dia masih lagi menangis, aku mula risau dah. aku ajak dia masuk bilik, bila buka lampu baru aku perasan ada lebam kt muka dia, aku lom syak apa2 lagi.... sekali..................... baru aku ingat dia tidoq atas la ni, dia mungkin jatuh katil, bila aku tanya betoi ka dia jatuh katil baru dia mengaku yg dia jatuh. lagi la panik aku dibuatnya sebab dia cakap perut dia sakit. apa lagi aku suruh cik pian bawak dia pi hospilal la, mana tau kot2 ada kecederaan dalaman.

Pukul 3.00 pagi
 cik pian call, dia cakap dah scan tapi tak der apa2, kakak ok. Lega sikit dengaq hb cakap cam tu. aku tak pi la hospital sebab sapa nak tengok 2 lagi anak2 aku. kalau bawak skali silap hbulan aku plak yg masuk hpital sama pasai semput.

Pukul 3.30 pagi,
cik pian call lagi, dia ckap fatin kena masuk wad, sebab dr pakar nak cek pulak kot2 ada apa2 masalah lain. Lapang la sikit dada dengaq, tapi tak bleh balik lagi la pulak. tak pa lah asalkan kakak sihat.

Pukul 6.00 pagi
Lepas siapkan syasya n irfan ke sekolah aku pun kena hantaq la depa pagi ni, sebelum hantaq cik pian suruh pi ambik dia dulu, biaq dia yg hantaq sebab dia nak balik rumah terus dan aku pulak yg jaga fatin. Ok cam mana pun tak kisah lah. Tiba ja kat wad 2B terus ja nampak fatin, katil betul2 depan pintu sebab mlm tu katil penuh so terpaksa paking depan kaunter misi. Bila nampak aku jer terus menangis sedih, pas tu cakap nak balik. 'ibu kakak nak balik', nanti kita balik la aku kata dia cakap ' nak balik sekarang jugak'. Puas jugak la aku pujuk baru diam.

Masa dr datang melawat dan interview aku lebih kurang dan periksa fatin dia cakap fatin ok tapi kena tunggu pakar tengok dulu. masa dr tu dok sembang dengan aku fatin sibuk ja suruh tanya kt dr bila boleh balik. 'ibu tanya la dr bila boleh balik'. aku pun tanya la dr, ' boleh balik dak lagi dr ari ni?' 'hai, baru ja masuk mana boleh balik lg, nanti tengok apa kata dr pakar dulu'. kihkihkih.... lom bleh balik lagi, sekali lagi dia menangis, puas aku pujuk masih menangis jugak, pastu misi pulak mai pujuk. almaklomla tak pernah masuk hospital so rasa tak selesa la, aku pun tak selesa.

Aku cuba pujuk fatin, ajak dia pi mandi dulu. Lepas ja mandi nampak dia selesa sikit pastu ajak dia pi bilik bacaan sebab mungkin dia tak berapa selesa duduk kt katil saja kan.... bila aku ajak pi bilik bacaan aku nampak dia ok sikit kt situ, mungkin tak dak sapa2 dan dia rasa selesa. Lepas boring kt situ dia ajak balik kt katil.

Tengah hari tu aku tanya dia nak makan apa, kalau nak nanti suruh abah beli, nanti tengah hari abah mai. Dia siap mintak KFC, ok pun tak pa lah terus cakap kt cik pia, bila abah dah bawak tak makan pun, makan weges saja. nasik pun makan sikit sangat, dia cakap tak boleh nak bukak mulut. mungkin kesan daripada bengkat kt mata dia. bila aku pujuk dia makan gak la skit2.

muka masam ja sebab nak balik

tanda nama

letih menangis, terus lena

mata kanan