my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 7 Februari 2011

Lawatan ke sabah


Gambar ni ibu ambil semasa opis ibu buat lawatan ke Sabah. Lawatan ni Bhagian Bangunan yang anjurkan, tapi ada jugak bahagian lain yang dijemput turut serta. So ini merupakan kali ke-2 ibu menjejakkan kaki ibu di Sabah, masa pertama kali dulu waktu menjadi pemerhati KMK, ibu dengan kawan2 ibu pergi bagi mewakili JKR SPU sebagai pemerhati KMK peringkat Kebangsaan kt sana.
Untuk lawatan kali ni, bahagian banguinan melantik satu agrn yang akan menguruskan penginapan dan lawatan semasa kami kt sana. penat betul ibu, yer la kan aktiviti padat sangat. gambar ni masa kami nak bermalam di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ibu lupa la nama tempatnya. Sampai jer kat airport terus ja kami ke sana, bayangkanlah kepenatan yang kami rasakan. esok plak awal2 pagi kami akan bertolah ke bandar KK, akan menginap di sana plak. Dalam perjalanan ke KK macam2 tempat yang kami singgah, tak terdaya ibu dibuatnya. Tapi yang seronolnya sebab ibu pergi dengan kawan2 so tak la terasa sangat. Nanti kalau ada masa, ibu bawak anak2 ibu kesana, kita cari tiket yang murah skit, maklum la kita kan ramai.
Sebanaqnya banyak lagi gambaq, tapi ibu tak sempat la nak upload, nanti2 kalau ibu ada masa ibu uploadkan untuk tatapan pengunjung blog yer.




Masing2 sibuk bergambar sebagai kenangan, esok kami diberitahu kami tak akan singgah lagi tempat ni. Tu yang masing2 sibuk dok posing tu. Bukan senang nak sampai Sabah kan.

teka-teki

bagi 3 cara nk masukkan gajah dalam peti sejuk..
nak tau jawapan...... tungguuuuu

bosan

setelah 6 hari cuti hari ni dah mula kerja, so boring tahap gaban ni.... member baik pun cuti, alahai boring2.
tapi apa nk buat kerja mesti diteruskan, amanah mesti dilaksanakan, hihihihi.
semalam mak ikut kak indon balik KL, so tak de sapa la kt umah di kampg. sebelum balik kami semua pakat2 cuci rumah coz lom tau mak nk balik bila. mak siap pesan macam2 la, maklum la nk pi lama. mak pun aku tengok dah semakin sihat..... orang tua2, pantang segalanya.

Sabtu, 5 Februari 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2011

Selamat pagi, embun makin galak menitis namun mata ini masih belum mahu terpejam. sudah dua malam aku berada di kampung halaman sempena cuti perayaan kali ni. ku tingglkan suami dan hero kesayanganku di sana.

Balik kampung memang seronok, namun yang paling tidak seronok ialah berat badan aku pasti akan bertambah, maklum sajalah banyak menu yang dihidangkan. bangun saja pagi dah mengadap makanan, pastu mkn tghhari, petang n malam, tu tak kira lagi makanan ringan yang aku sumbat kt mulut aku lg..... hai apa nk buat hidup mesti makan.

balik ramai2 lagi la.... semua sibuk nk buat makan. makan, makan, makan. CNY plak kenduri sana-sini, semua tambah kalori, tambah lemah tepu.... so badan aku pun macam belon ler....