my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 26 Mac 2012

TeRuNg BaKaR AlA KJeE

Kjee pernah msukkan entry terung bakar, so bila tengok jee menu kjee terus rasa nak buat... walaupun kjee tak masukkan bahan2 terung bakar tu tapi aku cuba cara aku la. Simple tapi sedap...... (sapa lagi nak puji)

Ni menu untuk makan hari Rabu lepas........ ala kadar jer maklum la pukul 7 petang baru smpai umah. Sampai jer terus masuk dapur nak siap makan malam.... Begitulah rutin ku setiap hari.

Bayangkan dah la drive dari opis balik umah sejam lebih pastu ambik anak2 kt KAFA n tempat asuhan pukul 7 sampai umah terus siap2 untuk makan malam, pas tu siap anak2 untuk mengaji quran..... bayangkan life aku tiap2 cam tu. letih yang teramat sangat.

Dulu 15 minit jer dah sampai rumah, mungkin semua ni dugaan dan ujian yang Allah berikan untuk menguji kecekalan aku sebagai ibu, isteri n pekerja. alaaaa sedih la pulak kan.... korang jgn la menangis plak yer.

Terung bakar ngan sambal

sambal ikan bilis

ikan goreng

Kat sini la tiap2 hari aku dok berkungfu dgn pinggan mangkuk n periuk belanga. Dapur sekangkang kera yg sentiasa selerak

iRfaN YaNg SuKa MeRaJuK

Ni perangai anak lelaki aku yang sorang ni.... suka sangat la merajuk, tak bleh nak tegur atau marah, skit2 nak merajuk perangai mengalahkan pompuan. Entry sebelum ni pun aku dah cita dah pasal dia yg suka merajuk.

Bloq ni banyak aku cerita pasal karenah anak2 aku..... foto2 anak2 la yang paling banyak...


budak merajuk

ni merajuk pasai ibu tak bagi main kamera..... terus meraong.

makan ngan kakak


masa ni angin tngah elok

Korang jgan la dok tengok dinding umah aku lebih2..... anak2 aku semuanya ada seni  hiasan dinding, kihkihkihkih
Ni dia merajuk sebab kakak tak mau ambik gambaq dengan dia

puas pujuk baru gelak

hero yang suka merajuk

iBu SuKa BuAt KeK CoKlAt

iBu semenjak kerja kt Sps ni suka la plak buat kek coklat, bukannya apa terikut-ikut dengan blog yang selalu ibu baca, lagipun anak2 ibu semuanya suka makan kek coklat, kalau kek lain tu bo layan la. Dulu susah sangat nak dapat resepi yang sonang2, yg ada semuanya susah dan now dh dpt yg senang tu yang ibu selalu buat untuk anak2 ibu.

Boleh dikatakan setiap minggu ibu buat, sekali buat 2 adunan terus kalau tidak tak sempat nak malam dah licin. Tak pa demi anak2 ibu yang suka makan kek terutama skali irfan. Irfan kalau tak dapat kek terus mengamuk n paksa2 ibu suruh buat.....

Ni kek yg ibu buat minggu lepas minggu ni tak sempat nak snap sebab awai lagi dh licin

tak cantik langsung kek ibu kan..... tu titisan air kukusan la tu. Janji boleh makan

Rabu, 21 Mac 2012

Nak Balik

Ada10minit lagi nak balik baru gatai tangan nak menaip, tadi dok saja ja. Hari ni pagi makan pagi kt Parit Buntar dengan cam jauh jer kan... yer la aku keja kt Penang tapi makan pagi kt perak, langkah sempadan lagi. Untuk pengetahuan sapa2 yg tak berapa nak tau, jawi n parit buntaq ni sempadan jer.

Petang yang tak berapa nak petang pulak yer lah baru pukul 12 masing2 dah lapaq, maunya tak lapaq asyik dok mengadap bloq masakan jer semuanya sedap so perut pun terus la menyanyi mintak diisi. So kemana lagi kalau bukan Taman Seruling Emas... Pekena Bihun sup n laksa haaaaaaaaaaaa baru lega perut yang berkeroncong tadi. laksa n Mihun akak ni memang sodap, boleh meleleh air hidung dibuatnya.

ok babai....balik dulu yer

Selasa, 20 Mac 2012

TinGGal KeNanGaN

Gambar ni dirakamkan pada thun 2003, ni first time ibu pergi umah teh ngan abah, tok, tok wan n kakak. masa ni kakak baru jer 5 bulan, ibu pun sebenaqnya dah lupa pun pasal gambaq ni sebab pakteh yg ambik. Bila pak teh post jer gambaq ni kt FB terus jer ibu simpan gambar ni. 
Kenapa ya.... ibu nak tak bleh nak upload gambaq? kompius ni...., jap cuba kali lagi. tak boleh jugak la. nanti la ibu cuba upload len yer.. Buat masa ni ibu masuk dulu gambo ni supaya tak kosong sangat post ni...

ok dah berjaya pun upload gambaq ni... masa ni umah teh lom siap lg tapi teh menyewa di kawasan umah dia jugak. tempat mainan ni betoi2 depan umah sewa teh....


Arwah wan n tok

ibu ngan teh, muhammad n iman







Isnin, 19 Mac 2012

MeNtOr MuSiM Ke-6

 
mentor 6
                                         mentor 6
 
Semalam adalah sesi pengenalan Mentor Musim 6. Tengok Mentor semua hebat2 belaka, tapi protege cam biasa2 saja... tapi apapun ini baru peringkat permulaan. Masa masih panjang dan kita tengok siapa yang berjaya memenanghati peminat dan juri.

Kita saksikan mentor bersama protege masing2 DISINI.



Nama : Ana Syuhada Noor Asram
Nama Samaran : Ana Syuhada
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun
Pendidikan: Diploma Muzik (Vokal)


Protege Faizal Tahir
Nama : Anas Bin Ridzuan
Nama Samaran : Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM
dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka



Protege Ella
Nama : Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama Samaran : Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun



Protege Adam
Nama : Abdul Kadir Haji Unding Lana
Nama Samaran : KJ
Asal : Kota Kinabalu
Umur : 24 tahun
Pengalaman : Showdown 2010 dan 2011, Borneo Crew
dan Borneo Soul Breakers



Protege Ferhad
Nama : Salwani Sawi
Nama Samaran : Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun



Protege Fauziah Dato’ Ahmad Daud
Nama : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Samaran : Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun

Khamis, 15 Mac 2012

WeddiNG Ummi

SABTU 10HB MAC 2012

Sebab utama kita balik kampung minggu ialah kerana wedding Ummi. Hari sabtu petang kita dah pi dah umah umi sebab nak hantaq kuih untuk umi di taman Marina Kuala Kedah. Kita pergi ngan tok, mak, long skali. Umi ialah saudara sepupu ibu sebelah tok wan. ibu ngan umi 2pupu, ayah n mak umi dah lama meninggal.

Kita duduk kat umah umi smpai petang jugak la sebab ada sepupu ibu yg belum smpai nak jumpa tok, so kita tunggu sampai diaorg sampai. Oleh sebab dah lama tak jumpa ada yg dah tak kenal pun... terutamanya ibu la, maklumla ibu skrg ni dah montel(bahasa yg indah la skit). Masa ni la dapat jumpa pun.

Bergambar bersama


Dua sepupu ibu
ni plak 3sepupu syasya
AHAD, 11 HB MAC 2012

Esoknya kita pergi rumah umi tapi tok tak ikut skali sebab kita nak terus balik bertam lagipun tok berapa sihat, masa kenduri cam nilah boleh jumpa saudara mara yg dekat n yg jauh. Selamat pengantin baru Umi semoga kekal ke akhir hayat...

umi ngan irfan n fatin

syasya yg tak mau bergambar


syasya tak mau bergambar skali

kakak n kak cik

Lepas makan n sembang2 sat pastu kita terus balik bertam...

Rabu, 14 Mac 2012

WeDDinG KaWan LaMa

Minggu ni kita semua balik kampung kecuali abah. Ibu plan nak balik hari Jumaat tetapi ibu rasa penat sangat2 so ibu tunda hari sabtu baru kita balik. Perjalanan kita pagi ni tak lancar sangat sebab terlalu banyak kereta atas jalan mungkin sebab cuti sekolah n musim kenduri. Ibu ingat nak rehat jap kt hentian Gurun tapi parking penuh so kita terus ja balik umah tok.

Tengah hari kita sampai Tok ajak kita pi kenduri rumah saudara kita, bila tok cakap yg nak kawin tu kawan ibu terus ja ibu setuju untuk pergi, lagipun dah lama tak jumpa kawan ibu tu. Dulu ibu satu sakolah masa tingkatan satu hingga tiga. Bila ibu dah keluaq sekolah tu, ibu dah jarang2 jumpa kawan2 ibu lagi. Kawan ibu tu nama dia Rosmila, walaupun kawan tapi dia tetap saudara kita.



selamat pengantin baru



Semoga berkekalan ke akhir hayat


Masa kat umah kenduri ibu jumpa dengan Kak Long, kawan ibu masa Sek. Men. Jabi dulu. Untung jugak ibu pi kenduri tu dapat jugak jumpa kawan2 lama. Lepas ni entah bila pulak nak jumpa kawan2 lama...

Selasa, 6 Mac 2012

Vanilla Coklat

Rasanya dah lama aku tak menulis kan kat sini, tak tau la nk tulis apa, asyik2 benda yang sama jer.....jemu plak org membaca nanti.
Dalam dok layan bloq ni tetiba ja aku teringat hari ni hari selasa, so apa lagi teringatlah vanilla coklat dlm slot Lestary TV3 tu kan..............  so sweeeeet
Wooow......tengok tajuk pun mesti ramai yg dah teruja gilerrr,jgn sampai gila dah la. Skrg ni tenagh demam drama vanilla coklat, aku ni dah tak sabaq dah nak tunggu hari selasa. bangun tido jer terus ingat hari apa..kehkeheke  smpai cam tu skali la.

Anak2 aku pun turut terjebak skali dgan cita ni, siap tunggu dpn tv lagi lepas balik mengaji. Dan kalau hari ni pastinya kerja sekolahtelah disiapkan dengan jayanya dengan lebih awal sebab kalau lom siap kerja skolah aku tak bagi tgok, so balik skolah bertungkus lumus la anak2 aku yg dua org ni buat kerja skolah, irfan lain la masih belum mengenal apa itu vanilla coklat. Yang dia tau kartun jer......

Kita berbalik kpd tajuk asal,skrg ni cita memang tengah best maklum la kan Zarra dah berbaik dah ngan Aamir, tak sabar nak tunggu malam ni sebab zarra dh hamil, aku ni teruja mengalahkan mak n bapak dia pulak.

Dulu masa mula-mula cita ni aku tak berapa syok sangat sebab zarra tu garang giler...  api sejak dah berkahwin tu best giler...lucu sgnt2 terutama skali time makcik diaorg tinggal skali. Bila dah berbaik plak romantiknyaaaaaaaaaaaaaaa.

Hai aku plak yg dok angau.

 
so sweet



Ok, kita tengok malam ni yer jgn lupa plak.