my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Selasa, 25 Mac 2014

Berakhirnya suatu penantian






Alhamdulillah, akhirnya misi mencari MH370 sudah berakhir denan penemuan yang berkemungkinan besar pesawat MAS yang hilang sejank 18 hari yang lalu. Sebak rasanya bila mendengar berita tersebut, walaupun mangsa bukan dari kalangan saudara mara namun hati kecil Biqqmama tetap tersentuh bula PM membuat mengumuman semalam.

Pagi ni sekali lagi air mata Biqqmama mengalir apabila Fafau membacakan beberapa mesej daripada keluarga mangsa yang terlibat.... sayu, pilu, entahlah suatu perasaan yang amat sedih dan tak dapat digambarkan.... Bayangkanlah jika ahli keluarga mereka, bagaimanakah perasaan mereka. Walaupun kita umat islam redha dengan kadaq dan kadarNya namun hati kecil kita pasti meruntun sayu bila mendapat perkhabaran tersebut.

Sama-samalah kita berdoa semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-oarang yang beriman.




MALAYSIA-AIRLINES/MISSING information

Khamis, 13 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370

Salam semua...hari ni dah masuk hari ke-6 misi mencari pesawat Mas MH370 yang hilang pada pagi sabtu lepas. Usaha keras terus dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mengesan pesawat tersebut. Pelbagai andaian telah dibuat dilaman2 sosial, namun kehilangan pesawat MAS ini terus menjadi misteri dan tanda tanya pelbagai pihak.

Pelbagai maklumat telah diterima, pihak kerajaan memohon jasa baik semua rakyat Malaysia supaya membuat laporan sekiranya ada maklumat mengenaik pesawat terbabit. Rasanya Biqqmama orang yang selalu mengadap TV sekarang ni untuk mengetahui perkembangan terkini tentang pesawat tersebut. Kadangkala Biqqmama rasa terharu dan sedih bila terkenangkan perasaaan keluarga mangsa2 yang terlibat. Bayangkan sekiranya kita di tempat mereka....

Biqqmama harap tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba menyebarkan berita2, ataupun andaian2 yang boleh menimbulkan keraguan pelbagai pihak, Biqqmama mohon kepada semua agar kita mendoakan semoga pesawat tersebut segera ditemui, Hidup dan mati tu semua ketentuanNya, so kita kena terima dengan redha.

Setelah pelbagai andaian keluar timbul pula satu cerita baru pasal tikar tebang... hai, Biqqmama rasa malu yang teramat sangat bila kes tikar terbang ni keluar. Kita ni negara islam takkan nak terima perbuatan syirik dan tahyul. Ini semua ujian bagi kita yang masih hidup ni.... so berdoalah mohon petunjuk dariNya kerana semua ni adalah dugaan buat kita. Biqqmama tak nak cakap banyak, semua orang boleh fikir kan....






Perkahwinan sahabat lama

Alkisah suatu cerita di zaman dahulukala, seorang puteri telah bertemu dengan seorang putera. Lalu merekapun telah jatuh cinta dan akhirnya bersetuju untuk mendirikan mahligai bahagia...... cewaaaaaaaaaahhh cam cerita cinderella la pulak Biqqmama ni, kuang..kuang...kuang...kuang.

sebenaqnya poet kali ni tentang perkahwinan sahabat biqqmama masa syudy tahun 94/95 dulu. Cuban bayangkan, dah lama kan? Tapi kami masih lagi berhubung sebab dia pun duduk area2 utara jugak. Masa ni jugaklah dapat jumpa kawan-kawan lama yg dah lama tak jumpa. Ada yang dari keluaq sekolah tak pernah jumpa pun ada... so kesempatan inilah Biqmama ambik untuk jumpa dengan kawan2 lama. Nama kawan ibu ni Rozita, dia kerja kt MPKulim.

kita post gambar pengantin yer...


Pengantin n pasangannya


antara barisan sahabat2 yg hadir
dari kiri rizal ismara, 456, fadli ramli, asrul n biqqmama



seronok bila sekali sekala berkumpul, tak habis cerita



Khamis, 6 Mac 2014

Salam ceria

Salam semua, dah dua hari Biqqmama cuti dan hari ni baru masuk. Kelmarin ada temujanji dgn dr kat hospital BM. Dr cakap Biqqmama kena buat pembedahan bulan April ni untuk buang tonsil. Hati Biqqmama berbelah bagi, Suami pun tiada kata putus. Biqqmama rasa berat hati sangat sebab ada risiko jugak selepas pembedahan tu dijalankan.

Masa masih lama lagi, masih ada masa lagi untuk Biqqmama berfikir...


Isnin, 3 Mac 2014

besday syasya

Hari ni genaplah umur anak ke-2 Biqqmama 9 tahun. Alhamdulillah dah besar dah pun anak2 Biqmama kesemuanya. Syasya skrg ni dah pun darjah 3. Semoga Allah memberkati setiap langkah perjalananmu anakku, Ibu n abah sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu semua. Ibu n abah mahu kamu semua tahu yang ibu n abah amat menyayangi kalian semua. Ibu n abah selalu marah bukannya beerti ibu tidak sayangkan kamu tapi ibu n abah mahu kamu menjadi insan yang berdisiplin, patuh pada ajaran agama dan menghormati orang tua.

HAPPY BESDAY SYASYA!!!!

SEORANG YANG PERIANG

KUAT MAKAN...

Sakit

Al- kisah cerita bulan lepas punya jugak lah yer.... semua cerita terperam.  Bulan dua mungkin bulan yang kurang baik buat Biqqmama coz sepanjang bulan 2 biqqmama asyik sakit jew.

Biqqmama kena masuk wad dari 9hb Feb sampai 11hb Feb kt Hospital Kepala Batas. Kobosanan yang paling teruk biqqmama rasakan. Nasib baiklah ada kawan-kawan yang datang jenguk, terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang.

kt ruang kecemasan, tunggu masuk wad

Biasala, kalau Biqqmama masuk wad mesti sebab astma. Biqqmama athma dari kecik lagi, sudah mangli dah pun.