my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 13 Mac 2014

MISTERI KEHILANGAN MH370

Salam semua...hari ni dah masuk hari ke-6 misi mencari pesawat Mas MH370 yang hilang pada pagi sabtu lepas. Usaha keras terus dilakukan oleh pelbagai pihak bagi mengesan pesawat tersebut. Pelbagai andaian telah dibuat dilaman2 sosial, namun kehilangan pesawat MAS ini terus menjadi misteri dan tanda tanya pelbagai pihak.

Pelbagai maklumat telah diterima, pihak kerajaan memohon jasa baik semua rakyat Malaysia supaya membuat laporan sekiranya ada maklumat mengenaik pesawat terbabit. Rasanya Biqqmama orang yang selalu mengadap TV sekarang ni untuk mengetahui perkembangan terkini tentang pesawat tersebut. Kadangkala Biqqmama rasa terharu dan sedih bila terkenangkan perasaaan keluarga mangsa2 yang terlibat. Bayangkan sekiranya kita di tempat mereka....

Biqqmama harap tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba menyebarkan berita2, ataupun andaian2 yang boleh menimbulkan keraguan pelbagai pihak, Biqqmama mohon kepada semua agar kita mendoakan semoga pesawat tersebut segera ditemui, Hidup dan mati tu semua ketentuanNya, so kita kena terima dengan redha.

Setelah pelbagai andaian keluar timbul pula satu cerita baru pasal tikar tebang... hai, Biqqmama rasa malu yang teramat sangat bila kes tikar terbang ni keluar. Kita ni negara islam takkan nak terima perbuatan syirik dan tahyul. Ini semua ujian bagi kita yang masih hidup ni.... so berdoalah mohon petunjuk dariNya kerana semua ni adalah dugaan buat kita. Biqqmama tak nak cakap banyak, semua orang boleh fikir kan....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan