my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 27 September 2012

SK SUNGAI ACHEH SPS

Sekarang ibu kt seklah sg Acheh, ada ujian tanah yg dijalankan oleh IKRAM kt sini. dah 2 hari dah ibu berkampung kt sini, nasib baik la boleh guna wifi kt sekolah ni so tak la boring sangat.

UJian ni IKRAM buat sebab nak tau keadaan tanah samada tanah pasir, batu @pun tanah pantai... cheeewah cam cikgu la pulak. Bukannya apa, sebelum ni opis ibu dh mai buat pemeriksaan kt sekolah ni, dan didapati sekolah ni mengalami mendapan yg amat ketara skali terutama bada bangunan blok B. Kerja2 membaiki terpangsa ditangguhkan kerana bimbang struktur bangunan mungkin pada tahap yg merbahaya dan oleh sebab itu pihak JKR telah melantik IKRAM untuk menjalankan ujian SI ni. Ibu ada kt sini untuk pantau saja kerja2 depa tak kan ibu plak yg nak pi angkat besi skali ngan depa.

Bila dh boring ni kan, nak buat cam2 benda la supaya tak mengantuk, ibu ni kan pantang dduduk saja mesti mengantuk, oh! ya, tadi sebelum datang sini ibu sempat balik rumah tengok anak teruna ibu yang semalam demam n muntah2. so ari ni duduk ngan abah kt rumah, masa ibu balik tadi irfan masih tidoq ngan abahnya. Ibu cuma tanya abah keadaan irfan jer, bila abah cakap irfan dh tak muntah lega skit hati ibu. Ibu malas nak kejutkan irfan nanti menangis plak nak ikut ibu.

ni gambar irfan masa sihat. semalam dh lembik pasai dok muntah

Isnin, 24 September 2012

ViSiOn PaRk

Ini kisah minggu lepas punya, baru ari ni nk update. Vision park ni terletak bersebelahan dengan Masjid Baru Taman Bertam Perdana, ia adalah tempat beriadah. Kt Kepala Batas ni mana la ada tempat nak beriadah, yg ada pun Komplek MPSP saja la, itu pun kalau org tak main bola, kalau tidak joging kt luar ja la.

Sebenarnya VP ni belum dibuka lagi, tempatnya agak cantik namun belum ada penjaan yg sempurna, maklom la, tempat lom buka.  Kawasannya bersebelahan tasik dan dekat ngan masjid n kawasan perumahan. Dah lama anak2 ajak pi situ, tapi lom ada masa yg sesuai, asal lalu ja tanya, tanya ja lalu....hihihhi. Dan akhirnya minggu lepas kita pi 3 org tak bawak irfan sebab irfan tidoq, so kena tinggai ngan abah la jawabnya. 

Kita pi dh ptg, org boleh tahan ramai jugak la, ibu tak pasti la sebab apa tempat ni belum dibuka sedangkan dh ramai yg dok beriadah kt sini. mungkin ada masalah lg la tu. Bila sampai cam biasa la aksi2 bergambar wajib ada...




















Khamis, 20 September 2012

Kenduri Kawin Tok Tam

Tok tam ini anak nenek Yan yg dh meninggal tu, merangkap adik tok wan sebelah abah yer anak2, kenallah sanak saudara kita supaya nanti bila kamu semua dh besaq masih kenal mereka dan hormatkan mereka walaupun mereka sudah tua.

Ini merupakan perkahwinan ke-2 Tok Tam, Tok Tam Kawin ngan org Padang serai saja so dekat la ngan rumah kita kt taman sepadu. Kita pun pi la ramai2, tak la ramai sangat 2 buah kereta sahaja. Rombongan dari alor setar dah balik masa kita sampai tu.

Lepas kita makan, kita pun bergambarlah dgn tk tam kamu yer... sebagai kenangan .

Tok Tam ngan Tok Tam Perempuan

Gambar kenangan, kt tengah tu adik abah. Mak Lang Tini

Dua org ni anak2 saudara Mak lang Tini

Nak jugak posing atas kerusi pelamin.... alahai syasya tak dak gigi la

bergambar dgn Tok tam

Dalam bilik pengantin

Sempat lagi irfan suruh ibu snap gambaq dia ngan bunga tu.... cam girl2 la irfan ni

nak suruh bergambar pun susah, macam peel anak2 ni...
Ini la adik abah Mak lang tini, satu ayah lain ibu. Adik beradik abah semua ada 10 org, abah ada 3 org mak. Yang kecik tu anak saudara abah, abah baru ada 2 org jer anak saudara, ibu dh 13 org anak saudara. Sapa anak saudara abah?... eheheh!!!! sapa lagi adik siti zulaikha n baby kecik ni la anak saudara abah, nama baby ni syafikah, comey kan... bulat ja mata dia. Macam muka fatin masa kecik2 dulu.....







Cucur Jawa

Bila baca tajuk kali ni mesti ada yg belum pernah dengaq kan, cucur ni ibu pun sebelum ni tak pernah buat pernah makan saja. Tok Teh selalu la buat cucur nu kalau kita balik kampung masa menyerok (sarapan) ataupun masa minum petang. Ibu memang suka cucuq ni, tapi tak terlintas langsung sebelum ni nak belajaq buat cam mana.

Dulu masa ibu kecik2 ibu panggil cucuq topi sebab cucuq ni kan bulat dan kembung kt tengahnya cam topi. Masa kita balik Taman sepadu minggu lepas, ibu teringin la pulak nak makan cucuq ni, so ibu talipon la tok teh tanya nk wat cam mana. tok cakap tepung gandum 1 cawan, tepung beras 2 cawan n 1 1/4 cawan gula. Tok cakap kalau gula kurang topinya tak jadi. 

Malam ibu cubalah buat cam mana yg tok ajaq, mula2 tak jadi sebab keras sangat kot, opssssssssssss, ibu lupa tanya berapa cawan air, ibu masukkan dulu 2 cawan, tapi agak pekat, so cubaan pertama gagal. Ibu tambah lagi satu cawan air.... macam nak jadi tapi topinya lom jadi, baru ibu ingat balik tok kata kalau tak jadi mesti tak manis, so ibu tambahkan lagi 1/2 cawan gula. Mungkin sebab ibu guna gula perang kot, sebab tu la kurang manis. Akhirnya terhasillah cucur jawa air tangan ibu... anak2 ibu pun suka makan. Malam ni kita makan cucuq ni jer k, nasi ibu tak masak....MOGOK.

CUCUQ JAWA

Ini la cucuq warisan kita, cucuq org dulu2. Tapi topinya lom cantik lagi, tak pa lain kali kita cuba lagi. Senang ja nak buat, yang penting nak cuba. Ibu la ni hairan la, suka sangat nak makan kuih yg manis2..... hai ada apa2 ka ibu?

Rabu, 19 September 2012

IRfaN & MaInAnNyA

Kali ni ibu nak cerita irfan ngan mainannya..., tapi irfan suka sepahkan mainnya, ini boleh buat ibu marah. Hahahaha, sekejap ja ibu keamas pastu irfan sepah balik. Irfan selalu janji ngan ibu yang irfan tak mau sepah dah mainan, tapi irfan suka la sepahkan jugak. Bila ibu marah mulalah irfan merajuk tak mau cakap ngan ibu.
 
Ini antara mainan kereta yang irfan ada, abah pulak selalu bawak balik mainan jadi irfan suka sangat la.


suka la ngan keretanya
 


ibu suruh irfan posing ngan mainan
 

nak main jer



banyak yg percuma



ini baru sebahagian jer
 

Rabu, 5 September 2012

BeRbUkA D'UmaH ToK DeKaT

Boleh dikatakan setiap minggu kita akan berbuka kt umah tok dekat, maklumlah dah dekat kan. Ni antara aksi anak2 ibu kalau depan kamera. Gambaq masa berbuka tak ambik pun la, ni semua sebelum berbuka.

syasya.....


fatin n tok 


berebut nak bargambar dgn tok


semua skali sampai tok nak duduk pun tak muat




apa yang dia suka sangat tak tau la...


goyang inul

BeSDaY AbAh

Ni cerita masa bulan puasa lepas lagi, masa ni besday abah, anak2 mintak nak makan MCD. So lepas kita berbuka umah tok dekat dalam pukul 11malam kita bertolak balik ke Jawi. Kita singgah kt Auto City makan MCD kt situ.

sibuk main saja

kak yang pun joint skali

tak mau mkann nak main......

nak makan pun nak kena pujuk

orang dah nak balik baru nak makan

muka sedih bebab tak mau makan..... tadi beria-ia nak makan

Isnin, 3 September 2012

Persiapan jamuan raya esok

Oleh sebab hari ni baru ibu masuk kerja so ibu tak berapa tau sangat aktiviti pejabat minggu lepas, ibu mc 2 hari pas tu sambung 3 hari cuti jadi 5 hari ibu berehat saja kat umah. Bila ibu mai kerja hari ni masing2 sibuk pasai persiapan jamuan raya esok, bahagian senggara joint dgn bahagian koperat sebab bahagian kami tak ramai staf. 

Bahagian ibu buat rojak n bubur kacang, bahagian bangunan = laksa, admint = mee kuah, jalan = lemang n ketupat. petang ni bahagian ptbrn dh siap untuk masak kuah mee.... tak senang ibu duduk kt dlm opis sebab aromanyanya menusuk hidung.... sedappppp.