my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat tahun baru

Sedar tak sedar hari ni dah 28 Disember 2012, tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru, semoga azam tahun2 yang lepas telah terlaksana.... ibu jer lom terlaksana lagi ( nak kurus..... Opppppsssss) nak gelak pun ada. Azam nak kurus ni dh bertahun-tahun tapi masih dok macam tu la jugak.

2012 meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis ibu bersama anak2 serta keluarga. Sedar tak sedar jugak 5hb Jan. nanti kakak dah 10 tahun, dh masuk darjah 4, syasya pulak dh masuk darjah 2, irfan pulak 6 tahun. Masa berlalu begitu pantas hingga ibu rasa terlalu cepat dan pantas masa sehinggakan anak2 ibu dh membesar. Ibu doakan semoga anak2 ibu menjani anak2 yang soleh dan solehah, mendengar kata ibu dan abah. Belajar rajin2 sebab hanya harta itulah sahaja yang mampu ibu berikan buat anak2 ibu.

Azam tahun baru lom fikirkan lagi, mungkin cuba tunaikan azam tahun2 lepas dulu. Tahun ni jugak ibu telah kehilangan seorang kakak yang sangat ibu sayangi, kakak ke-2 dari 6 adik beradik. Kak cik telah kembali ke rahmatullah pada 7 hb Disember baru2 ni. Kak cik Meninggalkan 2 org anak dan suami yang jugak tengah sakit. Tuhan lebih mengayanginya......., kak cik pergi dalam usia 53 tahun boleh dikatankan masih muda, tanpa mengidap sebarang penyakit kritikal, pergi dalam tidur dn tak sempat menatap wajah2 kesanyangan di saat menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah tersurat, qadak dan qadar, dia Dia yang mengetahui. 

Rasa terkilan yang amat sangat kerana ibu tak sempat memohon ampun dan maaf pada kak cik, walaupun ibu tahu pada hari raya qurban yg lalu ibu dh pun bermaafan dengannnya namun tak sangka itu adalah kali terakhir ibu mencium tangannya. Semoga roh kak cik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat anak2 buah, cik harap sentiasa berdoa untuk mak, hanya itu bekalan untuk mak.

Buat semua pembacabloq ibu, walaupun tak seberapa pembacanya, ibu mengucapkan selamat tahun baru 2013, moga tahun baru ini menjanjikan sejuta kenangan buat kita semua.

Rabu, 26 Disember 2012

Syasya teruja

Ini cerita pasal syasya, dia sangat la teruja nak balik jawi pasai nak tengok rumah sewa baru, dia dah tengok tapi lom pernah tidoq lagi. Yer la masa kami pindah randah tu dia kt kampung. Xcited gila nak balik awai kemarin, last2 pukul 11 malam baru abah ajak balik, sian dia. Dalam kereta asyik tanya bila nak sampai, irfan kata sat ja lagi sampai la.

Hari ni lepas beli buku memerap kt rumah dengan kakak, irfan ibu hantaq pi taska. Kalau tak hantaq ribut taufan la jawabnya.....


Jumaat, 21 Disember 2012

Tok...

wajah kesayuan

wajah tok yg dh dimakan usia

Nampak sangat kesayuan di wajah tok, mak adalah anak kedua tok, mak pergi dulu dari tok. ( untuk makluman, mak ialah nama panggilan untuk kakak ibu , anak2 ibu semunya pangil mak n abang ipar pulahk ayah, so bila ibu sebut mak bukan bermaksud mak ibu tau.) Mak pergi dengan tenag pada pagi Jumaat 7 hb 12, mak pergi dalam tidur tiada sesiapa bersama mak sewaktu mak menghembuskan nafas terakhir.

Ibu tak boleh nak cerita banyak2 sebab terlalu sedih dan sebak, kalau mak sakit lain la ini mak tak sakit apa pun. mak pergi tanpa menyusahkan sesiapapun, semoga roh mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Kak Yang yang sedang belajaq kt Johor tak sempat nak jumpa dengan mak, mayat perlu segera dikebumikan nanti menyeksa manyat. Kak Yang sampai dh pukul  6 ptg bayangkan....... tak dpt menatap wajah mak buat kali terakhir. Kak yang adalah anak kesayangan mak, terlalu manja dgn mak.. hanya doa yg dapat kita hadiahkan buat mak.




Musang King

Musang King ??

satu pingga 5 ulas jer, satu ulas pun dh kenyang

best, isinya kuning

Ni la musang king..... caya ke? tak da lah, saja ibu letak nama ni sebab kampung tok kan nama Tanjung Musang, so Musang King la namanya. Sedap sesangat hingga menjilat jari ibu. Pekena ngan pulut plak hai mau tidoq ja la jawabnya satu hari. Makan sampai puas nanti belum trntu dpt makan lagi. Tapi buah kali ni jadi banyak pulak  tok cakap so dapat la semuanya merasa. Kebetulan semua balik masa kak cik meninggal.


sarapan pagi ngan teh n keluarganya

Along n chaq makan nasi lemak, doyan tak layan.

Ternganga mulut teh nak makan musang king punya pasal.... hihihi. mana ibu??? ibu kan jurufoto so nampak baju la skit tu...



Selasa, 18 Disember 2012

HARI YG BZ

Salam semua... tak der apa nak cita hari ni, kerja2 bayaran payment untuk kontraktor dh selesai, cuma kerja-kerja kt tapak saja yang masih berjalan. Biasala hujung2 tahun ni semua bz nk tutup akaun. Kerja ibu tak la banyak sangat tapi kerja yg hujung tahun so, lambat skit la nk settle.


Jumaat, 14 Disember 2012

Hari Jumaat

Semenjak dok menyewa kt Jawi ni sudah menjadi satu kemestian yamh hari Jumaat mesti balik Tasek Gelugor, rasa puas bila balik rumah sendiri. Anak2 pun sudah terbiasa dengan rumah sendiri. Kalau balik kampung pun cam tu la, mana mau duduk lama2, asyik tanya bila nak balik taman sepadu jer....

So petang ni kita jumpa di taman sepadu plak yer....

Tinggal kenangan, dalam gambar ni ada 2 insan yng telah kembali ke rahmatullah.  Kak cik n sepupu ibu, gambaq ni masa hari sebelum kenduri Ummi di kuala kedah.

Selasa, 11 Disember 2012

Kenduri idik ipar

Semalam ibu dh kehilangan seorang kakak yg agak rapat juga dgn ibu. Hari ni ibu nak cerita pasal kenduri adik ipar ibu kt padang sera, walaupun masih ada kesayuan dan rasa hiba dalam diri ni namun hari2 perlu diteruskan jua. Pada hari tersebut adik abah akan berkahwin dengan pilihan hatinya org Padang Sera jugak.

Lepas sahaja makan kenduri kita terus balik Tasek gelugor, sebab esok abah dh kerja. Ibu pulak tak berapa nak sihat, lepas makan ja terus balik. Adik ibu n mak jang belom balik lagi tunggu bergambar dgn pengantin. Lauk kt umah kenduri ni memang marvelous...... gulaii gading, fajeri rebung madu n ulam cabai.

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pagi jumaat lepas ( 7 Disember 2012 ), seperti hari2 yang lain lepas antaq irfan pi taska ibu pun masuk kerja seperti biasa. Sangat2 terkejut bila ibu menerima panggilan talifon dari kakak ana yang emaknya sudah tidak bergerak, panik dan dah tak tau nak buat apa. Isi borang el terus call abah cakap balik kmpng kak cik sakit, kak cik kakak ke-2 ibu. Balik umah kemas baju n ambik arfan kt taska, drive ke tasek gelugor abah tunggu kt tmn sepadu.

20 minit kemudian dapt cll dari abah yang kak cik sudah meninggal, 'innalillah................', kaki rasa cam dh kaku tak bleh nak drive, tapi gagahi jugak sampai rumah. Abah tengah tunggu masa kita sampai, pastu pergi ambik fatin dulu sebelum balik kg.

Terus ke umah kak cik kt taman indah, bila sampai org dh ramai. Air mata usah la cakap, sedih betoi ibu bila tengok akak ibu dh pergi untuk selamanya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman. Ibu kucup wajah mak untuk kali terakhir, begitu juga dengan fatin ngan irfan, ibu suruh sayang mak buat kali terakhir, lepas ni anak2 ibu dh tak ada mak dah. Kak cik lebih mesra  dengan panggilan mak oleh anak2 aku.

Lepas solat jumaat kak cik dimandi kemudian dikafankan, masa ni cik don lom smpai lagi. Ila plak nak tanya  kt mana pun tak sampai hati takut dia lagi sedih.... Ila pak teh yg pi ambik kt Johor, entahkan sempat atau tidak nak jumpa kak cik. Masa dh suntuk, tok tak mau lengahkan masa sedangkan pak jang, teh n kak yang lom sampai. Teh cakap dia dh kt pendang, so ibu suruh teh pi kubur saja sebab mayat dh dibawa ke kubur. Oleh sebab dh lewat, mayat kak cik perlu dikebumikan dan kak yang tak sempat nak tengok kak cik..... berdoa lah banyak2 kak yang semoga mak ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.


Rabu, 5 Disember 2012

Tukar Lagi

Apa ya yang bertukar.... kepada yang baru masuk bloq Biqqmama ni mesti perasan. Biqqmama kini berwajah baru lagi, sebenaqnya ibu lom puas hati lagi dgn wajag baru ni  bloq ni....apa yg tak kena entahlah. Tak pa, kita tunggu dan lihat berapa lama wajah baru ni bertahan.

Orang perempuan ni kan mesti nak yang cantik, selagi tak puas hati selagi itulah kita cari dan bila dah serasi kekonon boring pulak, macam2 la peel wanita ni kan. Apapun ni la wajah terbaru bloq Biqmama.


ehhhh... ni wajah biqqmama bukan wajah bloq biqmama


















Khamis, 29 November 2012

16 November 2012

Apa cerita ya disebalik 16 hb November ni, kalau 16 September hari jadi ibu....hari ni hari jumaat, adik abah  anak mak sham akad nikah hari ni kat padang sera. Semalam lagi kita dh bertolak balik kg  tido kt umah tok Teh. Ibu ada dapat panggilan semalam dari adik com sepupu ibu yang kakaknya koma kt hospital ipoh. Nak pergi jauh sangat....... so kita doakan dari jauh semoga adik jah sihat.

Masa kt rumah pengantin perempuan ibu dapat call yg sepupu ibu dh meninggal....dijangka sampai untuk dikebumikan di kuala kedah lepas magrib nanti. Tok n ngah dah call ckp depa nak pi dulu, ibu pulak nak balik umah tok dulu kemas barang2 sebab nak blik terus ke bertam. Ibu sampai dlam koi lapan, lama jugak menunggu baru mayat sampai. lepas tengok manyat dan sedekah alfatihah kita terus bertolak balik ke bertam. Syasya ibu tinggalkan dengan tok di kampung, sian syasya. Ibu nak bawak balik sini risau jugak sebab tak dak org kat umah.

Itulah kejadian2 yang berlaku sekitar 16 hb November 2012.

Cuti Sekolah

Dah nak masuk minggu ke 3 cuti sekolah, anak2 ibu tinggalkan kt kmpg, sorang kt langgar n sorang lagi kt Sungai petani. Kenapa ibu pisahkan mereka berdua???? biasa la, anak2 ibu ni kalau berdua dua tu akal lagi panjang nanti menyusahkan plak tok yg menjaga. Dah la tok tak berapa nak sihat, nanti sebab kerenah anak2 ibu tok sakit. 

Irfan plak dok ngan ibu, masa kerja ibu hantaq umah cik bayah la, bulan 12 ni cik bayah mintak cuti sebab nk gi makan angin, yer la kan skrg kan cuti sekolah mesti la nak bawak anak2 jejalan makan angin. Ibu plak lom plan pun nak bawak anak2 ibu, sebab ni kalut nak pindah rumah pulak.... jgn la terkezut bila ibu ckp nak pindah umah plak, rumah yg sewa skrg ni ibu rasa tak sesuai la, sebab semua anak2 ibu nk duduk kt bawah jer, tido pun nk kt bawah jugak. Rugi jer sewa rumah 2 tingkat walhal yg guna kt bawah saja.  Masa ibu jejalan baru ni ada la jumpa org nk sewa rumah teres setingkat, ibu tanya abah n abah pun ckp ok, kita pindah bulan 12, ni bulan terakhir kita kt bukit panchor. lepas ni kt jawi jaya plak.

Haaahahahah, nak pindah esok, tapi satu barang pun ibu lom siap lagi, baju2 masih kt dalam almari, baju anak2 lagi OMG......semoga dipermudahkan olehNya. Ibu la ni dok tengah fikir nk hantaq irfan kt mana, ibu rasa cam nk hantaq sekolah agama, tapi kalau ibu dpt pindah ke spu semula cam mana????? ibu mesti tunggu smpai irfan darjah 6, tak kan nk dok sini smpai 7 thun, ohhhhh tak sanggup rasanya. ok masih ada masa nanti kita fikirkan semula......



Selasa, 20 November 2012

Main Congkak

Cita ni masa balik kg hari Raya Korban lepas... tak dak benda yang anak2 aku nak buat so kakak n syasya bawak keluaq congkak. Congkak ni tok beli masa ibu darjah 3 kalau tak silap ibu, n still elik sampai sekrg. Oleh sebab guli dh hilang, anak2 ibu main congkak lubang 7 ni dgn buah getah.... bila buah getah tak dpt la nak letak 7 biji so kena letak 5 shaja, itupun sekejap ja dh penuh.

Kesian pulak ibu tengok anak2 ibu main dgn buah getah, walaupun tak pandai main... inkut suka saja jalan tapi minat tu ada, ibu kan suka main congkak. Ibupun dgn ikhlasnya pergi kedai kt kg beli guli, nasib baik ada jual guli. Sampai kt umah betapa seronoknya anak2 ibu dpt main dgn guli. Bila dh main pakai guli ibu pun kena jadi jurulatih la, main betoi2 baru best.

Mesti ada diantara anak2 bandar yang tak tau apa itu buah getah... buah getah ni ada musim, buah ni dari pokok getah la, buah getah berbuah hanya pada musim tertentu sahaja, bila sampai musimnya banyak la buah getah berserakan atas jalan. Kalau duduk kg cam ibu dulu2 so kita cip la macam2 mainan hasil dari buah getah tu, macan laga buah getah, congkak , macam2 lg la.

masa ni masih guna buah getah lagi.

bertengkar dgn kakak sebab kakak kata syasya main salah

org kt dapur sibuk memasak, ibu plak sibuk ambik gambaq

nampak tak abah tengah kacau gulai ayam tu

membenting tulang kupas buah kelapa

Yang berdiri macam mandor tu Pak Jang, pak Jang tu abang ibu. Ibu ada sorang jer abang, yg lain semua kakak.

Singgah di Tupah

Balik saja dari Tanjung Dawai petang tu pak lang kata nak bawak anak2 ibu mandi kt tupah. Apalagi seronok la anak2 ibu kan.... masa tu tak la lewat lagi. Nasib baik aibu pesan kt umah tadi bawak baju salin.... itulah hikmahnya. Orang tak ramai mungkin sebab cuti, ibu terus ajak pak lang cari port baik supaya senang anak2 ibu nak mandi mande. Tupah ni tak la best cam sedim, airnya perlahan sahaja n cetek so sesuia la untuk kanak2 cam anak2 ibu mandi tanpa pengawasan orng dewasa.


Dan akhirnya dapat jugak kita port yg kita idamkan, walaupun kt situ ada satu couple tapi lantak lah depa.. kita mai nak mandi n makan2 sahaja.. Bila kita bentang tikaq depa pun beredar , malu kt kita kot.... hhihihihih, wat apa nak malu kt kita kan..... kita tak buat apa2 pun.


irfan dgn aksi nya

kakak dh tak sabaq nak mandi

Rabu, 7 November 2012

Tanjung Dawai

Kali ni kita cerita pasal Tanjung Dawai... tahu tak kat mana Tanjung Dawai? Tanjung Dawai terletak kt negeri Kedah, kawasan mesti la tepi laut kan.... sebab tanjung. Kat sini terkenal dgn ikan kering, walaupun ibu org kedah tapi ibu belum pernah sampai kt sana. Dah banyak kali ibu ajak abah pi tapi tetap juga tak pi. Akhirnya dua minggu lepas lang mai umah kita, dia ajak kita pi Tanjung Dawai. So aibu pun setuju jer la, pastu minta izin abah sebab abah keja hari tu.

So, lepas bekfas kita pun bertolak pi sana, akhirnya sampai jugak ibu kt Tanjung Dawai. Syoknya, rasa macam window shopping ikan kering.













MaKan2 kt Umah

Makan2 ni dh lama pun kalau tak salah bulan oktober lagi tapi tak sempat nak bercerita. Makan2 ni ibu buat kt umah kita kt Bukit Panchur. Bukannya apa, member2 ibu dari JKR SPU nak mai pasar komboja kt parit buntar, so depa nak singgah la umah sewa kita. Tghari baru depa sampai satu kereta, yg datang mazlina, yus, kak shidah, shidah n najwa.

Ibu tak masak banyak pun, ibu cuma buat nasi ayam n soto pas tu buat puding karemel. Masa depa smpai tu  waktu makan, tengah lapaq so pulun la. Ayam pun ibu panggang guna pemanggang ajaib jer senang n ringkas. 




Gambar kawan2 ibu lupa plak nak snap. Ini jer la menu yg ibu masak hari tu, anak2 ibu semua pi skolah.


Selasa, 6 November 2012

AnaK2 Ibu DeMam

Hari Ahad sebelum balik bukit panchoq kakak cakap dia deman,  so ibu suruh kakak minu dulu ubat yg ada,   lepas 4 jam badan kakak panas balik. Mlam tu ibu suruh abah ambik ubat dulu sebelum balik sana, suhu kakak dh 40 dc. Panas betoi badan kakak, malam tu kt bukit panchoq kakak tidoq dgn ibu. Bukan apa ibu risau kalau2 panas badan kakak naik mendadak dan boleh ibu jelom kepala kakak skali.

Pukul 3 pg ibu kejutkan kakak makan ubat semula sebab badan kakak panas balik, ibu jelom kepala kakak dgn air asam, smpai pg jugak la ibu tak dpt tidur. Kakak tak mau dok kt taska, nk ikut ibu pi opis jugak, siap bawak selimut sebab sejuk. 

Petang plak masa ambik Irfan teacher ckp irfan demam, jangkit dgn kakak la tu. Bila ambik syasya kt taska pun akak kt situ ckp syasya deman jugak..... hai tak boleh jadi ni semua skali demam. irfan plak dok merengek jer cakap sejuk. sian ibu tengok. Ibu call abah mintak abah balik awai sebab nak pi klinik ambik ubat. Abah cakap dia ambik ubat kt Hacharan klinik dh la... ok lah janji ada ubat untuk anak2. Anak2 ibu dh biasa kt klinik pakar Hacharan ni dh serasi ngan ubat dia, walaupun pakar tapi harganya biasa2 saja tak la mencekik darah. Tapi jauh la pulak kt sg petanu nuuuuuun. Demi anak2 sanggup berkorban walaupun jauh.

Semalam dh kena ubat so hari ni bangun dengan cergas, dan semua dh boleh ke sekolah. Lega hati ibu tengok anak2 ibu dh sihat.









Rabu, 31 Oktober 2012

Talefon Baru

Ibu kan ada cerita yg hp ibu hilang gara2 anak2 ibu yg suka main game n letak rata2. Akhirnya abah belikan satu talipon untuk ibu.... bukan talipon sebenaqnya tapi tablet, abah cakap beli tablet ni tak hilang dh kot, hai abah perli ibu ker? apapun tq abah sebab belikan ibu hp baru.

Hp lama akhirnya jumpa jugak, fatin yg jumpa dalam raga baju. Raga baju tu ibu rasa dh berkali2 ibu punggah dok lipat baju tapi tak jumpa pun...... tapi ok gak la, kalau jumpa mesti tak dpt hp baru kan??? tapi ibu masih sayang talipon lama tu, sebab tahan lasak walaupun setelah beberapa kali dibaling oleh.......

Tepon baru ni rasa segan la pulak nk guna sebab besaq sangat, penuh tapak tangan, tapi tu la baru sesuai ngan ibu kan.. kan...kan?

LoVe LeTtEr PaRt 2

Amboi lamanya masa ibu ambik untuk sambung cerita love letter ari tu kan...., abu bukannya apa bz skit dgn keja2 kt opis, tak sempat nk mengadap blog lama2. Dipendekkan cerita lepas 2minggu ibu dpt love letter yg pertama tu ibu dpt plak love letter kedua siap bagi peringatan yg pertama lagi. Apa lagi hangin satu bdan la mak cik.......rasa cam nak meletup jer. 

Dalam surat amaran tu cakap ibu tak jwab surat amaran pertama yg pihak admin bagi.... banyak la tak jawab, siap boleh bawak saksi lagi kalau dia nak. Ibu apa lagi terus pi jumpa dia, ibu cakap la kt cc tu yg ibu dh pun bagi surat jawapan beserta bukti lagi...... nak tau apa dia jawab, ' tak tau saya tak terima pun' macam tu ka jawapan seorang cc. Ibu pun cakap la kt dia masa ibu bagi tu dia memang tak mai keja, ibu bagi kt org kanan dia suruh letak dlm bilik dia dan ibu sendiri nampak org kanan dia letak atas meja. Dia masih jugak nak menegakkan benang yg basah....

Ibu kata kt dia.... ' kita satu opis, apa salah kalau cc call tanya saya dulu pasai surat jawapan tu, tak payah la main serbu tak tentu pasai. kita satu opis bukannya susah pun nak telipon. kalau cc call mungkin saya boleh ckp saya dh jawab n cc pun tak payah susah2 nak tulis surat kt saya kecuali cc ada kepentingan cc sendiri untuk menjatuhkan org lain.... tak kan kita satu opis tak boleh nak bertimbang rasa langsung, kecuali lah saya ni jenis yg hari2 mai lambat, banyak masalah disiplin n blablabla' ...... lama gak la ibu bagi syarahan kt dia, n dia terus diam dan ibu pun blah. Lepas jumpa dia ibu jumpa JD bagi menjernihkan keadaan sebab surat tu jg yg sain...... jd mesti ingat ibu ni baru mai keja kt sini pun dh banyak masalah. JD ambil balik surat tu n batalkannya.

ok selesai bab love letter

Sabtu, 20 Oktober 2012

Love Latter

Rasanya dah lama ibu tak updet blogs ibu ni, biasa la kan hujung2 tahun ni, keja banyak sesangat. Keja kt opis la, keja kt luaq pun kena buat jugak. msalah dengan CC tempat keja ibu lagi.... hai bengang betoi.

Cerita pasai cc opis ibu ni, bukannya ibu nak kutuk dia, ibu tau keja dia tapi jgan la smpai nak menyusahkan org lain. Ceritanya cam ni.... alkisah pada suaatu hari pada bulan september yang lepas..... bonda ada pergi mendapatkan rawatan.... eheheheh cam zaman raja bersioung plak. kita ringkaskan cerita yer. jengjengjeng

Bilan 9 yg lepas abu pi klinik ambik ubat ibu, so abu tak mc tapi ibu mintak time sleep sebab masuk keja lewat, pastu lagi satu hari tu el, ibu dh siap isi semua borang tapi lambat bagi jer kt admin. so satu hari bila masuk opis dengan pekuh dh sampai kaki sebab baru balik dari site... dapat plak satu surat cinta siap jd lg tt mengatakan pada tarikh tersebut ibu tk scan masuk dan satu lagi absen... Berdesing telinga ibu bila baca surat tu... ya la ibu rasa ibu dh hantaq minggu lepas lg borang2 tu semua.... pasai apa tetiba dpt surat cinta plak. tak bleh jadi ni... so ibu pi la cakap kt cc yg semua tu ibu dh bagi, apa dia ckp hgpa tau..... dia kata dia tak terima pun dan sapa suruh ibu hantaq lambat, dan oleh sebab ibu hantaq lambat ibu keja jawab jugak surat cinta tu...........tak pa lah, kali ni ibu mengalah... ibu jawab surat cam mana dia mintak. Dan esoknya ibu terus jawab dan nasib baik ibu terfikir nak copy simpan salinan surat yg ibu hantaq tu,

Hari berganti hari, ibu pun dh sibuk dengan keja2 opis n luaq, ibu dh tak fikir lg pasai surat cinta tu sebab ibu dh bagi kt admin surat tu....tapi isu pasal kalau keluaq tengok jenazah kena mintak surat jenazah tu masih menjadi topik hangat kt opis ibu....oh!!!! lupa, ibu lom cita lg bab ni. Ok tak pa nanti bila2 free ibu cita yer. 




Khamis, 4 Oktober 2012

Minggu Yang Sibuk

Salam 1 Malaysia semua... senyum sampai teliga bila dengaq bajet minggu lepas. Tq la kt PM coz bagi jugak bonus utk kakitangan awam yg gaji tak seberapa ni. Cerita bab bonus ni, setiap tahun ibu tak pernah mengharap sangat sebab kalau tak dapat nanti frust gila. Apapun tq la pada PM.

Rasanya minggu lepas kot kali terakhir ibu updet bloq, rutin kerja ibu agak sibuk edikit sebab ibu terpaksa keluaq kerja kt luaq, bukan kt dlm opis, so bila balik opis sebelah petang ibu penat sangat n tak sempat nk mengarang kt bloq ni. Lagipun banyak jugak kertas kerja yg ibu kena buat sebab hujung2 tahun ni biasa la, duit baru turun so sebagai Jabatan pelaksana ibu kena buat la kerja ibu, saya yg menurut perintah.

entah kt mana la talipon ni skrg, gambaq pun ihsan pak google

Satu lagi cerita pasai talipon ibu yg hilang, malang sungguh rasanya. Sejak 2 minggu lepas ibu dh terputus hubungan ngan kawan2 n dunia luar maklum la talipon ibu tak dapat dikesan. semua ni gara2 anak2 ibu la yang suka sangat main talipon ibu  yang tak berapa nk canggih tu. Bila ibu tanya masing2 tak tau letak kt mana, pas tu batreri kong plak ..... alahai apala nasib badan. Nak marah pun tak guna sebab benda dh jadi. 

Irfan cakap, dia maian pastu dia letak kt almari ibu, so ibu tanya irfan, 'kalau irfan letak kt situ mesti talipon tu ada, ini tak dak pon... senang je anak kecik ibu jawab' mana la irfan tau. Oleh sebab ibu dah tak dak phone baru so ibu paks abag belikan jugak talipon baru kt ibu, murah pun tak pa janji ibu boleh berhubung dgn dunia luaq balik............hihihhi. 

Khamis, 27 September 2012

SK SUNGAI ACHEH SPS

Sekarang ibu kt seklah sg Acheh, ada ujian tanah yg dijalankan oleh IKRAM kt sini. dah 2 hari dah ibu berkampung kt sini, nasib baik la boleh guna wifi kt sekolah ni so tak la boring sangat.

UJian ni IKRAM buat sebab nak tau keadaan tanah samada tanah pasir, batu @pun tanah pantai... cheeewah cam cikgu la pulak. Bukannya apa, sebelum ni opis ibu dh mai buat pemeriksaan kt sekolah ni, dan didapati sekolah ni mengalami mendapan yg amat ketara skali terutama bada bangunan blok B. Kerja2 membaiki terpangsa ditangguhkan kerana bimbang struktur bangunan mungkin pada tahap yg merbahaya dan oleh sebab itu pihak JKR telah melantik IKRAM untuk menjalankan ujian SI ni. Ibu ada kt sini untuk pantau saja kerja2 depa tak kan ibu plak yg nak pi angkat besi skali ngan depa.

Bila dh boring ni kan, nak buat cam2 benda la supaya tak mengantuk, ibu ni kan pantang dduduk saja mesti mengantuk, oh! ya, tadi sebelum datang sini ibu sempat balik rumah tengok anak teruna ibu yang semalam demam n muntah2. so ari ni duduk ngan abah kt rumah, masa ibu balik tadi irfan masih tidoq ngan abahnya. Ibu cuma tanya abah keadaan irfan jer, bila abah cakap irfan dh tak muntah lega skit hati ibu. Ibu malas nak kejutkan irfan nanti menangis plak nak ikut ibu.

ni gambar irfan masa sihat. semalam dh lembik pasai dok muntah

Isnin, 24 September 2012

ViSiOn PaRk

Ini kisah minggu lepas punya, baru ari ni nk update. Vision park ni terletak bersebelahan dengan Masjid Baru Taman Bertam Perdana, ia adalah tempat beriadah. Kt Kepala Batas ni mana la ada tempat nak beriadah, yg ada pun Komplek MPSP saja la, itu pun kalau org tak main bola, kalau tidak joging kt luar ja la.

Sebenarnya VP ni belum dibuka lagi, tempatnya agak cantik namun belum ada penjaan yg sempurna, maklom la, tempat lom buka.  Kawasannya bersebelahan tasik dan dekat ngan masjid n kawasan perumahan. Dah lama anak2 ajak pi situ, tapi lom ada masa yg sesuai, asal lalu ja tanya, tanya ja lalu....hihihhi. Dan akhirnya minggu lepas kita pi 3 org tak bawak irfan sebab irfan tidoq, so kena tinggai ngan abah la jawabnya. 

Kita pi dh ptg, org boleh tahan ramai jugak la, ibu tak pasti la sebab apa tempat ni belum dibuka sedangkan dh ramai yg dok beriadah kt sini. mungkin ada masalah lg la tu. Bila sampai cam biasa la aksi2 bergambar wajib ada...




















Khamis, 20 September 2012

Kenduri Kawin Tok Tam

Tok tam ini anak nenek Yan yg dh meninggal tu, merangkap adik tok wan sebelah abah yer anak2, kenallah sanak saudara kita supaya nanti bila kamu semua dh besaq masih kenal mereka dan hormatkan mereka walaupun mereka sudah tua.

Ini merupakan perkahwinan ke-2 Tok Tam, Tok Tam Kawin ngan org Padang serai saja so dekat la ngan rumah kita kt taman sepadu. Kita pun pi la ramai2, tak la ramai sangat 2 buah kereta sahaja. Rombongan dari alor setar dah balik masa kita sampai tu.

Lepas kita makan, kita pun bergambarlah dgn tk tam kamu yer... sebagai kenangan .

Tok Tam ngan Tok Tam Perempuan

Gambar kenangan, kt tengah tu adik abah. Mak Lang Tini

Dua org ni anak2 saudara Mak lang Tini

Nak jugak posing atas kerusi pelamin.... alahai syasya tak dak gigi la

bergambar dgn Tok tam

Dalam bilik pengantin

Sempat lagi irfan suruh ibu snap gambaq dia ngan bunga tu.... cam girl2 la irfan ni

nak suruh bergambar pun susah, macam peel anak2 ni...
Ini la adik abah Mak lang tini, satu ayah lain ibu. Adik beradik abah semua ada 10 org, abah ada 3 org mak. Yang kecik tu anak saudara abah, abah baru ada 2 org jer anak saudara, ibu dh 13 org anak saudara. Sapa anak saudara abah?... eheheh!!!! sapa lagi adik siti zulaikha n baby kecik ni la anak saudara abah, nama baby ni syafikah, comey kan... bulat ja mata dia. Macam muka fatin masa kecik2 dulu.....







Cucur Jawa

Bila baca tajuk kali ni mesti ada yg belum pernah dengaq kan, cucur ni ibu pun sebelum ni tak pernah buat pernah makan saja. Tok Teh selalu la buat cucur nu kalau kita balik kampung masa menyerok (sarapan) ataupun masa minum petang. Ibu memang suka cucuq ni, tapi tak terlintas langsung sebelum ni nak belajaq buat cam mana.

Dulu masa ibu kecik2 ibu panggil cucuq topi sebab cucuq ni kan bulat dan kembung kt tengahnya cam topi. Masa kita balik Taman sepadu minggu lepas, ibu teringin la pulak nak makan cucuq ni, so ibu talipon la tok teh tanya nk wat cam mana. tok cakap tepung gandum 1 cawan, tepung beras 2 cawan n 1 1/4 cawan gula. Tok cakap kalau gula kurang topinya tak jadi. 

Malam ibu cubalah buat cam mana yg tok ajaq, mula2 tak jadi sebab keras sangat kot, opssssssssssss, ibu lupa tanya berapa cawan air, ibu masukkan dulu 2 cawan, tapi agak pekat, so cubaan pertama gagal. Ibu tambah lagi satu cawan air.... macam nak jadi tapi topinya lom jadi, baru ibu ingat balik tok kata kalau tak jadi mesti tak manis, so ibu tambahkan lagi 1/2 cawan gula. Mungkin sebab ibu guna gula perang kot, sebab tu la kurang manis. Akhirnya terhasillah cucur jawa air tangan ibu... anak2 ibu pun suka makan. Malam ni kita makan cucuq ni jer k, nasi ibu tak masak....MOGOK.

CUCUQ JAWA

Ini la cucuq warisan kita, cucuq org dulu2. Tapi topinya lom cantik lagi, tak pa lain kali kita cuba lagi. Senang ja nak buat, yang penting nak cuba. Ibu la ni hairan la, suka sangat nak makan kuih yg manis2..... hai ada apa2 ka ibu?