my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat tahun baru

Sedar tak sedar hari ni dah 28 Disember 2012, tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru, semoga azam tahun2 yang lepas telah terlaksana.... ibu jer lom terlaksana lagi ( nak kurus..... Opppppsssss) nak gelak pun ada. Azam nak kurus ni dh bertahun-tahun tapi masih dok macam tu la jugak.

2012 meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis ibu bersama anak2 serta keluarga. Sedar tak sedar jugak 5hb Jan. nanti kakak dah 10 tahun, dh masuk darjah 4, syasya pulak dh masuk darjah 2, irfan pulak 6 tahun. Masa berlalu begitu pantas hingga ibu rasa terlalu cepat dan pantas masa sehinggakan anak2 ibu dh membesar. Ibu doakan semoga anak2 ibu menjani anak2 yang soleh dan solehah, mendengar kata ibu dan abah. Belajar rajin2 sebab hanya harta itulah sahaja yang mampu ibu berikan buat anak2 ibu.

Azam tahun baru lom fikirkan lagi, mungkin cuba tunaikan azam tahun2 lepas dulu. Tahun ni jugak ibu telah kehilangan seorang kakak yang sangat ibu sayangi, kakak ke-2 dari 6 adik beradik. Kak cik telah kembali ke rahmatullah pada 7 hb Disember baru2 ni. Kak cik Meninggalkan 2 org anak dan suami yang jugak tengah sakit. Tuhan lebih mengayanginya......., kak cik pergi dalam usia 53 tahun boleh dikatankan masih muda, tanpa mengidap sebarang penyakit kritikal, pergi dalam tidur dn tak sempat menatap wajah2 kesanyangan di saat menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah tersurat, qadak dan qadar, dia Dia yang mengetahui. 

Rasa terkilan yang amat sangat kerana ibu tak sempat memohon ampun dan maaf pada kak cik, walaupun ibu tahu pada hari raya qurban yg lalu ibu dh pun bermaafan dengannnya namun tak sangka itu adalah kali terakhir ibu mencium tangannya. Semoga roh kak cik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat anak2 buah, cik harap sentiasa berdoa untuk mak, hanya itu bekalan untuk mak.

Buat semua pembacabloq ibu, walaupun tak seberapa pembacanya, ibu mengucapkan selamat tahun baru 2013, moga tahun baru ini menjanjikan sejuta kenangan buat kita semua.

Rabu, 26 Disember 2012

Syasya teruja

Ini cerita pasal syasya, dia sangat la teruja nak balik jawi pasai nak tengok rumah sewa baru, dia dah tengok tapi lom pernah tidoq lagi. Yer la masa kami pindah randah tu dia kt kampung. Xcited gila nak balik awai kemarin, last2 pukul 11 malam baru abah ajak balik, sian dia. Dalam kereta asyik tanya bila nak sampai, irfan kata sat ja lagi sampai la.

Hari ni lepas beli buku memerap kt rumah dengan kakak, irfan ibu hantaq pi taska. Kalau tak hantaq ribut taufan la jawabnya.....


Jumaat, 21 Disember 2012

Tok...

wajah kesayuan

wajah tok yg dh dimakan usia

Nampak sangat kesayuan di wajah tok, mak adalah anak kedua tok, mak pergi dulu dari tok. ( untuk makluman, mak ialah nama panggilan untuk kakak ibu , anak2 ibu semunya pangil mak n abang ipar pulahk ayah, so bila ibu sebut mak bukan bermaksud mak ibu tau.) Mak pergi dengan tenag pada pagi Jumaat 7 hb 12, mak pergi dalam tidur tiada sesiapa bersama mak sewaktu mak menghembuskan nafas terakhir.

Ibu tak boleh nak cerita banyak2 sebab terlalu sedih dan sebak, kalau mak sakit lain la ini mak tak sakit apa pun. mak pergi tanpa menyusahkan sesiapapun, semoga roh mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Kak Yang yang sedang belajaq kt Johor tak sempat nak jumpa dengan mak, mayat perlu segera dikebumikan nanti menyeksa manyat. Kak Yang sampai dh pukul  6 ptg bayangkan....... tak dpt menatap wajah mak buat kali terakhir. Kak yang adalah anak kesayangan mak, terlalu manja dgn mak.. hanya doa yg dapat kita hadiahkan buat mak.




Musang King

Musang King ??

satu pingga 5 ulas jer, satu ulas pun dh kenyang

best, isinya kuning

Ni la musang king..... caya ke? tak da lah, saja ibu letak nama ni sebab kampung tok kan nama Tanjung Musang, so Musang King la namanya. Sedap sesangat hingga menjilat jari ibu. Pekena ngan pulut plak hai mau tidoq ja la jawabnya satu hari. Makan sampai puas nanti belum trntu dpt makan lagi. Tapi buah kali ni jadi banyak pulak  tok cakap so dapat la semuanya merasa. Kebetulan semua balik masa kak cik meninggal.


sarapan pagi ngan teh n keluarganya

Along n chaq makan nasi lemak, doyan tak layan.

Ternganga mulut teh nak makan musang king punya pasal.... hihihi. mana ibu??? ibu kan jurufoto so nampak baju la skit tu...



Selasa, 18 Disember 2012

HARI YG BZ

Salam semua... tak der apa nak cita hari ni, kerja2 bayaran payment untuk kontraktor dh selesai, cuma kerja-kerja kt tapak saja yang masih berjalan. Biasala hujung2 tahun ni semua bz nk tutup akaun. Kerja ibu tak la banyak sangat tapi kerja yg hujung tahun so, lambat skit la nk settle.


Jumaat, 14 Disember 2012

Hari Jumaat

Semenjak dok menyewa kt Jawi ni sudah menjadi satu kemestian yamh hari Jumaat mesti balik Tasek Gelugor, rasa puas bila balik rumah sendiri. Anak2 pun sudah terbiasa dengan rumah sendiri. Kalau balik kampung pun cam tu la, mana mau duduk lama2, asyik tanya bila nak balik taman sepadu jer....

So petang ni kita jumpa di taman sepadu plak yer....

Tinggal kenangan, dalam gambar ni ada 2 insan yng telah kembali ke rahmatullah.  Kak cik n sepupu ibu, gambaq ni masa hari sebelum kenduri Ummi di kuala kedah.

Selasa, 11 Disember 2012

Kenduri idik ipar

Semalam ibu dh kehilangan seorang kakak yg agak rapat juga dgn ibu. Hari ni ibu nak cerita pasal kenduri adik ipar ibu kt padang sera, walaupun masih ada kesayuan dan rasa hiba dalam diri ni namun hari2 perlu diteruskan jua. Pada hari tersebut adik abah akan berkahwin dengan pilihan hatinya org Padang Sera jugak.

Lepas sahaja makan kenduri kita terus balik Tasek gelugor, sebab esok abah dh kerja. Ibu pulak tak berapa nak sihat, lepas makan ja terus balik. Adik ibu n mak jang belom balik lagi tunggu bergambar dgn pengantin. Lauk kt umah kenduri ni memang marvelous...... gulaii gading, fajeri rebung madu n ulam cabai.

KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pagi jumaat lepas ( 7 Disember 2012 ), seperti hari2 yang lain lepas antaq irfan pi taska ibu pun masuk kerja seperti biasa. Sangat2 terkejut bila ibu menerima panggilan talifon dari kakak ana yang emaknya sudah tidak bergerak, panik dan dah tak tau nak buat apa. Isi borang el terus call abah cakap balik kmpng kak cik sakit, kak cik kakak ke-2 ibu. Balik umah kemas baju n ambik arfan kt taska, drive ke tasek gelugor abah tunggu kt tmn sepadu.

20 minit kemudian dapt cll dari abah yang kak cik sudah meninggal, 'innalillah................', kaki rasa cam dh kaku tak bleh nak drive, tapi gagahi jugak sampai rumah. Abah tengah tunggu masa kita sampai, pastu pergi ambik fatin dulu sebelum balik kg.

Terus ke umah kak cik kt taman indah, bila sampai org dh ramai. Air mata usah la cakap, sedih betoi ibu bila tengok akak ibu dh pergi untuk selamanya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman. Ibu kucup wajah mak untuk kali terakhir, begitu juga dengan fatin ngan irfan, ibu suruh sayang mak buat kali terakhir, lepas ni anak2 ibu dh tak ada mak dah. Kak cik lebih mesra  dengan panggilan mak oleh anak2 aku.

Lepas solat jumaat kak cik dimandi kemudian dikafankan, masa ni cik don lom smpai lagi. Ila plak nak tanya  kt mana pun tak sampai hati takut dia lagi sedih.... Ila pak teh yg pi ambik kt Johor, entahkan sempat atau tidak nak jumpa kak cik. Masa dh suntuk, tok tak mau lengahkan masa sedangkan pak jang, teh n kak yang lom sampai. Teh cakap dia dh kt pendang, so ibu suruh teh pi kubur saja sebab mayat dh dibawa ke kubur. Oleh sebab dh lewat, mayat kak cik perlu dikebumikan dan kak yang tak sempat nak tengok kak cik..... berdoa lah banyak2 kak yang semoga mak ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.


Rabu, 5 Disember 2012

Tukar Lagi

Apa ya yang bertukar.... kepada yang baru masuk bloq Biqqmama ni mesti perasan. Biqqmama kini berwajah baru lagi, sebenaqnya ibu lom puas hati lagi dgn wajag baru ni  bloq ni....apa yg tak kena entahlah. Tak pa, kita tunggu dan lihat berapa lama wajah baru ni bertahan.

Orang perempuan ni kan mesti nak yang cantik, selagi tak puas hati selagi itulah kita cari dan bila dah serasi kekonon boring pulak, macam2 la peel wanita ni kan. Apapun ni la wajah terbaru bloq Biqmama.


ehhhh... ni wajah biqqmama bukan wajah bloq biqmama