my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 25 Julai 2013

Mood Raya

Alhamdulillah dh 2 minggu kita berpuasa, kedua2 anak biqqmama masih belum lagi tinggal puasa. Hari2 biqqmama masak yang simple2 jer untuk anak2, anak2 biqqmama makan nasi jer, ada satu lauk pun dah cukup. Kuih biqqmama beli skit jer kalau2 anak2 lapar sebelum tidoq dan utk hero biqqmama yang tak puasa sorang tu. Masuk jer dlm kereta terus lapaq, kalau ada apa yang biqqmama beli mesti dia makan dulu sampailah kat rumah. Yang biqqmama geram, time org sibuk nak berbuka dia pun sibuk nak berbuka jugak, mcm puasa plak. Macam2 karenah anak2 ni, kalau tak bagi makan skali nanti merajuk habis semua barang dia lempaq.... itulah sorang hero biqqmama.

                                IA bIQQMAMA BUAT TAU, COMOT SKIT SEBAB XDER PINGGAN YNG SESUAI                                                                                           
ANTARA KUIH YANG IBU PERNSH BELI
NASI KERABU NI JGN HARAP LA BIQQMAMA BUAT KAN....




Khamis, 18 Julai 2013

Sembang-sembang

Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa, syukur kerana Dia memberi kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah yang mulia ini.

Agak2 petang ni menu apa ya? Biqqmama ingat nak buat kari udang jer, menu lain lom terfikir lagi. Kalau buat kari udang mau pekat2 baru sedap, nanti lemak tepu biqqmama makin bertambah la jawabnya.



Puasa kali ni biqqmama kena masak sebab dua2 anak biqqmama dh puasa, menu pun selalunya atas permintaan anak2 sebab depa yang nak makan. Biqqmama bukan apa, anak sulung biqqmama tak berapa suka makan udang, dia cakap gatai. Tapi kalau biqqmamam masak sotong licin dia sapu tak gatai la pulak. Cam tu lah kerenah anak2 kan, tu baru 2 org yang berpuasa tahun dpn dah jadi 3 tak tau la apa lagi kerenah yang sorang ni.

Biqqmama belum lagi boleh nak balik berbuka ngan mak biqqmama, rindu sangat masakan mak kan.... untung kan kalau ada kawan-kawan yg duduk ngan keluarga, hari2 boleh makan masakan air tangan ibu.

Kemarin biqqmama meeting smpai ptg so tak sempat la nak updet citer pasal kemarin, nasib baik ada cik abang tolong ambikkan anak2 n masak untuk berbuka untuk skali..... sayang abang. Walaupun tak seberapa sedapnya, namun ianya cukup bermakna buat biqqmama yg baru balik n tersangatlah penat, abang, jasamu dikenang.

Isnin, 15 Julai 2013

Hari ke 6 Puasa

Hari ni dh masuk hari ke-6 kita berpuasa, alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini. Biqqmama dh mula runsing sebab dari semalam lagi perut biqqmama dh mula buat hal. Tahun lepas dh hujung2 puasa baru terasa,  tahun ni awai lagi dh terasa. Dulu2 biqqmama tak pernah pun gastrik, tak tau pun cam mana rasanya gastrik. Sekarang Biqqmama dh tau betapa peritnya gastrik ni, mencucuk-cucuk siap muntah2 lagi. Ya Allah, kau permudahkanlan segalanya.

Serba-sedikit cerita tentang gastrik




PUNCA BERLAKU GASTRIK
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
  •  Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
  • Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
  • Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kekurangan air dan garam

TANDA-TANDA GASTRIK
  • Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
  • Terasa loya
  • Kurang selera makan (tanda kanser)
  • Berat badan menurun (tanda kanser)
  • Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
  • Sendawa


NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK
  • Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan senak perut dan sebu.
  • Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan masam.
  • Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Pengambilan sayur yang mencukupi.
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih muih, pencuci mulut dan minuman bergula.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
  • Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
  • Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).


Wallahu’alam. Sekadar perkongsian. (Terima kasih kepada yang memberi maklumat http://pensil-tekan.blogspot.com)





Khamis, 11 Julai 2013

Puding Karemel

Tengah hari tadi balik rumah masa rehat, so sempat la buat satu menu utk ptg ni, Puding Karemel. Mula2 ingat nak buat agar2 tapi rasa cam dh lama ta mkn puding karemel. Akhirnya berjaya biqqmama siapkan walaupun periuk kukus tak der. hahaha, naper tak cayer ke? Nasib baik ada alas kukus utk periuk kt rumah ni, so dpt buat jugak la.

kita tayang skit....

Tak dak bekas yang besaq... so terpaksa letak dlm pinggan ni jugak

Rabu, 10 Julai 2013

1 Ramadhan dan apa menu berbuka petang ni

Akhirnya sekrg dh pukul 4 ptg, moga2 anak2 biqqmama dpt menyempurnakan ibadah puasa hari pertama ni. Cuaca agak agak panas hari ni, itu semua dugaan buat kita.

So dh pukul 4, so apa menu kengkawan ptg ni, biqqmama balik thari tadi sempat jugak bancuh tepung untuk buat donat, anak2 ibu kan suka makan donat. Untuk lauk plak tak tau la nak msak apa lagi, rasa cam nak makan fajeri nenas. Tahun lepas boleh la beli ja kt erea rumah lama tu, thun ni dh pindah rumah so nak pi beli jauh la skit. Biqqmama rasa nak buat jerlah, lagipun bukan susah pun. Goreng ikan gelama plak kan.....bestya

Hai.... jgan ada yang dh meleleh air liur dah la kan. Waktu2 cam ni kalau sembang bab makanan memang la best, dok bayang depan mata dah pun. kihkihkih.

Apapun selamat berbuka buat semua kengkawan biqqmama.


Selasa, 9 Julai 2013

Salam Ramadhan

Pejam celik, pejam celik esok umat islam  dh mula menunaikan ibadah puasa. Biqqmama mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan perbanyakkanlah amal ibadah dibulan mulia ini. Anak2 biqqmama dh tak sabar nak berpuasa tahun ni, tak taulah semangat nak sambut puasa atau semangat nk puasa, apapun kita tengok esok cam mana yer....jeng3.

Baju raya untuk anak2 belum beli lagi, cam2 yg dok plan dlm kepala, tak tau la jadi ka dak, anak2 pompuan baju kurung dh tempah dah la, sedondon la ngan ibunya. Anak lelaki ngan abahnya ckp nak beli yg siap yer, ikut suka depa lah.

Esok dah nak puasa, hari ni opis ibu masih lagi buat sesi makan2, apalagi joint ja lah. Hari ni laksa n bihun goreng n makan pagi jer. Rezeki jgn ditolak.

ibu2 yang amat rajin

bengkang ubi

potong ida....

menu pilihan biqqmama

sambil mkn sambil meluahkan perasaan

muka yg dh kenyang

Selasa, 2 Julai 2013

Salam Kerinduan

Rasanya dah terlalu lama Biqqmama tidak menulis di blog ni, kekadang tu cuma jengah ja dan baca2 yang mana best pastu keluaq.

Apa khabar sahabat2 blog semua, biqqmama harap semuanya sihat2 belaka. Biqmama, sejak dua menjak ni kesihatan kurang memberangsangkan, asyik2 nak semput sahaja. Maklum saja la kan, kualiti udara kita skrg ni tak berapa nak elok, walaupun Pulau Pinang masih dikatagorikan dibawah level bahaya, namun jerubu masih terasa.

Hari ni bari mula kerja, kemarin tak sihat, anak2 pun tak sihat jugak. Hari ni Fatin plak yang tak sihat, sakit perut katanya.

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma. Sempena bulan yang mulia ini Biqqmama ingin mengucapkan selamat Berpuasa dan banyakkanlah amalan dibulan mulia. Anak2 biqqmama dh tak sabaq nak puasa, asyik dok tanya bila kita nak puasa.

Nanti2 biqqmama celoteh lagi.....by2