my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 20 Januari 2011

rinduuunya

Dah lama rasanya saya tak menatap blog ni, kesibukan kerja membataskan saya untuk mencurahkan rasa hati saya di sini, biasa la awal2 tahun ni, macam2 kerja yg perlu diselesaikan.

Susahkan kalau kita berjiran dgn org yang kita kenal, kena jaga hati dan perasaan mereka, tapi hati dan perasaan kita tiada siapa yg endah.....

Hari ni cuti, so kesempatan ni aku ambil untuk mencoret apa2 yang ada dalam kotak fikiranku. hari ni Thaipusam, mesti ramai yang ambil kesempatan ni untuk balik kampung, sambung cuti esok skali dapat la 4 hari cuti..., cam saya ni nk cuti pun kena fikir banyak kali coz banyak kerja yang masih belom diselesaikan. PENING2.

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

 Buat semua pembaca blog ni, Selamat Tahun Baru, semoga tahun ini akan lebih mematangkan diri kita serta memberi rezeki yang melimpah ruah.
     so..... bagaimana azam tahun lepas, ada tak yang termisss. efa rasa mesti ada kan. efa pun ada gak yg termis...... maklom la kan, banyak sangat azam yang tersenarai setiap tahun, dan ada azam yg masih renew, hihihihi... anda bagaimana pulak???
    Saya rasa tahun ni saya nk tambah lg la, eh!!! bukan tambah anak tau, tambah pendapatan. sekarang macam2 peluang pendapatan yang boleh kita usahakan cuma kita jer yang tak sempat nk buat. cam mana nk buat pendapatan tambahan, balik keja dah petang, cam2 kerja dah tunggu untuk disiapkan.... pas solat isyak jer mata dh nk pejam.
     Saya pulak tak suka la buat keja smpai malam2, tinggalkan anak2 kt umah. Lagipun anak2 masih kecil, masih memerlukan kita. satu lagi bab MLM yang suka bertandang umah orang tanpa dijemput ni, memang la nk cari rezeki tapi tak payah la datang umah orang tengah2 malam nak buat sell. Tak terlintas ke difikiran korang tuan rumah tu nk berehat ke nk wat apa malam2 kt umah????? hairan aku..... kalau nk cepat kaya pun jgn la smpai nk menyusahkan orang lain plak yer.
    So, sesapa yg terasa tu sory la yer, len kali pikir dulu sebelom buat. Jangan la sampai perbuatan kita menyusahkan orang dan paling penting nak ker kita hilang sahabat dek akibat kelakuan kita tu. Renung-renungkanlah..........