my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 25 Februari 2013

Mengantuk

Hari ni dh mula kerja, kita bertolak dari Taman Sepadu Pagi tadi pukul 5.30pg. Bukannya apa, nak ke opis abah dulu, pastu baru kita balik jawi. Baju sekolah semua ibu dh iron, sampai nanti tak la terkejar-kejar sangat, mandi n terus pakai baju sekolah.

Abah skrg ni selalu saja ajak balik pagi isnin, ibu kan jenis susah nak tidur kalaupun ibu tidur ibu kerap terjaga malam. Simthom ni sebenaqnya dah lama ibu alami, sering terjaga malam dan masa terjaga tu ibu tidur sambil duduk, pelik kan? Masa mula2 dulu abah tak percaya bila ibu cerita, tapi bila dh selalu terserempak ibu tidur sambil duduk baru la dia percaya. Ibu rasa punca ibu tidur sambil duduk ni mungkin sebab ibu ni gemuk sangat kut...apa pendapat anda yang berbadan besar macam ibu ni? adalah anda mengalami masalah yang sama.

Bila tidur kita tak selesa jadi kita akan rasa mengantuk, megitulah yg ibu alami sekarang, sampai pernah suatu hari dalam 3thun lepas ibu xsiden dengan kakak (fatin). Alhamdullih masa kejadian tak ada kenderaan yg lalu, ibu dah masuk jalan org..... tetiba ibu dengar kakak panggil ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!, masa tu kereta dh masuk hutan. Ibu cuba sedaya upaya control stereng supaya ibu tak terbabas kedalam parit yg berhampiran, mujurlah ada pokok kelapa sawit dihadapan , kereta ibu berhenti akibat langgar kelapa sawit, kalau tidak maunya terjun longkang. Masa ni tak ada apa yg ibu fikir kecuali mati n fatin sahaja. Bila kereta dh stop tu ibu tengok fatin dok menangis...... ibu tanya dia ok tak? dia cakao 'ok'.  Oleh kerana tak ada org yang berhenti tolong ibu suruh fatin keluar kereta, rupa-rupanya kereka kami dh terjunam skit masuk longkang jadi org yg lalu kalau tak perhatikan betul2 memang tak nampak. Apapun alhamdulillah kami selamat, walaupun KBE ibu agak teruk.

Itulah cerita akibat mengantuk, so sapa2 ada tips nak shere ngan ibu... kongsi la kan untuk kebaikan kita bersama.

Jumaat, 22 Februari 2013

Jumaat Datang Lagi

Setiap kali Jumaat jer mesti ibu seronok, bukannya apa pun sebab hari jumaat ibu dapat balik rumah kita kt Taman Sepadu.

Oleh sebab selalu sangat cerita pasal hari Jumaat, kat sini ibu sertakan ekelebihan hari Jumaat :-


Antara 6 Kelebihan Hari Jumaat




1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

Khamis, 21 Februari 2013

KENANGAN DI MELAKA

Ini gambar lama, saja ibu nak tunjuk. Masa ini majlis jamuan makan malam sempena MAKSAK TRADISIONAL peringkat kebangsaan kt Melaka. Selalunya Penang ni menang bahagian pakaian jer la, kt mainan tu tak berapa la sangat cemerlangnya...hihihih. Masa ni Penang dapat johan dalam pakaian, maklumla mamu n mami jarum la katakan.

yang kt tengah tu ketua kontinjen. 

Makanan jer tak berapa meriah

Bergambar sebelum balik penang kt Dataran Pahlawan. Yang kat tengah tu kak Mahidah penyelaras seremban

Kebanyakan pemain-pemain MAKSAK Tradisional terdiri dari kakitangan penjara. Orang Jabatan Kerajaan ramai yang tak berapa nak tau tentang MAKSAK Tradisional ni, kalau futsal, bola jaring, golf ka memang popular. Yer la sukan yg tak glamer la katakan...

Rabu, 20 Februari 2013

Kenangan Di SPU

Tadi masa tengah2 kemas barang kt tempat kerja, tetiba jumpa album gambaq. Dalam tu ada banyak jugak la gambaq ibu masa kt SPU antaranya gambaq ngan ibu n Kak Ani Bador n Kak As (anak2 ibu panggil aunty jer). Rasa cam baru ja semalam gambar tu diambil. Kak ani dah pindah JKR Sepang, Kak As plak kt KPKT di Alor Setaq. Lama la sangat tak jumpa kakak2 yang sangat baik hati n penyayang ni.

Dulu ibu ingat lagi, masa tu Kak ani dok kuarters TUDM kat Bagan, kami selalu buat BBQ kt umah kak ani sebab umah kak ani mengadap laut....best. Ramai2 datang bawak makanan, dan yang bawak perut pun ada jugak. hihihi.... memori tu tentu tak akan jumpa lagi. Ibu rindu sangat suasana masa tu, warga JKR SPU dh macam saudara sendiri. Alangkah bahagianya kalau dapat berjumpa kembali........

Eh!!! ibu ke ni??? 

masa ni ibu lom kawin lagi

Rosak lagi

Sebelum ni ibu pernah cerita pasal charger tablet ibu yang selalu rosak, dan kali ni rosak lagi. Anak2 ibu selalu tarik kuat2 wayar charger tu, sebab tu la selalu rosak. Bayangkan satu dh RM 18, tu kitra paling murah, kalau sebelum ni abah beli RM 32, sekarang ni dh masuk 5 wayar charger ibu guna..... bayangkan berapa banyak duit ibu dh melayang psal wayar charger sahaja. Naasib baik la ibu ada satu lagi talipon kalau tidak terputus hubungan la jawabnya.

Talefon sekarang ni bukan lagi eksesori tambahan tapi talefon merupakan satu keperluan, zaman sekarang kalau tak dak talefon seolah-olah kita ni duduk kt zaman batu, terputus semua hubungan dengan dunia luar.  Kalau dulu malu nak pakai talifon besaq.... boleh baling anjing tapi telefon sekarang lagi besaq n lagi canggih dan tak malu la pulak nak pakai kan.....? Dunia ni ibarat roda kan......apa la aku melalut pagi2 ni. 

Ok, fail meja dh siap cuma nak kemaskan meja sahaja lagi. 


Selasa, 19 Februari 2013

Kurang Sihat

Salam semua, agak lama rasanya ibu tak menulis apa2 n3 kan? Sebenaqnya minggu lepas ibu tak berapa sihat, entahlah penyakit asma ibu sekarang ni agak menjadi-jadi. Minggu lepas Ibu kerja satu hari sahaja pada hari Rabu, hari Khamis n Jumaat plak ibu ambik mc. Mungkin sebab cuaca sekitar jawi ni agak sejuk sebab itu ibu sering terkena asma.

Ibu pun bukannya seronok sangat, kalau ibu cuti maka bertambahlah kerja-kerja ibu kt opis. Korang mesti hairan kan..... walaupun ibu ni sakit tapi bila tengok orangnya cam sihat walafiat jer kan. Ibu kan sakit Asma, so ubat yang ibu makan ada kandungan steroid.





Asma yang juga dikenali sebagai semput atau lelah merupakan penyakit paru-paru akibat daripada radang (inflamasi) dan penguncupan atau penyempitan saluran pernafasan. Dalam masa yang sama, badan mengeluarkan mukus yang menyempitkan lagi saluran pernafasan ini. Ini akan menghasilan bunyi seperti bersiul berulang-ulang kali, terutamanya apabila pesakit menghembuskan nafas dengan bunyi “wiz”.


Di antara tanda awal seseorang itu mendapat asma ialah:

* Selalu batuk pada waktu malam, apabila suhu mula menurun
* Sukar tidur
* Keletihan tanpa diketahui puncanya
* Sukar bernafas
Serangan asma berlaku apabila terdapat perubahan dalam saluran pernafasan (seperti inflamasi/ bengkak) yang menyebabkan saluran pernafasan mengecil dan peka terhadap rangsangan luar. Tahap keterukan dan tempoh masa serangan asma berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.
Di antara tanda seseorang itu mengalami serangan asma yang kronik ialah:
* Mengeluarkan bunyi “wiz” (menciut).
* Batuk berterusan tanpa henti, terutamanya pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti fizikal yang agak berat.
* Nafas pendek atau sesak nafas
* Ketat dada
Keadaan ini jika bertambah teruk dan tidak dirawat, ia boleh membawa maut. Bantuan kecemasan diperlukan apabila pesakit ini menunjukkan tanda kekurangan oksigen untuk bernafas seperti sesak nafas semasa berjalan atau bercakap, bibir dan kuku menjadi biru dan inhaler tidak lagi membantu mengurangkan serangan asma ini.
Sebenarnya asma merupakan penyakit yang tidak boleh disembuhkan kerana ia merupakan penyakit yang berkait rapat dengan alergi dan keturunan. Bagi pesakit yang sering mengalami serangan asma, doktor biasanya memberi ventolin dengan inhaler bagi melegakan saluran pernafasan. Namun begitu, keterukan dan kekerapan serangan asma ini boleh dikurangkan dengan berkesan sekiranya pencetus kepada serangan asma ini dapat dihindari atau ditangani dengan baik.
Di antara pencetus kepada serangan asma ialah:
* Alergi – terutamanya kepada kulat, habuk, lipas, debunga/bunga, makanan tertentu seperti kekacang, telur atau ikan.
* Bulu, kulit, air liur atau air kencing haiwan kesayangan (seperti kucing, anjing, dsb.) yang melekat pada pakaian, perkakasan rumah, karpet, kain selimut, dinding, dsb.
* Pencemaran udara sepert

* Cuaca – terutamanya waktu malam atau cuasa sejuk.
i jerebu, asap rokok, asap-asap lain, bau cat, penyembur rambut, dsb.
* Aktiviti fizikal seperti senaman atau sukan yang berat.
(ihsan dari.......http://sitik.wordpress.com)

Rabu, 13 Februari 2013

Tayar pancit

Selamat bekerja setelah 5 hari bercuti, makan angin sakan la no? Oleh sebab dh 4 hari tak kerja, so hari ni bila keluaq rumah jer syasya cakap....'ibu tayar kereta tak dak angin'. Alahai mcm2 la pulak jadi di awal pagi ni, tak pelah ibu hantaq jugak anak2 ibu ke sekolah ibu drive perlahan-lahan takut tercabut plak tayar kereta nanti. Akhirnya dapat jugak ibu sampai opis, nanti ibu suruh la kawan2 ibu gantikan tayar ibu yang pancit tu. Apalah nasib badan, hari pertama kerja dh macam2 dugaan.



Jumaat, 8 Februari 2013

Kunci rumah

Bila baca tajuk mesti ada yang dah terbayang jalan cerita kan. Oleh sebab pagi ni agak lewat keluar..... tak lewat pun sebenaqnya tapi anak2 ibu kan suka buat kalut pagi2. Pagi tadi cam tu la, fatin dh mula beleter yg hari ni dh lewat ibu pun keluar cepat2 pastu ambik kunci kereta sahaja sebab pintu n grill dh terbuka, bila hidupkan kereta baru ibu perasan pintu umah belum tutup, punya la depa nak cepat sampai pintu rumah pun tak tutup. Apa lagi angin la ibu pagi2 ni, ala masa tu baru pukul 7.10 minit tapi anak2 ibu ni suka sangat pi sekolah awai takut kena rotan dgn cikgu.

Ibu pun suruh syasya tutup pintu, dia pun terus tutup pintu rumah tak tengok dh kunci ada kt mana, haaaa tu la ibu cakap nak cepat sangat cam2 boleh jadi, tengok skrg dh lambat. Bila call abah tak jawab, ibu mesej la abah dgn harapan abah baca msj ibu tu, kalau tidak nak melepak kt mana ibu tgh ni, kan hari ni hari jumaat.

Masa makan pagi ni ibu terserempak dgn abah kt kedai sebelah opis ibu, abah pun makan kt medan selera ni jugak ngan kawan2 abah. Ibu pun tanya la kunci mana, pas tu abah wat cam tak tau. Ibu ckp la tadi ibu msj kt abah cakap kunci tinggai dalam rumah, tak baca msj la tu............ geram ibu, talipon tu kalau tak mau guna baik lempaq dalam sungai, boleh ikan guna.

Masa dok menaip ni abah call, dia cakap pintu dah buka nanti kunci ambik kt rumah sebelah........ lega rasanya. Mesti abah buat acara pecah rumah, sebab kunci abah tinggai kt opis dia. hahahaha pecah rumah sendiri. Apapun tq abah sebab tolong bukakan pintu untuk ibu.




Selasa, 5 Februari 2013

Moto abah pancit

Pagi tagi masa siap nk keluaq rumah tetiba syasya ckp abah balik.... aik tak jadi pi kerj ka @pun sakit perut. tengok2 irfan pun ada skali.... abah cakap moto pancit so nampaknya ibu la kena antaq abah pi kerja pagi ni kt BM(Bukit Mertajam).

Kita pun cepat2 siap keluaq rumah n hantaq syasya n fatin, pastu antaq irfan. Pi opis ibu nak thump print tapi tak dak karan la pulak....biasa la kalau abah bawak kereta, kaki ibu mesti tekan brek punya. hihihi sempat lagi ckp, hati2 abg kereta banyak ni. Akhirnya sampai kt MPSP ngan2 jer.


Isnin, 4 Februari 2013

IRFAN SAKIT GIGI

Salam semua, hari ni hari pertama kerja so mood malas tu masih membuak-buak, nak pergi kerja pun malas rasanya. Apa nk buat, dah la hari Jumaat lepas ibu dah ambik EL sebab irfan demam, nak cuti lagi hari ni? Dengan segala kudrat yg ada ibu gagahkan jugak untuk pi kerja...amboi cam nak pi menyangkoi tanah la pulak ibu ni kan.

Ok ibu nak cerita pasai irfan yang selalu sakit gigi, irfan suka sangat makan gula2, kalau dia hisap ok la kan, tapi di ni kalau makan gula2 suka sangat gigit biar cepat habis, tu yang gigi geraham dia berlubang teruk. Pas tu kalau lepas makan jer mesti cari ibu suruh buang isi daging yg melekat kt gigi dia, punya la berani budak ni kalau ibu lambat sikit saja pandai2 jer ambik pin tudung ibu buat cam mana ibu selalu buat kat dia.

Balik kerja petang tu ibu ambik irfan kt taska, dia dok menangis ibu hairan la jugak kenapa dia ni menangis, sebab ibu tau irfan susah sangat nak menangis. Kakak yg jaga taska cakap irfan menagntuk kot sebab masa ibu sampai tu dia tengah tidoq. Dalam kereta asyik merengek ja, bila ibu tanya dia cakap dia sakit gigi. Ibu terus talipon abanh suruh balik awai pi klinik gigi.  Sebenaqnya ibu dah beberapa kali rancang nak pergi klinik gigi, satu hari tu masa ibu pi hari dah betul cuma salah masa, kanak2 hari Jumaat waktu rawatan 2ptg, bila ibu tanya misi pasai apa petang dia cakap pagi kanak2 pergi sekolah, so tak jadi  la buat rawatan hari tu. Lepas tu ibu pulak yg bz dengan kerja kt opis, irfan ada jugak tanya bila kita nak pergi klinik tengok gigi ibu, mungkin dia dah sampai satu tahap sakit tahap gaban kot no.

Abah sampai sebelum magrib, lepas magrib kita keluaq cari klinik gigi. Ibu n abah tak berapa pandai sangat erea jawi ni maklum la tak sampai setahun lagi dok sini. Akhirnya, tunggu punya tunggu kat satu klinik ni org yg buat temujanji dtg, so kami terpaksa cari klinik lain. Kalau dia tak dtg boleh la kami masuk dulu, tak kan nak tunggu dia habis buat rawatan kot, klik tutup pukul 9. Akhirnya kita cari klinik lain kt Nibung Tebal, Klinik Dr Lim. Nasib baik tak ramai orang.

Masa awal ok jer, tapi masa nak siap tu dah mula nak menangis..... kita layan gambar yer

relex ja masa ni

masa ni ok lagi

masa ni dh mula nangis... sian anak ibu. tapi irfan kuat, tahan sakit