my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 4 Februari 2013

IRFAN SAKIT GIGI

Salam semua, hari ni hari pertama kerja so mood malas tu masih membuak-buak, nak pergi kerja pun malas rasanya. Apa nk buat, dah la hari Jumaat lepas ibu dah ambik EL sebab irfan demam, nak cuti lagi hari ni? Dengan segala kudrat yg ada ibu gagahkan jugak untuk pi kerja...amboi cam nak pi menyangkoi tanah la pulak ibu ni kan.

Ok ibu nak cerita pasai irfan yang selalu sakit gigi, irfan suka sangat makan gula2, kalau dia hisap ok la kan, tapi di ni kalau makan gula2 suka sangat gigit biar cepat habis, tu yang gigi geraham dia berlubang teruk. Pas tu kalau lepas makan jer mesti cari ibu suruh buang isi daging yg melekat kt gigi dia, punya la berani budak ni kalau ibu lambat sikit saja pandai2 jer ambik pin tudung ibu buat cam mana ibu selalu buat kat dia.

Balik kerja petang tu ibu ambik irfan kt taska, dia dok menangis ibu hairan la jugak kenapa dia ni menangis, sebab ibu tau irfan susah sangat nak menangis. Kakak yg jaga taska cakap irfan menagntuk kot sebab masa ibu sampai tu dia tengah tidoq. Dalam kereta asyik merengek ja, bila ibu tanya dia cakap dia sakit gigi. Ibu terus talipon abanh suruh balik awai pi klinik gigi.  Sebenaqnya ibu dah beberapa kali rancang nak pergi klinik gigi, satu hari tu masa ibu pi hari dah betul cuma salah masa, kanak2 hari Jumaat waktu rawatan 2ptg, bila ibu tanya misi pasai apa petang dia cakap pagi kanak2 pergi sekolah, so tak jadi  la buat rawatan hari tu. Lepas tu ibu pulak yg bz dengan kerja kt opis, irfan ada jugak tanya bila kita nak pergi klinik tengok gigi ibu, mungkin dia dah sampai satu tahap sakit tahap gaban kot no.

Abah sampai sebelum magrib, lepas magrib kita keluaq cari klinik gigi. Ibu n abah tak berapa pandai sangat erea jawi ni maklum la tak sampai setahun lagi dok sini. Akhirnya, tunggu punya tunggu kat satu klinik ni org yg buat temujanji dtg, so kami terpaksa cari klinik lain. Kalau dia tak dtg boleh la kami masuk dulu, tak kan nak tunggu dia habis buat rawatan kot, klik tutup pukul 9. Akhirnya kita cari klinik lain kt Nibung Tebal, Klinik Dr Lim. Nasib baik tak ramai orang.

Masa awal ok jer, tapi masa nak siap tu dah mula nak menangis..... kita layan gambar yer

relex ja masa ni

masa ni ok lagi

masa ni dh mula nangis... sian anak ibu. tapi irfan kuat, tahan sakit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan