my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Rabu, 23 April 2014

Jumpa member JKR SPS

Assalamualaikum... hai, selamat pagi semua. Dah sarapan ker? Biqqmama pagi ni singgah kat Guar perahu beli mee goreng jer, kemalasan melanda sejak dua menjak ni. Bangun pagi2 rasa malas sangat nak masak, lepas solat tu walhal sempat lagi kalau nak buat yg simple2 tapi .... tutup cerita pasal malas2 ni, kita mulakan hari ni dgn penuh keceriaan.

Ceria-ceriakanlah diri anda yer. Hari ni Biqqmama nak cerita pasal kemarin (semalam). Kemarin Biqqmama jumpa dengan kengkawan Biqmama masa kat JKR SPS, Ida ngan Linda. Boleh la lepas rindu..

So kitaorang pergi jusco yang dh nak tutup kt BM kot2 ada sale gila2, tapi hampeh. Semua kedai2 kat Jusco dh pun tutup, yg ada hanyalah bahagian supermarket sahaja. Barang memang la ada sale tapi tak la sale sangat pun, lagipun dh hujung2 bulan kan....hahaha, paham2 jer lah. No money, window shopping jer lah...hihihihi.

Oleh sebab semalam lupa nak bergambar, so Biqqmama letak jerlah gambar2 lama kt sini.


 

Selasa, 22 April 2014

Salam April

Ya, Allah. rasanya dh terlalu lama biqmama tak 'mengupdet' bplg Biqqmama ni... mesti ada yang rindukan Biqqmama kan? eeeee perasannya Biqqmamakan kan?

Sebenaqnya semenjak Biqqmama bertukar ke Pejabat Daerah SPT ni, kesibukan telah melanda Biqqmama. Kerja-kerja sebutharga dan undi bertimpa-timpa, jenuh Biqqmama dok mengira Bq, semuanya nak segera.

Biqqmama lupa nak cakap... alhamdulillah sekarang ni Biqqmama bukan lagi Juruteknik tapi Penolong Jurutera Gred JA29. Biqqmama bukan dapat naik pangkat tau tapi skim Juruteknik dah dijumudkan so semua Juruteknik yg ada telah jadi Pembantu Jurutera.  Alhamdulillah

Biqqmama balik kampung minggu lepas, kakak biqqmama masak pulut lemak makan dgn buah pelam, Ya Allah sedapnya. Dah lama Biqqmama tak makan pulut n mempelam.


gambar ihsan google