my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Jumaat, 30 Disember 2011

AKSI IRFAN KHALIS yanG SELALU MERAJUK

Untuk cacatan kali ni ibu nak upload gambar2 irfan yang selalu merajuk dan selalu melakukan pelbagai aksi2. Hahahaaa, gambar kt bawah ni agak2 dia ada kt mana, sebenaqnya ni la tabiat dia kalau merajuk, asal merajuk jer masuk bawah katil dan gambar ni sebenaqnya kakak dia yang ambik. cam ni la perangai anak bongsu ibu ni.








Ini pulak gambaq pelbagai aksi irsan kalau depan kamera, ada saja aksi dan gaya yang dia buat kalau orang nk ambik gambaq dia. Masa ni masa kita kt umah lang kt Bayan lepas. Anak2 ibu kalau sebut jer nk pi umah lang semuanya syok, maklum la lang kan suka ikut cakap anak2 ibu ni.










Gambar kt bawah ni pulak ialah kt Taman Jubli kt Sg. Petani. Kt sini kalau petang2 ramai la orang yang akan melalukan pelbagai aktiviti riadah kt sini. Banyak2 permainan kt sini yang paling anak2 ibu suka ni la, gelongsor belakang kura ni, gelongsor ni besar n tinggi tu yang syok sangat tu.














Ini pulak aksi2 irfan kalau ada kt umah.









SESI ORENTASI SKBI

Tahun depan syasya akan msuk darjah satu, persiapan semua ibu dah siapkan awal2 lagi. Pada 28 Disember 2011 satu sesi orentasi diadakan kepada pelajar yang akan masuk darjah satu tahun depan dan syasya turut terlibat.

Lapas antaq irfan kt tadika ibu pun terus drive ke SKBI degan kakak n syasya, abah tak dapat ikut sebab abah kerja ari ni so ibu jer la yang nk kena urus semua.

Lepas mendaftar, syasya dapat kelas 1 Berlian, lepas tu pelajar kena masuk dalam kelas dan semua ibu bapa tidak dibenarkan untuk menunggu anak2 di kelas kerana ujian akan dijalankn kepada semua pelajar untuk menentukan kedudukan kelas. Ibu berdoa semoga syasya dapat buat yang terbaik, amin.

Ibu n kakak turun dengar taklimat daripada Puan Pengetua SKBI( Sek. Kebangsaan Bertam Indah), pengetuan meminta agar semua ibu bapa menaruh kepercayaan kepada tenaga pengajar ataupun guru yang akan mengajar anak2 di sek. tersebut.



SKBI adalah antara sek yang terbaik di kepala batas ini, ibu doakan semoga anak2 ibu juga antara pelajar2 yang terbaik dalam sekolah itu nanti, amin.









Khamis, 29 Disember 2011

HARI KONVOKENYEN KE-25 POLIMAS

SEPT 2011



Setelah penat lelah aku belajar selama 2 1/2 thn, akhirnya aku dapat jugalah mendapat Diploma Kejuruteraan Awam, orang lain buata 2thun sahaja aku plak kena tambah lg satu semester. Begitulah belajar sambil bekerja, pelajaran kena ambil berat, pekerjaan jugak penting dan yang paling penting ialah keluarga. Aku ingat lagi masa mula2 smbung belajar dulu masa tu kt Kulim, pukul 4 pagi dh bangun study apa yg patut, pastu kena masak untuk anak2 n cik suami sbab kelas aku ada smpai 10mlm. Cuba lah korang bayangkan bukan lg 12 jam sehari  dh jadi 14-16 jam. Kalau jenis yang tak sabar dh lama berhenti belajar, nasib baik la cik suami aku amat memahami.

Pasal Belajar kt Kulim, mesti hairan kan, sebab apa aku dpt diploma kt polimas tapi belajaq kt Poli Kulim, sebenaqnya masa mula2 masuk belajaq dulu aku blajq kt Poli Kulim, dengan 2 org lagi sahabat karib teman seopis. Kat Poli Kulim ni tenaga pengajarnya amatlah street gilerrrrr, sedangkan kami hanya belajar part time, bukannya full time. Mungkin sebab kebanyakan lecturer kt Poli ni muda2 lagi kot, tu la pasai depa street giler. Bayangkan kelas 2x seminggu, satu hari 3@4 subjek, tugasan belambak-lambak, dengan kerja lagi yg nk kena buat. Time exam aku rasa dh jawab sampai ketaq kepala pun baru jer dapat 3.0 cuba banyangkan. Aku kt Kulim cuma 2 sem sahaja, bila sem 2 lepas exam aku kantoi satu paper terus jer ajak kawan2 pi polimas sebab aku ada dengaq kt polimas tak la terlalu presure sangat. Saiful n izul dh setuju, cuma arwah kawan aku ni jer tak setuju, nama dia Norma. Arwah cakap suami dia tak bagi berulang jauh sangat. Aku masih ingat lagi arwah adalah satu-satunya teman baik masa aku belajar kt kulim, kami berdua sahaja pelajar pompuan kt kelas tu. Pergi kelas pun kami kongsi kereta, bergilir2 aku dengan dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia, masa aku dh pindah kt polimas, masatu kalau tak salah hari raya korban, aku mendapat call dari kawan2 kelas yg norma terlibat dlm satu kemalangan sewaktu nk balik dari pahang ke penang. Rasa sedih sangat2 masa tu, ingat lagi masa last aku cakap dgn arwah ialah sbelum dia bertolak ke pahang, dia raya kt pahang kali ni, tak sangka la itu adalah berbualan terakhir kami berdua. Arwah meninggalkan seorang anak n suami. Semoga arwah dicucuri rahmatnya.

Masa belajar kt polimas tak la tertekan sgt, sebab satu hari ada 2 saja subjek, bermakna satu subjek 4jam. Pulak tu bermakna minggu berikutnya kami tak belajar subjek yg dah ajar minggu ni, subjek minggu ni akan kami belajar pada minggu ke 3 plak. so kalau ada tugasan ada la masa nk siapkan. dan akhirnya setelah bertungkus lumus belajar dapat jugak la aku meraih diploma walaupun pointer aku tak la best, janji aku lulus.








Jumaat, 23 Disember 2011

CERITA AIDILFITRI DI HENTIAN GURUN

AIDILFITRI 2011

Sebenarnya cita ni terjadi masa raya aidilfitri lepas masa balik kg. Masa tu kan kereta kita KBE 3435 kt bengkel dok repair lg pasai ibu kemalangan masa bulan posa. So masa balik kg tu kita pun naik la keta baru, (bukan baru la, keta second hand ) tapi baru beli. Konon masa raya tu la nk tunjuk keta baru tu kt tok di kmpg. Dalam perjalanan sebelum smpai gurun tetiba meter keta naik, ibu dah gelabah suruh abah behentikan kereta, abah nk jugak bawak nk bagi sampai gurun baru nk berhenti. Risau betul ibu masa tu, mana la tau, keta baru pakai tak tau la apa masalahnya. Samapai di gurun abah apa lg cek la apa yg patut, sebenaqnya abah pun tak tau nk wat apa n apa puncanya. Irfan nasib baik tidoq tak jaga2 masa dok kecoh2 tu.
 
Masa kami duduk kt pondok ke hentian gurun tu ada la cina pomen mai tanya. bila dia tengok, dia cakap keta kami kena tarik pi workshop. ibu risau gak la sebab kami nak balik kg cam mana, betoi ka apa cina tu kata, takut2 dia tipu kan musim perayaan ni, macam2 boleh jadi. dia cakap dia plus punya agen siap tunjuk dia punya pengenalan diri, lega la skit hati ibu. bila dia kata keta kena tarik, so kami cam mana plak........................?????. Dia akan hantaq kami semua balik kg, pas tu abah akan ikut dia semula ke workshop dia kt SP. maka ibu dan abah pun mengangkat la semua barang2 kt dalam kereta kita ke dalam kereta pomen tu. barang dia pun banyak gak, so ambik yg mana perlu saja la.

Nampak tak kereta yang kt belakang tu, tu la pesawat yang sering kami gunakan. Dua orang anak dara ni plak dh bosan giler dok kt situ. 










Pasar kemboja

Aktiviti pagi2 ni cam biasa la, sarapan pagi. Hari kawan2 ibu ajak makan kt Nasi Kuning sebab lepas tu nak pergi Pasar Kemboja. Pasar ni juai pakaian,tudung2 terkini dan macam2 pakaian dengan harga borong dan murah. Hari ni ibu tak membeli pun sebab ibu baru jer pergi Menora n dah borong tudung kt sana.

Masa jalan2 kt pasar tu, ibu ternampak la kelibat seseorang ngan anak2 dia, ibu rasa ibu kenal, Ya betul la sepupu ibu dari Yan. Mula2 tu ibu nampak suami dia sahaja n anak2 dia ibu pun tegur la. Suami dia pun bawal la ibu jumpa sepupu ibu kt satu kedai. ibu berbual-bual la ngan sepupu ibu tu bertanya khabar, ibu tanya pasai tok, dia cakap baru2 ni dia ada la pi umah tok tapi umah berkunci tak dak sapa. Yer la mana ada sapa umah tok, tok kan ada kt umah teh di bangi. Tok sekarang ni kt HKL lom keluar wad lagi lepas pembedahan perut ari tu. Teh la yang jaga tok kt sana. Lepas berbual ibu pun pi la cari kawan2 ibu, lepas tu ibu call aunty shidah, dia suruh ibu beli kain utk dia sepasang. ibu pun pilih la, tak tau nk pilih yg mana sebab semua cantik2, rambang mata dibutnya. 

Kain ela yang dijual, semua corak terkini


Longgokan kain ela yang semuanya cantik2. kat sini kalau nk beli secara borong harga lgi murah.


Yang ni sutera crepe wangi, corak ni ibu pilih untuk aunty shidah tak tau la aunty suka @ tidak. Dua pasang baru RM50 jer.


Kain ela yang dijual, semua corak terkini. cantik kan.

Rabu, 21 Disember 2011

Bubur Kacang Hijau

Bubur ni dah 2 @ 3 hari lepas lg ibu buat, tapi baru sempat nak upload gambaq. Bubur ni ibu buat sebab syasya la beria-ia sangat nak makan, tapi bila dah buat tak makan sangat pun. Ibu siap buat satu periuk lagi untuk syasya. Resepi yang ibu guna ni ibu ambik kt dalam Majalah Keluarga jer, tu pun resepinya ibu olah sendiri.


Bahan_bahan


Kacang hijau 200g
santan ibu beli kt kedai yg siap bungkus (RM4)
gula merah 1/2 cawan
gula 1/2 cawan pasir (kalau nk lg manis tambah jer lg gula)
secubit garam


Cara-cara


Rendam kacang hijau terlebih dahulu(dlm 2@3jam)
rebus hingga mendidih dan lembut
masukkan santan + gula pasir + gula merah + garam













Alaaah Kek Tak Menjadi

Kek Coklat Kukus Lapis Chease

Ini la first time ibu masak kek kukus ini, resepi dari siapa lagi kalau bukan Ana Suzana punya blog. Bukan tak jadi cam mana, bila dah siap kukus tu kan anak2 ibu sibuk jer nak rasa kek yang ibu buat . Ibu pun terbalikkan loyang, tiba2.................. lapisan kek yang bawah skali tu melekat kt loyang, ibu dah sapu majerin kt loyang tapi ibu rasa masalah ni terjadi mungkin disebabkan ibu tak sejukkan dulu kek tu, kek kan masih panas lagi. tapi yang penting rasanya menjilat jari. sedap sangat2, walaupun tak berapa elok tapi ibu hiaskan jugak kek tu supaya lebih menarik.

Untuk semua yang ingin cuba kek ni sila tengok kt SINI ni yer. Resepi ni dari ana suzana. banyak dah resepi ana yang ibu dah cuba, semua sodap2. Ni gambaq yang sempat ibu ambil sebelum buat kek ni. Barang2 ni bukan semua ibu guna, tapi gambar ni ja  yang ada so upload ja la ikit resepi yang betul yer kt ana punya bloq.


Gambar ni masa ibu kukus lapisan chease, lapisan ke dua, lapisan mula tu lupa plak nak snap, tapi dapat agak akan.



Akhirnya gambar ni jer la yang sempat ibu snap, nasib baik anak2 ibu lom snap kt mulut lagi, tapi gambar tak clear kan, tapi beginilah rupanya kek ibu yang tak berapa cantik tapi sodap tu. tengok la sekelip mata ja dah selesai.


Jumaat, 16 Disember 2011

Tempat ke-2 pertandingan mewarna

Sebenaqnya pertandingan ni dah lama, nak kata lama pun tak la lama sgt dlam bulan Nov. la jugak. Pertandingan ni syasya yang masuk, anjuran USM Bertam, so syasya ni mewakili tadika tempat dia belajar la. Ramai lagi kekawan sysya ni yang masuk, termasuklah anak aunty shidah si Nabil.

Pertandingan ni terbuka hanya untuk kanak2 4-6 thun sahaja, so si kakak apa lagi asyik membebel jer la sebab dia tak dapat masuk. Dia cakap ibu tulis jer la umur dia 6 tahun, bukannya org tau pun. Ish3, tak baik tau kakak menipu nanti tuhan marah. Ibu tak mau subahat. Bukan apa masuk jer dapat hadiah warna sorang satu, sebab tu la dia teruja sangat.

Tu citer sebelum syaysa menang, bila dah umum yang syasya dpt tempat ke-2 n hadiah pun best2 lagi la si fatin buat perangai. "nanti ibu beli dekat kakak macam syasya jugak, "mana boleh!!", ibu cakap,  'hadiah'' mana ada orang jual kat kedai". apa lagi panjang lagilah muncung kakak, susah kan kalau anak2 ni jarak dekat2 sangat, masing-masing tak mau mengalah.

Alhamdulillah peserta yang mewakili tadika syasya ramai jugak yang menang, nabil dapat tempat pertama utk 6 thun, so tak sia2lah ibu n aunty shidah pi tunggu kat situ. Boleh dikatakan yang menang tu dari tadika Graduan Junior lah. Bangga jugak la ibu walaupun syasya dpt tempat ke-2 saja. Tak sia2 ibu beli warma baru utk syasya semalam kan...?












Isnin, 12 Disember 2011

SEREMBAN / SELAMBUT



CAKAH
Seremban / selambut merupakan aktiviti sukan in-door yang mesti ibu lakukan setiap tahun bagi mewakili pejabat JKR SPU ataupun mewakili negeri Pulau Pinang di kejohanan MASAK MALAYSIA. Permainan tradisional ni nampak ja senang tapi mencabar setiap pemain.Ibu mula mewakili JKR Spu sejak sukan in-door ini mula diperkenalkan, sejak tu ibu dan ahli-ahli kumpulan agak aktif dan sering mendapat tempat pertama dan ke-2. Saingan begitu hebat sekali antara daerah2 lain juga.


Ibu rasa ada diantara kita yang tidak mengenali apa itu seremban taupun belah utara panggil selambut @ batu tujuh. Seremban memerlukan 5 cakah untuk bermain. Cakah ialah uncang kecil yang mengandungi kacang hijau. Dalam permainan ini peserta perlu main 10 langkah dan sekiranya gagal peserta akan mati pada langkah berkenaan. Dengaq pun dah rasa susah kan. Kalau kita main kt kampung lepas ambik semua batu jer terus timbang tapi dalam kejohanan seremban peserta perlu menamatkan 9 langkah terlebih dahulu sebelum timbang. Nanti Ibu upload gambar cakah yer.

Tahun 2005 merupakan tahun permulaan permainan seremban di JKR pulau pinang, ni lah 4 wajah2 peserta yang mula2 menceburkan diri dalam sukan ni. Gambar ni dirakam sebelum kami bertolak ke JKR Elektrik.


aku


 fuzah


 yus



kak pora

Lepas tu ibu mewakili Pulau Pinang di Kejohanan Permainan Tradisional MAKSAK di negeri Selangor, gambar semasa main dah hilang, cuma ada gambar kt dlm tren masa nk pi KL je kot. masa ni yang mewakili MAKSAK ialah ibu, aunty fuzah n aunty yus.


Gambar kat bawah ni ialah gambar semasa pertandingan seremban antara JKR Pulau Pinang. Masa ni kt JKR SPT, ni la suasana masa bermain. Yang duduk kt tengah2 tu pengadil. Yang pakai baju hijau tu kumpulan seremban dari JKR SPU. Selalunya memang kami pakai pakaian yang seragam dan tradisional baru nampak menarik.



Gambar ni pulak semasa pertandingan MAKSAK Malaysia kat Bandaraya Melaka. Ni semasa upacara penutup. Ini antara barisan pemain2 MAKSAK Tradisional, seperti congkak, selambut, sumpit, sepak raga ratus dan dam.













 Aksi2 semasa bermain



Shopping kat Melaka

Gambar kat bawah ni masa pemilihan pemain untuk mewakili Pulau Pinang ke Kejonanan MAKSAK Malaysia. Pemilihan ni dibuat di Taman Belia Pulau Pinang. Inilah muka2 bosan yang sedang menunggu keputusan yang sangat2 la lambat. Sesiapa yang terpilih akan mewakili Pulau Pinang dan Kejohanan Maksak Tradisional tahun tersebut akan diadakan di negeri Perak.






Permainan conkak yang masih belum selesai kerana penyertaan yang terlalu ramai.

Bersama dengan kak Ina daripada Imigration Pulau Pinang yang juga merupakan peserta seremban.


KEJOHANAN MAKSAK TRADISIONAL 2009 DI TELUK BATIK, PERAK
1) Hari Pertama di teluk Batik


Pulau Pinang VS ATM









Makan Malam bersama Menteri Besar Perak



















TEMPAT KE-3 Seremban


.
TEMPAT KE-3 KESELURUHAN


KEJOHANAN MAKSAK TRADISIONAL 2010 DI PENJARA KAJANG, SELANGOR
1) Hari Pertama



















KEJOHANAN MAKSAK TRADISIONAL 2011 DI KUANTAN, PAHANG.
1) Dalam Bas






 Kak shidah yang dahaga
2) Hari Pertama










Permainan Dam yang dijalankan bersebelahan permainan Seremban





3) Video Permainan Seremban
video

4)Dinner














Masa ni ibu sakit mata, tu yang mata tak bleh nak bukak jer


Kak Shidah n Kak Shima


Kak Mahidah n Kak  Seri Pantun

5)Hari ke-2










PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN KWSP SEB. JAYA









Bergambar kenangan 

HARI SUKAN JKR YANG DIADAKAN DI BATU UBAN

1) Masa ni ibu tak main bagi orang lain main plak

SPU bertemu SPS







2) bersantai sementara menunggu ketibaan Pengarah