my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Jumaat, 4 Oktober 2013

Ucapan Terakhir JD SPS

Ketua Jabatan Biqqmama akan bertukar ke Ipoh, so sedikit jamuan perpisahan diadakan oleh Jabatan untuk beliau walaupun sederhana tetapi tetap meriah. Sebelah pagi dimulakan dengan acara bergambar beramai-ramai, kemudian sesi ucapan dan potong kek serta pemberian cenderahati.

Kita layan foto2 sepanjang jamuan:-

kek perpisahan

ucapan jurutera daerah

JD pun nk ambik gambaq kek jugak
Ucapan Jurutera Daerah
Semuanya kini tinggal kenangan, Yang patah kan tumbuh, yang hilang akan berganti, opis Biqqmama skrg ni sedang menanti JD baru yg akan berkhidmat di JKR SPS ni...

Besday Biqqmama

Pejam celik, pejam celik dh bulan 10 dh pun. Cepat sangat masa berlalu, tak terasa langsung waktu yang amat pantas meninggalkan kita. 16 September lepas genablah usia Biqqmama 35 thun. maka makin pendeklah lagi usia Biqmama. Semoga Allah panjangkan umur Biqqmama untuk melihat anak2 Biqmama membesar, Insyaallah.

Tahun ni rasanya Biqmama jarang menulis di Blog kesayangan Biqqmama ni, Sawang sentiasa penuh n perlu dicuci setiap bulan...hihihihi. Sebenaqnya malas hahaha. Abah pulak suprisekan Biqqmama dengan belikan kek utk biqqmama, ingat jugak abah kt Biqqmama yer. Love u abang.

tq abah

sibuk nak potong kek
 

Isnin, 9 September 2013

Jamuan Perpisahan Fizah, Nabila N Ashraf

Dah 2 minggu Biqqmama rasa sunyi sangat kt opis, mata pun apa lagi asyik nak pejam jer, ada tak petua hilangkan mengantuk tahan cipan dah ni. hahaha.... ni dok meip ni pun kekadang terpejam, almaklom ja lah kt opis senggara ni bkn ada org, selalunya Biqqmamalah penunggu paling setia kt sisni.

Fizah Merupakan penuntut dari USM, dekat jew, Nabila Pulak dari UPM sementara Ashraf plak dari Kolej Swasta. Oleh sebab 2minggu lepas merupakan hari terkhir kt SPS so kita buat la satu farewel kecilan kt bhagian senggara sahaja. Tak panggil sapa pun, siapa yang langkah kanan boleh la makan.

antara menu ringkas

mee goreng pun skit jer

ni la nabila n fizah

ni plak ashraf

ni antara yg langkah kanan.... pn azian

Salam Kerinduan

WOOOOOW..... dah terlalu lamanya Biqqmama tidak membuka blog, eh silap!!!, bukan tak buka tapi tak mencorat coret kt laman biqqmama ni. Biqqmama cuma follow perkembangan kengkawan jer. Yup memng sibuk skit sejak dua menjak ni, ni pun masih ada kerja yan masih lom siap, tapi perasaan nak menaip tu dok berkobar jer ari ni.

Hari Isnin cam biasa la, mood kerja lom dtg lagi kan.... Pagi tadi bertolak dari taman sepadu seawal jam 6pagi, pastu antaq mr abah gi kerja kt Bukit Mertajam, sampai umah dah pukul 7 pagi. Siapkan budak2 untuk ke sekolah n ari ni kena antaq irfan, apapun sebelum antaq irfan kena gi opis dulu untuk scan.

Bulan Syawal pun dah berlalu, dah masuk Zulkaedah. Mak Biqqmama akan bertolak ke Mekah menunaikan Haji pagi 23 September ni, doakan pemergian mak Biqqmama semoga sihat untuk melaksanakan ibadahnya serta selamat pergi dan kembali. Mak Biqqmama akan kesana bersama kakak dan abang ipar. Tak nak ckp banyak2 sebab rindu sangat kt mak, dh sebulan tak jumpa sebab mak biqqmama dh ikut akak pergi Bangi masa raya lagi.

Jamuan Raya untuk opis JKR SPS dh buat 2minggu lepas, bahagian Biqqmama sediakan Mee Kari. Selain dari mee kari, menu lain ialah nasi daging, cha kuehtiew, lemang n ketupat, rojak n buah-buahan, kuih muih, dan ada la 2 @ 3 jenis lagi.

bahagian senggara n budak2 praktikal

Meja Mee Kari n Jelly kelapa

sesi menunggu gerai

wooow mee kari.... sedapnya

inran tak sempat nak duduk makan rojak

mai....mai....mee kari.... mee kari



Selasa, 13 Ogos 2013

SALAM LEBARAN

Rasanya masih lagi dalam mood raya, so tak salah kalau Biqqmama nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin jika ada yang terkasar bahasa buat semua kenalan2 blogger. Tahun ni macam tahun2 yang lepas Biqqmama akan beraya dulu rumah ibu mertua di SP, lepas solat n beraya rumah ibu saudara kt SP barulah bertolak balik ke AS. Itu sudah menjadi rutin, dan sebelum balik ke kampung Biqqmama sempat lagi singgah rumah teman lama yang kiranya sudah 18 tahun tak jumpa bayangkanlah betapa gembiranya Biqqmama.

Janji nak kumpul ramai2 rumah kawan biqqmama tu, last2 tunggu punya tunggu batang hidung sorang pun tak dak, asyik2 otw tapi tak sampai2 lagi dan akhirnya biqqmama ambik keputusan untuk balik dulu sebab dh 2jam menunggu tapi tak dak sapa pun yang muncul.

Hari Jumaat tak pagi sempat beraya ngan saudara mara kt kmpg jer, yer la kan kena solat Jumaat. Sebelah petang pukul 5 baru kita keluaq, jln dh mula nak jem kt dpn hospital lagi dan berterusan smapai kt AS. Abah ajak kita singgah dulu umah mak saudara abah kt taman Seri Permai, iaitu rumah mak ngah. Lepas tu kita ke rumah aunty Has, dgn harapan dia ada kt rumah sebab dh lama sgt tak jumpa dia, baby dia pun Biqqmama lom tgok lagi.....Zarra Nur Safiyya. Alhamdulillah masa kita sampai tu, aunty pun baru sampai jugak kt umah mak dia. Si Zarra tu pun dah besaq n cute sesangat. Irfan punya la suka, asyik nk sayang ja.

Hari sabtu bertolah balik ke Tasek gelugor, nasib baik jln tak jem

Khamis, 25 Julai 2013

Mood Raya

Alhamdulillah dh 2 minggu kita berpuasa, kedua2 anak biqqmama masih belum lagi tinggal puasa. Hari2 biqqmama masak yang simple2 jer untuk anak2, anak2 biqqmama makan nasi jer, ada satu lauk pun dah cukup. Kuih biqqmama beli skit jer kalau2 anak2 lapar sebelum tidoq dan utk hero biqqmama yang tak puasa sorang tu. Masuk jer dlm kereta terus lapaq, kalau ada apa yang biqqmama beli mesti dia makan dulu sampailah kat rumah. Yang biqqmama geram, time org sibuk nak berbuka dia pun sibuk nak berbuka jugak, mcm puasa plak. Macam2 karenah anak2 ni, kalau tak bagi makan skali nanti merajuk habis semua barang dia lempaq.... itulah sorang hero biqqmama.

                                IA bIQQMAMA BUAT TAU, COMOT SKIT SEBAB XDER PINGGAN YNG SESUAI                                                                                           
ANTARA KUIH YANG IBU PERNSH BELI
NASI KERABU NI JGN HARAP LA BIQQMAMA BUAT KAN....




Khamis, 18 Julai 2013

Sembang-sembang

Alhamdulillah dah seminggu kita berpuasa, syukur kerana Dia memberi kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah yang mulia ini.

Agak2 petang ni menu apa ya? Biqqmama ingat nak buat kari udang jer, menu lain lom terfikir lagi. Kalau buat kari udang mau pekat2 baru sedap, nanti lemak tepu biqqmama makin bertambah la jawabnya.



Puasa kali ni biqqmama kena masak sebab dua2 anak biqqmama dh puasa, menu pun selalunya atas permintaan anak2 sebab depa yang nak makan. Biqqmama bukan apa, anak sulung biqqmama tak berapa suka makan udang, dia cakap gatai. Tapi kalau biqqmamam masak sotong licin dia sapu tak gatai la pulak. Cam tu lah kerenah anak2 kan, tu baru 2 org yang berpuasa tahun dpn dah jadi 3 tak tau la apa lagi kerenah yang sorang ni.

Biqqmama belum lagi boleh nak balik berbuka ngan mak biqqmama, rindu sangat masakan mak kan.... untung kan kalau ada kawan-kawan yg duduk ngan keluarga, hari2 boleh makan masakan air tangan ibu.

Kemarin biqqmama meeting smpai ptg so tak sempat la nak updet citer pasal kemarin, nasib baik ada cik abang tolong ambikkan anak2 n masak untuk berbuka untuk skali..... sayang abang. Walaupun tak seberapa sedapnya, namun ianya cukup bermakna buat biqqmama yg baru balik n tersangatlah penat, abang, jasamu dikenang.

Isnin, 15 Julai 2013

Hari ke 6 Puasa

Hari ni dh masuk hari ke-6 kita berpuasa, alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini. Biqqmama dh mula runsing sebab dari semalam lagi perut biqqmama dh mula buat hal. Tahun lepas dh hujung2 puasa baru terasa,  tahun ni awai lagi dh terasa. Dulu2 biqqmama tak pernah pun gastrik, tak tau pun cam mana rasanya gastrik. Sekarang Biqqmama dh tau betapa peritnya gastrik ni, mencucuk-cucuk siap muntah2 lagi. Ya Allah, kau permudahkanlan segalanya.

Serba-sedikit cerita tentang gastrik




PUNCA BERLAKU GASTRIK
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
  •  Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
  • Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
  • Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kekurangan air dan garam

TANDA-TANDA GASTRIK
  • Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
  • Terasa loya
  • Kurang selera makan (tanda kanser)
  • Berat badan menurun (tanda kanser)
  • Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
  • Sendawa


NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK
  • Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan senak perut dan sebu.
  • Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan masam.
  • Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Pengambilan sayur yang mencukupi.
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih muih, pencuci mulut dan minuman bergula.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
  • Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
  • Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).


Wallahu’alam. Sekadar perkongsian. (Terima kasih kepada yang memberi maklumat http://pensil-tekan.blogspot.com)





Khamis, 11 Julai 2013

Puding Karemel

Tengah hari tadi balik rumah masa rehat, so sempat la buat satu menu utk ptg ni, Puding Karemel. Mula2 ingat nak buat agar2 tapi rasa cam dh lama ta mkn puding karemel. Akhirnya berjaya biqqmama siapkan walaupun periuk kukus tak der. hahaha, naper tak cayer ke? Nasib baik ada alas kukus utk periuk kt rumah ni, so dpt buat jugak la.

kita tayang skit....

Tak dak bekas yang besaq... so terpaksa letak dlm pinggan ni jugak

Rabu, 10 Julai 2013

1 Ramadhan dan apa menu berbuka petang ni

Akhirnya sekrg dh pukul 4 ptg, moga2 anak2 biqqmama dpt menyempurnakan ibadah puasa hari pertama ni. Cuaca agak agak panas hari ni, itu semua dugaan buat kita.

So dh pukul 4, so apa menu kengkawan ptg ni, biqqmama balik thari tadi sempat jugak bancuh tepung untuk buat donat, anak2 ibu kan suka makan donat. Untuk lauk plak tak tau la nak msak apa lagi, rasa cam nak makan fajeri nenas. Tahun lepas boleh la beli ja kt erea rumah lama tu, thun ni dh pindah rumah so nak pi beli jauh la skit. Biqqmama rasa nak buat jerlah, lagipun bukan susah pun. Goreng ikan gelama plak kan.....bestya

Hai.... jgan ada yang dh meleleh air liur dah la kan. Waktu2 cam ni kalau sembang bab makanan memang la best, dok bayang depan mata dah pun. kihkihkih.

Apapun selamat berbuka buat semua kengkawan biqqmama.


Selasa, 9 Julai 2013

Salam Ramadhan

Pejam celik, pejam celik esok umat islam  dh mula menunaikan ibadah puasa. Biqqmama mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dan perbanyakkanlah amal ibadah dibulan mulia ini. Anak2 biqqmama dh tak sabar nak berpuasa tahun ni, tak taulah semangat nak sambut puasa atau semangat nk puasa, apapun kita tengok esok cam mana yer....jeng3.

Baju raya untuk anak2 belum beli lagi, cam2 yg dok plan dlm kepala, tak tau la jadi ka dak, anak2 pompuan baju kurung dh tempah dah la, sedondon la ngan ibunya. Anak lelaki ngan abahnya ckp nak beli yg siap yer, ikut suka depa lah.

Esok dah nak puasa, hari ni opis ibu masih lagi buat sesi makan2, apalagi joint ja lah. Hari ni laksa n bihun goreng n makan pagi jer. Rezeki jgn ditolak.

ibu2 yang amat rajin

bengkang ubi

potong ida....

menu pilihan biqqmama

sambil mkn sambil meluahkan perasaan

muka yg dh kenyang

Selasa, 2 Julai 2013

Salam Kerinduan

Rasanya dah terlalu lama Biqqmama tidak menulis di blog ni, kekadang tu cuma jengah ja dan baca2 yang mana best pastu keluaq.

Apa khabar sahabat2 blog semua, biqqmama harap semuanya sihat2 belaka. Biqmama, sejak dua menjak ni kesihatan kurang memberangsangkan, asyik2 nak semput sahaja. Maklum saja la kan, kualiti udara kita skrg ni tak berapa nak elok, walaupun Pulau Pinang masih dikatagorikan dibawah level bahaya, namun jerubu masih terasa.

Hari ni bari mula kerja, kemarin tak sihat, anak2 pun tak sihat jugak. Hari ni Fatin plak yang tak sihat, sakit perut katanya.

Tidak lama lagi, bulan Ramadhan akan menjelma. Sempena bulan yang mulia ini Biqqmama ingin mengucapkan selamat Berpuasa dan banyakkanlah amalan dibulan mulia. Anak2 biqqmama dh tak sabaq nak puasa, asyik dok tanya bila kita nak puasa.

Nanti2 biqqmama celoteh lagi.....by2


Khamis, 30 Mei 2013

BESDAY IRFAN

Hari ni dah 30 hb mei, besday irfan 20hb mei biasa la kan, biqqmama kan selalu bz. Mesti ada yg nak termuntah bila dengaq biqqmama ckp bz....... kaung3. Alaaa membzkan diri nanti org ckp makan gaji buta plak.

Besday irfan biqmama tak buat apa2 pun, cuma beli kek n KFC n pi makan kt umah tok dekat sebab nak hantaq fatin n syasya skali.

kita layan gambaq2 dah la yer...










Rabu, 29 Mei 2013

SEKITAR KIK

Ini adalah gambar semata-mata..... jom kita layan foto2 sepanjang KIK 2013

SPS4U.......BEST


BARISAN PESERTA JUGA ORG KUAT KIK

SEMPAT LAGI BERPOSING 



IDA DAH KETAQ TANGAN


DAN...... AKHIRNYA TEMPAT KE-3


TQ ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN DLM MEMBANTU SPS4U

Makan-makan kat Pan Muatiara

Sempena meraikan kemenangan KIK baru2 ni (tmpt ke-3 sahaja) so kami pun ajak la semua ahli yg terlibat makan2 kt Pan Mutiara Pulau Pinang. Ini semua berkat usaha semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tahniah kepada semua ahli dan juga kepada mereka yang terlibat secara tak langsung dlm membantu kumpulan kami menyediakan dokumen serta persembahan.... tanpa kalian siapalah kami ni.


muka lapaq

ni Set Delima

semua dah lapaq

makanan dh sampai

posing dulu sebelum makan

ni lah penangan kari kepala ikan..... kenyang

sesi kosongkan pinggan

tinggai linda n js ja lom habis