my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 15 Julai 2013

Hari ke 6 Puasa

Hari ni dh masuk hari ke-6 kita berpuasa, alhamdulillah kerana masih diberi kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini. Biqqmama dh mula runsing sebab dari semalam lagi perut biqqmama dh mula buat hal. Tahun lepas dh hujung2 puasa baru terasa,  tahun ni awai lagi dh terasa. Dulu2 biqqmama tak pernah pun gastrik, tak tau pun cam mana rasanya gastrik. Sekarang Biqqmama dh tau betapa peritnya gastrik ni, mencucuk-cucuk siap muntah2 lagi. Ya Allah, kau permudahkanlan segalanya.

Serba-sedikit cerita tentang gastrik




PUNCA BERLAKU GASTRIK
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Tabiat pemakanan yang mengundang tekanan
  •  Gaya hidup yang tertekan mengundang tekanan
  • Pengambilan bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs)
  • Pengambilan minuman berkafien seperti kola, kopi dan kafein boleh bertindak seperti diuretik yang boleh menyebabkan pembuangan air berlebihan dan mengakibatkan badan kekurangan air dan garam

TANDA-TANDA GASTRIK
  • Sakit bahagian atas perut (ulu hati)
  • Terasa loya
  • Kurang selera makan (tanda kanser)
  • Berat badan menurun (tanda kanser)
  • Najis kehitaman atau berdarah (dijangkiti ulser perut)
  • Sendawa


NASIHAT UNTUK PENGHIDAP GASTRIK
  • Makan tidak terlalu gelojoh atau terlalu banyak bagi mengelakkan senak perut dan sebu.
  • Elakkan daripada makanan berminyak, berlemak, pedas, berempah dan masam.
  • Elakkan tabiat terus tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Elakkan makan sepanjang malam. Seeloknya tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Minum air secukupnya untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
  • Pengambilan sayur yang mencukupi.
  • Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kuih muih, pencuci mulut dan minuman bergula.
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein.
  • Seeloknya ambil makanan tambahan seperti oak, susu masam (yogart).
  • Elakkan merokok (kalau boleh, jangan merokok).


Wallahu’alam. Sekadar perkongsian. (Terima kasih kepada yang memberi maklumat http://pensil-tekan.blogspot.com)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan