my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 27 November 2014

Sahabat lama

Ini kisah semalam... 26 Nov 2014. Kemarin ada temujanji kt Hospital Taiping Pukul 3 ptg. Tapi Biqqmama n Hb pi awai skit sebab nk pi umah kawan Biqqmama yang dh lama tak jumpa. Diaorang suami isteri kawan Biqqmama masa study kt Polimas dulu, maknanya dlm 10 tahun lebih dh tak jumpa kot. Hanya jumpa kt alam maya jer la.

Bila Biqqmama tau dia dh pindah taiping so Biqqmama dh rancang nk jumpa dia kalau Biqqmama pi Taiping. Sepertimana yang dirancang, kami makan pagi kat kedai makan sebelah masjid sps, dah lama tak makan kt situ si biqqmama ajak hb makan kt sana. Dulu masa kerja kt jkr sps Biqqmama selalu jugak la makan kt kedai tu. Selepas  makan pagi kami terus bertolak ke Taiping.

Walaupun tak pernah pergi rumah kawan Biqqmama tu, tak la susah sangat cari rumah dia. Lagipun Pekan Kamunting bukannya besaq sangat pun. Lepas dua tiga kali pusing akhirnya jumpa jugak rumah kawan Biqqmama. Anak dia yang sulung n no 3 bersunat... bila tengok anak2 dia Biqqmama ingat kt irfan. Irfan pun nak bersunat jugak cuti ni, 5hb ni baru nk sunatkan irfan.

Asyik dok sembang... lupa Biqqmama nak ambik gambaq. Lepas makan tghari kami terus ke Hospital. Azizn Harun n Wan... nanti aku pi lagi umah hangpa tau... jangan la nk tutup pintu plak.

Khamis, 6 November 2014

semput

salam semua....
Pagi ni Biqqmama masih still semput, namun gagahkan jugak siap2 untuk pergi kerja. Nanti apa pulak kata opis kan, asyik2 mc jew. Dah la isnin n selasa mc ni khamis nk mc lagi. walaupun Biqqmama tau kalau biqqmama gi klinik sure dapat mc tapi tak mau la selalu sangat.

Biqqmama rasa semput Biqqmama ni makin manjadi-jadi sejak dua menjak ni. Nak menulis bloq pun rasa malas. Adakah faktor kegemukan menjadi punca utama semput Biqqmama ni. Apapun doakan semoga Biqqmama cepat sembuh.


hero Biqqmama

Selasa, 28 Oktober 2014

HUKUM PEGANG ANJING DENGAN SENGAJA

 


Mengikut pandangan Mazhab Shafie, hukum pegang atau menyentuh anjing tanpa sebab yang memerlukan adalah HARAM.
Hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu dan menjaga haiwan ternak ataupun menjaga ladang atau kebun.

b) Haram memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah.
Wallahu a'lam.
Sumber: 
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf

OBESITI TERLAMPAU DAN PEMBEDAHAN

Pembedahan bariatrik untuk atasi masalah obesiti

OBESITI adalah masalah kesihatan yang sekian lama dicelaru dan dikelirukan dengan masalah dan kepentingan kosmetik. Kegemukan, berat badan berlebihan, obesiti mahupun gemuk melampau menjurus pada masalah yang sama pada dasarnya, namun hakikatnya setiap satu istilah itu membawa maksud dan implikasi berbeza.
Perbezaan istilah ini diperjelaskan menerusi kiraan unit kadar khusus untuk mengklasifikasikan berat tubuh seseorang itu jatuh dalam kategori tertentu. Di seluruh dunia, berat tubuh seseorang dikira menggunakan ukuran Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI).
BMI adalah cara kiraan paling mudah di mana berat badan dalam kilogram dibahagi kepada tinggi individu dalam unit meter kuasa dua. Ini dilakukan bertujuan mendapatkan berat badan mengikut kesesuaian ketinggiannya.

Misalnya jika seseorang dengan berat badan 150 kilogram tetapi fizikalnya tinggi, jisim itu bersesuaian dengan tubuh, sebaliknya jika individu itu 80 kilogram dan rendah, berat itu akan menimbulkan masalah kesihatan buatnya.

Bagi orang Asia, kategori unit berbeza dengan kategori yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana memiliki rangka tubuh lebih kecil berbanding orang barat.

Perunding Pembedahan Am, Bariatrik dan Pembedahan Kurang Invasif, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr Jasmi Ali Yaakub, menjelaskan setiap kali berhadapan dengan pesakit yang bimbang mengenai kegemukan, perkara pertama yang akan dilakukan ialah mengukur kadar BMI pesakit berkenaan.
“Sebagai orang Asia, kata sepakat yang dicapai hasil rundingan anggota persatuan obesiti sekitar Asia pada 2004 membuahkan natijah terbaik apabila berjaya menetapkan kadar BMI khusus untuk orang Asia,” katanya.

Kadar itu menetapkan individu yang kiraan BMI antara 18 hingga 25 adalah normal, 25 hingga 27.5 (berat badan berlebihan), 27.5 hingga 32.5 (gemuk), 32.5 hingga 37.5 (obesiti kelas 1), 37.5 ke atas (morbid obesiti atau gemuk melampau) dan 50 ke atas dikategorikan sebagai ‘super obes’.

Sekiranya BMI lebih 32.5, maka individu itu berada pada kategori obes, sebaliknya jika kurang, mereka hanya dianggap terlebih berat badan. Jadi bila ada unit sedemikian, lebih mudah untuk mengklasifikasi dan menjuruskan kaedah rawatan mengikut BMI pesakit.

Bila seseorang itu jatuh dalam kategori obesiti dan dibiarkan tanpa rawatan, ia akan mengundang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah jantung, masalah tulang khususnya tulang belakang dan tulang lutut serta masalah sistem pernafasan yang menyebabkan sesak nafas dan susah tidur.

Individu yang terlalu berat atau ‘morbid obes’ juga berhadapan dengan kadar mati cepat atau kematian pramatang yang tinggi. Ini menunjukkan mereka yang gemuk melampau akan mudah mendapat penyakit kronik pada usia muda dan perlu pertolongan kerana ini bukan lagi masalah kosmetik, sebaliknya menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa.

Menurut Dr Jasmi, obesiti perlu dirawat kerana banyak penyelidikan mendapati obesiti yang dirawat mampu menurunkan berat badan yang tinggi pada kadar 85 hingga 90 peratus. Penyakit kronik dihidapi mungkin sembuh 100 peratus atau dapat dikawal khususnya kencing manis ‘mellitus’ (jenis 2) dan darah tinggi disebabkan obesiti.

Bagi pakar perubatan, rawatan obesiti perlu kerana ia akan membawa faedah yang baik kepada pesakit dalam jangka panjang. Faedah sampingan yang dinikmati apabila pesakit semakin kurus ialah berasa semakin sihat dan secara kosmetiknya kelihatan menarik.

“Di seluruh dunia, apabila seseorang individu diklasifikasi sebagai ‘morbid obes’ (BMI 32.5), kami syorkan mereka menjalani pembedahan ‘bariatrik’ (pembedahan penurunan berat badan) menerusi kaedah laparoskopi. Tujuan pertamanya untuk menurunkan berat badan dan kedua, mengekalkan penurunan berat badan untuk jangka lama,” katanya.

Bagaimanapun kaedah pembedahan yang dipilih bergantung pada pesakit. Banyak faktor yang perlu dibincangkan dan diambil kira oleh panel doktor dan juga pesakit seperti kedudukan kewangan, logistik, sokongan keluarga, keadaan kesihatan, kecergasan dan pelbagai lagi.

Pesakit perlu faham menjalani pembedahan ‘bariatrik’ bermaksud sanggup untuk komited terhadap kesannya seumur hidup. Ia mengambil masa enam hingga setahun dan tahap paling penting ialah tiga hingga enam bulan pertama di mana penurunan berat badan akan berlaku secara mendadak.

Pemantauan berat badan mengikut kadar yang dikehendaki amat penting oleh pakar yang akan mengira dan memantau sasaran penurunan berat badan dengan ketinggian dalam sebulan. Pesakit yang konsisten dengan rawatan susulan serta mengikut rejim diet yang disarankan pakar diet dan bersenam, punya potensi untuk sembuh dengan kadar segera.

Apapun, masyarakat menerusi media massa perlu disedarkan mengenai pentingnya mengawal berat badan demi kelangsungan hidup selain kewujudan kaedah rawatan yang khusus bagi masalah obesiti.

Selain persepsi dan kekaburan sedia wujud dalam kalangan masyarakat sekian lama, polisi insurans yang tidak melindungi pembedahan ‘bariatrik’ juga perlu dipinda kerana ia bukan kaedah digunakan untuk tujuan kosmetik, sebaliknya rawatan kesihatan yang mampu menyembuh dan mengawal pelbagai penyakit kronik sebutkan awal tadi.

“Segalanya bermula dengan pencegahan. Masyarakat perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai obesiti termasuk bagaimana melakukan kiraan BMI sendiri, selain mengamalkan gaya hidup sihat. Jangan membazir wang ke pusat penjagaan kecantikan kerana obesiti bukan masalah kosmetik sebaliknya mengancam kesihatan.

“Berjumpalah pakar kesihatan bertauliah untuk berbincang mengenai keadaan kesihatan semasa anda.”

Info
Teknik pembedahan laparoskopi dan kaedah pembedahan ‘bariatrik’


  • Menggunakan teknik tebukan yang kurang invasif.
  • Memberikan kadar penyembuhan yang cepat dan selamat.
  • Secara keseluruhan, ada tiga kaedah pembedahan ‘bariatrik’.
  • Kaedah bariatrik pertama - ‘Laparoskopi Gastric Bending’.
  • Kaedah bariatrik kedua - ‘Sleeve Gastractomy’.
  • Kaedah bariatrik ketiga - Laparoskopi Pintasan Usus atau pintasan perut.

    Kesan selepas pembedahan ‘bariatrik’
  • Tidak boleh makan banyak kerana perut sudah dikecilkan.
  • Kalau makan banyak, akan muntah.
  • Murung atau sedih sebab tidak boleh makan banyak.
  • Letih
  • Mula seronok bila berat badan semakin menyusut.
  • Pesakit kronik akan mula sembuh, pertamanya bagi pernafasan atau masalah berdengkur.
  • Dalam tempoh 4-5 minggu, penyakit kencing manis dan darah tinggi lebih mudah dikawal.
  • Isnin, 27 Oktober 2014

    PAYUNG



    oh!!! cerita payung lom habis rupanya... baru2 ni HB Biqqmama dapat lagi dua kaki payung Petronas... sebab masa nk tebus dulu payung dh habis. Bila HB Biqqmama ke station Petronas baru2 ni, diaorang tengah bedak payung yang baru sampai, so apalagi HB Biqqmama pun rembat la lagi dua kan.... sesekarang ni dh ada 4 kaki payung.


    Bermalam di Hospital Kepala Batas

    Salam Maal Hijrah buat semua bloger2 yang dikasihi. Dah lama Biqmama tak bercerita kt sini kan.... nk kata sibuk pun tak jugak, tapi kesihatan Biqqmama kurang memuaskan semenjak dua menjak ni. Biqqmama asyik2 semput (athma) jer, nk jalan kt dalam rumah pun dh semput sangat2.

    Sebelum Raya Haji bila Biqqmama pergi Hospital untuk ambik nabulizer Dr dah nk tahan tapi Biqqmama minta belas kasihan dari Dr sebab dh nak raya kan... Tak kan nk raya kt Hospital plak. Lepas jer raya Hari Jumaat Biqqmama rasa semput yg dah tahan lagi n bila Biqqmama ke hospital bahagian kecemasan untuk ambik nabulizer sure2 la kena tahan. Bermalamlah Biqqmama kt wad dari hari Jumaat sampai Selasa.

    Hari Selasa sebelum Biqqmama keluar wad, Biqqmama dapat perkhabaran dari Kakak Biqqmama yang Bapak saudara Biqqmama dah meninggal dunia di Kg Jabi, Astar. Tapi Biqqmama tak dapat balik sebab semua anak2 dh pergi sekolah nanti tak ada orang yang ambik.

    Hari Ahad 19/10/2014 Biqqmama satu keluarga balik kampg, tujuannya nk melawat mak saudara Biqqmama yang Bapak saudara Biqqmama meninggal hari selasa lepas. Sampai jer kt umah hujan turun lebat, air dah penuh kt depan rumah.... bestnya kalau dapat main air. Lepas Jumaat kami semua balik Bertam.

    25 /10/2014 Biqqmama n keluarga balik kmpg lagi sebab ada majlis menyambut menantu oleh kakak sepupu yang rumahnya betul2 berhadapan dengan rumah mak Biqqmama kt kmpg. Pukul 4 ptg baru sampai, so cam biasa la bila dh lewat ni.... lauk pun tinggal sedikit sahaja. Biqqmama makan nasi n laksa jew.

    Panjang nya ceritera Biqqmama kali ni..... apapun jumpa lagi

    Rabu, 1 Oktober 2014

    1 Oktober 2014

    Hari ni dh masuk bulan 10. Hari ni walaupun Biqqmama masih semput tapi Biqqmama tetap ke opis sebab dh 5 hari Biqqmama tak kerja. (mc), Rindu la pulak kt kengkawan n kerja-kerja yang masih bertimbun kt opis.

    Sekarang ni Biqqmama dh pun 36 tahun....dh tua dh pun. Besday kali ni Biqqmama tak buat apa2 pun sebab masatu kan Biqqmama otw balik dari bercuti. Dah tua2 nikan malas la nk fikir pasal besday2 ni.


    Bila la nk kuruskan badan ni.... insyaallah. Bukan nak cantik tapi nak sihat jew.

    Khamis, 18 September 2014

    CUTI SEKOLAH - FIRST DAY

    Cuti sekolah kali ni sebenarnya abah yang rancang, mulanya abah ajak kita semua ke CH jew sebab kawan abah nak joint skali ke sana. Pelan punya pelan akhirnya kawan Biqmama pun nak ikut skali (aunty maslinda). Seminggu sebelum bertolah destinasi diubah lagi, abah cadang baik kita ke Melaka dan Biqqmama plak cadang nak ke Terengganu. Tapi akhirnya mejoriti memilih Melaka, anak2 pun apa lagi sangat sukalah. Lagipun kami dah lama tak ke sana, ingat2 masa tu irfan masih kecik lagi kot.

    Hari yang ditunggu-tunggu pun sampai, hari jumaat malam kami bertolak dari rumah dan jumpa dengan aunty mas kt hentian Sg. Perak. Oleh kerana masih awal dan masih segar kita teruskan perjalanan ingatkan nk singgah Sg. Buluh nk mandi n solat tapi terlajak la pulak so akhirnya pukul 3 pagi kami sampai kt hentian Dengkil dan tidur kat situ.... hujan plak tutun dengan lebat so tidoq dengan nyenyak la jawabnya.

    Keesokan harinya selepas mandi n solat dan makan pagi kami terus bertolak ke Melaka. Oleh kerana chek in pukul 2 ptg so kami memilih utk ke Taman Buaya dulu.

    tag.... taman buaya

    kiyomi... kiyomi

    suka sangant buat aksi2 ni

    anak buaya...

    abah berani pegang ekor ja



    ngan abah

    muka memberontak

    tak mau senyum... dh ajak balik dh masa ni

    Rabu, 27 Ogos 2014

    Payung

    Olehkerana sekarang ni musim hujan so... Biqqmama nak cerita pasal payung lah yer. Payung yang Biqqmama maksudkan ialah Payung percuma yg diberikan kepada pengguna daripada Petronas yang diberikan apabila setiap pengguna mendapatkan 10 cop, dan setiap cop bernilai rm20.

    Ramailah orang dok bising cakap pasal depa semua tak dapat payung... seenaqnya Biqqmama dah dapat 2 dah pun... saja nak hangatkan hati org yg lom dapat. Cam nilah, Biqqmama nak bagi petua, jgn pergi tukar kt kedai yg besaq2 tapi pi kedai yg kecik jer.... kedai kecik2 ni jarang orang pergi.



    Jumaat, 22 Ogos 2014

    Jamuan Raya

    Minggu ni agak sibuk dengan jemputan raya. Semalam biqqmama dapat jemputan dari xopis Biqqmama JKR SPU.  Setiap tahun Biqqmama akan dapat jemputan dari JKR dan Biqqmama akan pastikan Biqqmama akan kesana bukan sebab nak makan sangat tapi nk jumpa kawan-kawan lama. Selalunya dah menjadi tradisi JKR SPU akan menjemput semua bekas2 pegawainya samada yg berpencen ataupun ditukarkan ke majlis jamuan raya. Dan dikesempatan inilah Biqqmama akan berjumpa semula dengan kawan2 biqqmama yg dh lama tak berjumpa.

    Oleh kerana Biqqmama sampai lewat semalam, so tak sempat la nk jumpa kengkawan lama, semua dh balik pun. Biqqmama orang yang terakhir sampai.... dok sembang punya sembang gambaq pun lupa nak ambik.

    Terima kasih kepasa JKR SPU atas jemputan.... insyaallah tahun depan kita jumpa lagi.



                                                                        

    Khamis, 7 Ogos 2014

    Talipon Baru

    Walaupun suasana raya masih terasa tapi Biqqmama kt opis ni masih sibuk. Banyak kerja yg lom selesai dan ditambah plak dgn kerja2 baru. Ni cerita sebelum raya ok.... Talipon Biqqmama rosak so Biqqmama mintak la phone baru kt my Hb. Pujuk punya pujuk akhirnya dapat jugak, talipon samsung jew.

    Bila dh ada talipon baru so banyak la gambaq2 yg kita ambik masa raya baru2 ni.



    Selasa, 5 Ogos 2014

    Suasana Hari Raya

    Kali ni Biqqmama cuma nk masukkan foto2 semasa Hari Raya yang lepas. Foto anak2, keluarga, sanak saudara dan juga sahabat Biqmama.

    ibu n fatin

    ibu n syasya

    otw balik astaq

    ngan anak buah

    kak ipar n anak buah

    irfan n sepupunya

    sanak saudara

    teman sepersekolahan (SMJ 91/95)

    anak2

    posing

    otw beraya

    sanak saudara (wa intan)

    wa intan ngan My BONDA

    Zulfiqri...... my anak buah

    syasya

    irfan

    fatin

    fatin, syasya n sepupu (siti zulaikha)

    gelagat sepupu sepapat

    anak2 maslinda

    potret fatin nur amani

    Isnin, 4 Ogos 2014

    salam lebaran

    hari ni dah mula kerja.... mood raya masih lagi ada. Nak bangun pagi ni malas rasanya, tapi kuatkan semangat jugak, masih diulit ketupat n lemang.

    Ingatkan aku ja yg malas, rupanya ada lagi insan yang malas nk datang kerja hari ni. cuti seminggu lh katakan. Kepada rakan-rakan blogger yang dah bekerja Biqqmama ucapkan selamat melaksanakan tanggungjawab anda... lepas ni kita pi open house plak yer.





    Jumaat, 25 Julai 2014

    SALAM LEBARAN

    Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf zahir dan batin kepada semua pembaca bloq biqqmama. Maafkan segala yang tersalah kata terkasar bahasa yang menyentuh perasaan mana2 individu. Salam lebaran dari Biqqmama n keluarga. 

    kepada yang pulang beraya di desa
    berhati-hati semasa memandu.
    ingatlah orang yang tersayang menanti anda.
     pulanglah dengan selamat kepangkuan 
    oarang2 yang tersayang

    maaf zahir & batin



    dari
    Biqqmama (huzaifa)
    sofian
    fatin nur amani
    syasya nur aisyah
    muhammad suhail irfan khalis
     


    Selasa, 8 Julai 2014

    Hari Keluarga PDT SPT/2014

    Salam Ramadhan buat semua umat islam, terutamanya buat pembaca-pembaca bloq Biqqmama ni. Bloq yang jarang dikemaskini..... hahahaha MOTO BLOG.


    Masuk Ja Ramadhan semua pakat sembang nak masak apa petang ni. Biqqmama pun tak ketinggalan jugak, biasanya biqqmama akan masak yang simple2 jer utk anak2, janji anak2 suka. Kalau beli kadang2 tu tak habis.... sayang kan makanan kalau dibuang. Malaysia ni terlalu meriah n kaya dengan makanan.

    Berbalik kepada tajuk kita yer. Hari keluarga ni sebelum Ramadhan lagi. Ini merupakan penglibatan pertama kali Biqqmama dgn hari keluarga PDT SPT. Almaklum jalah, sebelum ni biqqmama kerja ngan JKR. Hari keluarga tahun ni meriah jugak la, tema tahun ni warna merah. Biqqmama belikan warna yang sama untuk semua anak2 biqqmama.

    Cabutan bertuah Biqqmama dpt kupon rm100 kt TESKO n hadiah bertuah pulak Biqqmama dpt tupperware satu plastik, bersusun -susun lg la tupperware kt rumah.

    Hari Keluarga 2014

    Anak-anak Ibu yang bersemangat

    Tiub belon......

    Acara cari kasut sendiri

    Abah n anak2 yang besemangat

    Ini sembang ka senam
    Bahagian Pembangunan.... Sempena Perpisahan En. shahril

    Jumaat, 13 Jun 2014

    semput

    salam semua.... Hari ni dh hari Rabu, semalam Biqqmama semput lagi, so tak pergi kerja lagi. Hari isnin dah la masuk kerja lewat pastu semput la pulak jadinya biqqmama balik kerja awal, dh tak tahan dok kt opis.

    Entahlah sejak dua menjak ni Biqqmama asyik semput jew, mungkin dh berumur kot.... hihihi. Mungkin jugak sebab Biqqmama salah makan?? tapi entahlah makan apa yer? Biqqmama kan main tibai jer. hahahaha.

    Tapi yang pasti Biqqmama tak berani nak pi Hospital takut kena tahan la pulak. Biqqmama dh kena masuk wad 2 kali, serik dah rasanya. Kalau masuk wad pasal nak bersalin tu cita lain la pulaaak.

    Hari ni pun Biqqmama gagahkan diri (gagah= kuat) hihih untuk datang opis, makanan pun suruh member tapawkan, bukannya malas tapi nanti semput naik tangga. okeylah setakat ini sahaja untuk hari ni coz Biqqmama nak buat sebutharga kerja-kerja pembaikan masjid daerah. bye