my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 27 Oktober 2014

Bermalam di Hospital Kepala Batas

Salam Maal Hijrah buat semua bloger2 yang dikasihi. Dah lama Biqmama tak bercerita kt sini kan.... nk kata sibuk pun tak jugak, tapi kesihatan Biqqmama kurang memuaskan semenjak dua menjak ni. Biqqmama asyik2 semput (athma) jer, nk jalan kt dalam rumah pun dh semput sangat2.

Sebelum Raya Haji bila Biqqmama pergi Hospital untuk ambik nabulizer Dr dah nk tahan tapi Biqqmama minta belas kasihan dari Dr sebab dh nak raya kan... Tak kan nk raya kt Hospital plak. Lepas jer raya Hari Jumaat Biqqmama rasa semput yg dah tahan lagi n bila Biqqmama ke hospital bahagian kecemasan untuk ambik nabulizer sure2 la kena tahan. Bermalamlah Biqqmama kt wad dari hari Jumaat sampai Selasa.

Hari Selasa sebelum Biqqmama keluar wad, Biqqmama dapat perkhabaran dari Kakak Biqqmama yang Bapak saudara Biqqmama dah meninggal dunia di Kg Jabi, Astar. Tapi Biqqmama tak dapat balik sebab semua anak2 dh pergi sekolah nanti tak ada orang yang ambik.

Hari Ahad 19/10/2014 Biqqmama satu keluarga balik kampg, tujuannya nk melawat mak saudara Biqqmama yang Bapak saudara Biqqmama meninggal hari selasa lepas. Sampai jer kt umah hujan turun lebat, air dah penuh kt depan rumah.... bestnya kalau dapat main air. Lepas Jumaat kami semua balik Bertam.

25 /10/2014 Biqqmama n keluarga balik kmpg lagi sebab ada majlis menyambut menantu oleh kakak sepupu yang rumahnya betul2 berhadapan dengan rumah mak Biqqmama kt kmpg. Pukul 4 ptg baru sampai, so cam biasa la bila dh lewat ni.... lauk pun tinggal sedikit sahaja. Biqqmama makan nasi n laksa jew.

Panjang nya ceritera Biqqmama kali ni..... apapun jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan