my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat tahun baru

Sedar tak sedar hari ni dah 28 Disember 2012, tak lama lagi kita akan melangkah ke tahun baru, semoga azam tahun2 yang lepas telah terlaksana.... ibu jer lom terlaksana lagi ( nak kurus..... Opppppsssss) nak gelak pun ada. Azam nak kurus ni dh bertahun-tahun tapi masih dok macam tu la jugak.

2012 meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis ibu bersama anak2 serta keluarga. Sedar tak sedar jugak 5hb Jan. nanti kakak dah 10 tahun, dh masuk darjah 4, syasya pulak dh masuk darjah 2, irfan pulak 6 tahun. Masa berlalu begitu pantas hingga ibu rasa terlalu cepat dan pantas masa sehinggakan anak2 ibu dh membesar. Ibu doakan semoga anak2 ibu menjani anak2 yang soleh dan solehah, mendengar kata ibu dan abah. Belajar rajin2 sebab hanya harta itulah sahaja yang mampu ibu berikan buat anak2 ibu.

Azam tahun baru lom fikirkan lagi, mungkin cuba tunaikan azam tahun2 lepas dulu. Tahun ni jugak ibu telah kehilangan seorang kakak yang sangat ibu sayangi, kakak ke-2 dari 6 adik beradik. Kak cik telah kembali ke rahmatullah pada 7 hb Disember baru2 ni. Kak cik Meninggalkan 2 org anak dan suami yang jugak tengah sakit. Tuhan lebih mengayanginya......., kak cik pergi dalam usia 53 tahun boleh dikatankan masih muda, tanpa mengidap sebarang penyakit kritikal, pergi dalam tidur dn tak sempat menatap wajah2 kesanyangan di saat menghembuskan nafas yang terakhir. Sudah tersurat, qadak dan qadar, dia Dia yang mengetahui. 

Rasa terkilan yang amat sangat kerana ibu tak sempat memohon ampun dan maaf pada kak cik, walaupun ibu tahu pada hari raya qurban yg lalu ibu dh pun bermaafan dengannnya namun tak sangka itu adalah kali terakhir ibu mencium tangannya. Semoga roh kak cik ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Buat anak2 buah, cik harap sentiasa berdoa untuk mak, hanya itu bekalan untuk mak.

Buat semua pembacabloq ibu, walaupun tak seberapa pembacanya, ibu mengucapkan selamat tahun baru 2013, moga tahun baru ini menjanjikan sejuta kenangan buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan