my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 16 Februari 2012

Ibu buat kek

Sebenaqnya ibu sekarang ni dah terlebih rajin la pulak, sejak selalu menjengah bloq kawan2 yang rajin masak ni hobi buat kek ibu pun menjadi-jadi. Masa cuti maulidurrasul baru2 ni bila mak ngah cakap nak mai umah ibu dah plan pun nk buat kek kukus coklat moist, kali ni ibu buat 2 adunan takut tak cukup. Resepi cam biasa la ibu olah jugak dari resepi asal, kira apa yang ada la waktu tu. Ibu buat 2 adunan, masa bakar tu lama skit mungkin sebab kek tu tebal so lambat la skit masak. selalunya dalam 1 jam dah masak dah, ni dekat 2 jam baru msak. tapi alhamdulillah kek tu cantik sangat dan sedap sangat2. nanti ibu upload gambaq kt sini yer. Sebelum tu ibu buat kek coklat jugak tapi versi bakar sebab nak cuba oven baru. Kek coklat tu ibu topping dengan chease kt atasnya macam resepi yang ibu ambik katsini.








Kemarin ibu MC sebab ibu kena pergi klinik untuk rawatan susulan, tiba2 ibu dapat panggilan dari teacher syamla. dia cakap irfan deman sampai tak boleh bangun siap muntah2 lagi, risau betul ibu waktu tu. Sebab ibu tau anak ibu kalau sakit sikit tak akan buat hal ini mesti teruk. Irfan memang dah deman ibu ingatkan dah ok sebab pagi tu dia ok jer pun sebelum pergi sekolah.
Sampai jer kat sekolah cikgu tengah mandikan irfan, ibu dengaq irfan nangis2 masa mandi tu, cikgu cakap irfan muntah, makan jer terus muntah. Ibu risau sangat2, mana la tau kot2 jena jangkitan apa2 ka, sekarang ni kan banyak penyakit.  Ibu rasa elok jer ibu bawak irfan terus pi hospital. Irfan cakap dia sakit kepala n pening tak boleh nak jalan, ibu pun terpaksa lah mendukung hero ibu ni walaupun pada hakikatnya ibu bukannya larat sangat pun. Bila lepas Dr periksa dia cakap tak da apa2 cuma perut kosong n deman skit saja baru la hati ibu tenang skit n kita terus balik rumah. Alhamdulillah anak ibu baik sangat hari ni maklum la tak sihat kan, duduk kat dalam bilik tengok tv jer.
Bila ibu nampak irfan cam ok jer ibu pun ingat nak buat sesuatu untuk irfan. Oleh sebab irfan suka roti so ibu cadang nak buat Butter Bread Pudding macam kat Dapurku sayang. Ibu rasa semua bahan2 ada kt rumah....... tapi tiba2 bila ibu buka peti sejuk alamak telur tinggal satu jer, tapi biarlah bukannya ibu tak biasa menderhaka resepi ni...kuang3. alhamdulillah walaupun ibu guna 1 biji telur tetap menjadi tapi tak berapa keras sebab telur kurang. Bagi ibu puding tu tetap sedap dan irfan sangat sukakannya, sampai pagi ni pun dia nak bawal bekal puding tu kat sekolah, nasib baik lagi masih ada baki. Gambaq pun nanti ibu upload yer.











Masa ibu tengah tunggu Puding tu masak, ibu terfikir nak buat bubur nasi untuk irfan makan sebab dia kan asyik muntah sahaja. so ibu buat bubur yang simple2 jer cuma letak daging kalau ada udang lagi best, tapi ibu buat bukan untuk irfan jer makan tapi untuk satu family makan. Ibu tahu mesti anak2 ibu suka bubur nasi yang ibu masak ni. Habis satu periuk bubur yang ibu masak. Itulah kuasa air tangan ibu kan.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan