my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Sabtu, 7 Januari 2012

Cerita Minggu Lepas

Aktiviti awal tahun di Kampung Tok jauh

Pak Teh call abah suruh abah balik umah tok jauh bersihkan umah sebab tok dah nak balik, rumah dah lama tak duduk mesti la berhabuk dan rumput mesti dah panjang. Kita sampai umah tok dah petang sebab pagi tadi tu abah masih kerja. Petang tu ibu hanya sempat kemas kain baju tok yang ada kt atas rak sahaja.

Lepas solat maqrib semua dah lapar, ibu tak masak sebab tak ada apa2 kt dalam peti sejuk umah tok. Hari ni hari Jumaat so malam ni ada pasar malam, kita pergi umah mak sahaja dan beli makanan kt pasar malam untuk makan kt umah mak.(mak tu kakak ibu yg no.2)

Esoknya mulalah operasi mengemas, Haizal anak Pak Jang datang tolong abah potong rumput. Ibu n abah keluar beli tikar getah baru untuk ganti tikar lama kt umah tok. Lepas beli tikar gi beli lain2 barang lain untuk letak kt umah mak. Sebelah petang baru kami ubah barang2 dan pasang tikar getah baru. Dah lewat malam baru siap.

Esoknya pulak abah nak cat ruang tengah rumah, dah lama sangat cat yang kt dalam tu, so ibu suruh abah beli cat warna hijau gelap, tapi abah cakap warna tu tak der, so dia pilih warna hijau nk kebiruan, boleh la la tapi tetap bukan warna kesukaan ibu.

Petang ni kami dah nak balik, abah cuba siapkan kerja mengecat kt ruang tengah terlebih dahulu. Nampaknya kt ruang depan dah tak sempat lagi, so abah terpaksa balik lagi minggu depan untuk sambung kerja2 mengecat dan potong rumput serta baiki mana2 yang rosak.
Tikar getah baru dah siap pasang

Ruang tamu yang masih belum siap dikemas

Aktiviti anak2 bila ibu2 dan kaum bapa buat kerja


Nak tau depa main kt mana, kt dalam bonet kereta


Kakak pun joint skali main angri bird

Menu sebelah petang, mee  masin

Masin pun clear,..hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan