my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Isnin, 25 Februari 2013

Mengantuk

Hari ni dh mula kerja, kita bertolak dari Taman Sepadu Pagi tadi pukul 5.30pg. Bukannya apa, nak ke opis abah dulu, pastu baru kita balik jawi. Baju sekolah semua ibu dh iron, sampai nanti tak la terkejar-kejar sangat, mandi n terus pakai baju sekolah.

Abah skrg ni selalu saja ajak balik pagi isnin, ibu kan jenis susah nak tidur kalaupun ibu tidur ibu kerap terjaga malam. Simthom ni sebenaqnya dah lama ibu alami, sering terjaga malam dan masa terjaga tu ibu tidur sambil duduk, pelik kan? Masa mula2 dulu abah tak percaya bila ibu cerita, tapi bila dh selalu terserempak ibu tidur sambil duduk baru la dia percaya. Ibu rasa punca ibu tidur sambil duduk ni mungkin sebab ibu ni gemuk sangat kut...apa pendapat anda yang berbadan besar macam ibu ni? adalah anda mengalami masalah yang sama.

Bila tidur kita tak selesa jadi kita akan rasa mengantuk, megitulah yg ibu alami sekarang, sampai pernah suatu hari dalam 3thun lepas ibu xsiden dengan kakak (fatin). Alhamdullih masa kejadian tak ada kenderaan yg lalu, ibu dah masuk jalan org..... tetiba ibu dengar kakak panggil ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!, masa tu kereta dh masuk hutan. Ibu cuba sedaya upaya control stereng supaya ibu tak terbabas kedalam parit yg berhampiran, mujurlah ada pokok kelapa sawit dihadapan , kereta ibu berhenti akibat langgar kelapa sawit, kalau tidak maunya terjun longkang. Masa ni tak ada apa yg ibu fikir kecuali mati n fatin sahaja. Bila kereta dh stop tu ibu tengok fatin dok menangis...... ibu tanya dia ok tak? dia cakao 'ok'.  Oleh kerana tak ada org yang berhenti tolong ibu suruh fatin keluar kereta, rupa-rupanya kereka kami dh terjunam skit masuk longkang jadi org yg lalu kalau tak perhatikan betul2 memang tak nampak. Apapun alhamdulillah kami selamat, walaupun KBE ibu agak teruk.

Itulah cerita akibat mengantuk, so sapa2 ada tips nak shere ngan ibu... kongsi la kan untuk kebaikan kita bersama.

Jumaat, 22 Februari 2013

Jumaat Datang Lagi

Setiap kali Jumaat jer mesti ibu seronok, bukannya apa pun sebab hari jumaat ibu dapat balik rumah kita kt Taman Sepadu.

Oleh sebab selalu sangat cerita pasal hari Jumaat, kat sini ibu sertakan ekelebihan hari Jumaat :-


Antara 6 Kelebihan Hari Jumaat




1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)