my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Sabtu, 7 Januari 2012

Daging goreng kunyit

Rasanya kali ni ibu nak kongsi satu resepi yang anak2 ibu dan semua dalam keluarga kita suka. Masakan ni simple jer, ibu belajar dari tok jauh masa ibu lom kawin ngan abah lagi. Alhamdulillah selain ibu dan abah, anak 2ibu jugak suka. Daging goreng kunyit.

Maaf yer lupa plak nk snap gambar daging sahaja, ni menu malam semalam + ayam gorong . Daging goreng kunyit, ayam goreng n menu utama sambal belacan.

Menu malam semalam


Daging Goreng Kunyit

Bahan2nya:-

  1. Daging 1/2 kilo
  2. garam secukup rasa
  3. sedikit kunyit
  4. bawang merah, (saya guna bawang besaq saja), bawang putih, halia, kulit kayu manis (tumis)
  5. minyak untuk menumis
Cara2nya :-

  1. Masuk minyak dalam kuali dan tumis semua bahan2 utk menumis tadi
  2. Masuk daging yang telah digaul dengan garam dan kunyit
  3. goreng sampai air kering dan masukkan bawang n cabai melaka (cili padi)
* sesetengah orang akan rebus terlebih dahulu daging sebelum dipotong, tapi saya lebih suka goreng masa daging mentah, sebab masa goreng daging akan keluarkan air, air daging tu kan manis dan kalau digoreng bersama air daging lebih sedap la.

Daging yang dipotong nipis



Bawang n halia unuk menumis


Daging yang telah digaul dengan garam n kunyit


Bawang  n cili padi


Daging yang digoreng dah keluar air daging



Bila dah kering aor daging masukkan bawang besar n cili padi



Ahad, 1 Januari 2012

SALAM TAHUN BARU 2012

Alhamdulillah,
syukukur ke hadrad Allah kerana masih dipanjangkan usiaku untuk terus meniti kehidupan sebagai Khalifah dimuka bumi in.
 Terima Kasih Ya Ilahi, kerana masih memperkenan doa hambamu ini untuk terus melihat dan mendidik anak2 ku yang sedang membesar serta menjadi isteri yang solehah.....insyaallah.
ceeeewah tangkap leleh plak tahun baru ni.

Sebelum tahun baru,
bertolak balik kampung untuk bersih rumah mak,
mak dah nak balik umah ahad ni.....insyaallah,
maklumlah rumah dah lama ditinggalkan,
cik siti apa lagi bermaharajalela la,
rumah kampung kan...

Malam tahun baru keluar alor setar, kekononnya nak tengok bunga api kt pekan AS, masuk jer AS jalan terus jem, anak2 dah bising coz bunga api dah meletup, tapi kami masih lagi mencari paking Dan...... akhirnya dengan perasaan hampa kami terus balik, sesi pertunjukan bunga api dah selesai, anak2 ibu apalagi bising jer....

Hari ni kita semua sibuk, aktiviti menbersih tergendala sebab hujan lebat dari 4pagi sampai koi 10pg, so kami bersih kt dalam umah je la, abah sibuk mengecat ruang tengah, nanti bila tok balik nampak ceria la sikit umah dia. pagi ni mak(kakak ke-2, anak2 panggil mak) datang dengan anak dia, kakak. Pastu tetiba kakak yang no-3 plak sampai dari penang. so meriah la skit umah mak, bila balik ramai2 dapat berkumpul bayak la cerita coz sejak mak ke KL kami jarang balik umah mak kan... tapi bila dah beransur petang kami bertolak balik ke Bertam. Sebelum balik singgah sekejal rumah ngah sebab ngah kurang sihat. Pukul 9 kita sampai rumah... penat sangat tapi gagahi jugak untuk menaip sesuatu sempena tahun baru ni. Semoga hari ni menjadi hari yang penuh semangat untuk meniti hari2 yang seterusnya nanti.

Dan sambil menaip ni sempat lagi layan Jangan tidor lagi, artis undangan malam ni, dira, dhafi n azlin topik artis anak2 VVIP. Layan jeeeez....

Selamat tinggal 2011.