my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Selasa, 18 Oktober 2011

salam buat semua

salam...

rasanya sudah lama saya tidak menjengah blog ni, kesibukan tugas membataskan masa untuk menulis. buat pengetahuan semua, saya kini telah beralih tugas ke JKR KOMTAR Pulau Pinang.  Kerana masih belum diberi sebarang tugas jadi saya rasa rindu la pulak untuk menjengah blog ni.

 setelah 11 tahun berkhidmat di JKR SPU, kini saya telah ditempatkan di ibu pejabat. banyak kenangan pahit dan manis saya tinggalkan di JKR SPU. rasanya segala perjalanan kehidupan ini bermula di sana, sayu dan pilu rasanya untuk meninggalkan teman2 tersayang, namun demi tugas saya terpaksa.

walaupun begitu bukan bermakna saya akan terus melupakan JKR SPU, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bergopsip. hihihi.....



kenangan sewaktu sambutan Majlis Rumah Terbuka di JKR SPU baru2 ni. kesempatan ni bukan senang nk ambil....

Sabtu, 12 Mac 2011

malam minggu

malam semakin tua, embun sudah dihujung daun, aku masih melayan kerenah anak2 yang masih aktif bermain yang tak tahu mengenal lelah. itulah tanggungjawab ibu, tak pernah jemu melayan kerenah mereka walaupun kadangkala mulut ini sering mengeluh dan meleteri mereka, namun itu bukan bermakna kasih itu semakin pudar. kasih kasing semakin bercambah mekar seiring dengan kedewasaan mereka. teguran demi teguran sering dilontar untuk kematangkan mereka.

anak-anak,
ibu amat menyanyangi kalian bertiga,
ibu tahu ibu amat tegas dalam mendidik kalian,
namun itu semua untuk kebaikan kalian di suatu hari kelak.
 ibu tahu kedewasaan kalian akan mematangkan kalian.


wajah-wajah keriangan yang sering menemani perjalanan hidupku,
betapa meriahnya mereka, begitulah meriahnya hidup ibu,
hari-hari dipenuhi dengan gelak tawa mereka,
hari-hari begitu beerti sekali dengan melayan karenah mereka,
syukur alhamdulillah
kerana Allah masih memberi kesihatan yang baik kepada ku untuk terus melihat
mereka membesar.