my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Sabtu, 5 Februari 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2011

Selamat pagi, embun makin galak menitis namun mata ini masih belum mahu terpejam. sudah dua malam aku berada di kampung halaman sempena cuti perayaan kali ni. ku tingglkan suami dan hero kesayanganku di sana.

Balik kampung memang seronok, namun yang paling tidak seronok ialah berat badan aku pasti akan bertambah, maklum sajalah banyak menu yang dihidangkan. bangun saja pagi dah mengadap makanan, pastu mkn tghhari, petang n malam, tu tak kira lagi makanan ringan yang aku sumbat kt mulut aku lg..... hai apa nk buat hidup mesti makan.

balik ramai2 lagi la.... semua sibuk nk buat makan. makan, makan, makan. CNY plak kenduri sana-sini, semua tambah kalori, tambah lemah tepu.... so badan aku pun macam belon ler....

Khamis, 20 Januari 2011

rinduuunya

Dah lama rasanya saya tak menatap blog ni, kesibukan kerja membataskan saya untuk mencurahkan rasa hati saya di sini, biasa la awal2 tahun ni, macam2 kerja yg perlu diselesaikan.

Susahkan kalau kita berjiran dgn org yang kita kenal, kena jaga hati dan perasaan mereka, tapi hati dan perasaan kita tiada siapa yg endah.....

Hari ni cuti, so kesempatan ni aku ambil untuk mencoret apa2 yang ada dalam kotak fikiranku. hari ni Thaipusam, mesti ramai yang ambil kesempatan ni untuk balik kampung, sambung cuti esok skali dapat la 4 hari cuti..., cam saya ni nk cuti pun kena fikir banyak kali coz banyak kerja yang masih belom diselesaikan. PENING2.