my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Selasa, 7 Mei 2013

Mula Kerja

Alhamdulillah Pilihanraya dah pun selesai.... selepas bercuti 3 hari, so hari ni dh mula kerja. Alahai apa la nasib hari ni punya cerita, maklomja lah dah lama cuti so hari ni bangun dh cerah dah pun. Apalagi cam lipas kudung la jawabnya, yang penting hantaq anak pi skolah dulu, dh la hari ni depa exam.... sori la ibu tak terjaga plak pagi ni.

Apapun masih ada masa lagi masa hantaq depa kt sekolah, cuma itulah kan dah terbiasa pergi awai skolah so bila lambat skit pun dh gelisah. Kita tak pa, sampai lewat skit pun ok nanti kita cover la. Ini angkara abah la semalam nak balik lewat...... pukul 1 pagi baru sampai jawi, apalagi badan penat  tu yg tak jaga tu. Apapun semua dh selesai, ibu pun tak merah scan ari ni.

Cerita pasal pilihanraya kali ni, ibu tak mengundi pun, balik sg petani ja teman abah. Apapun cuti kali ni dok umah sahaja n ibu lebih rela melayan cerita Korea dari keluaq rumah. Sekarang ni kan cuaca panas la sangat, pukul 6 ptg masih lagi panas so nak keluaq pukul berapa? Ada la kot satu hari tu bawak anak2 ibu kt bertam perdana, dh lama tak pergi kan ada banyak jugalah perubahan. Dah ada tempat mainan selain dari tempat beriadah, sesuai la untuk family. Lagipun kalau erea bertam mana ada tempat yg sesuai untuk kanak2 main selain dari komplek sukan bertam. Itupun selalu tutup kalau ada perlawanan bola. Bila ada tempat riadah cam ni memang sesuai sangat2 untuk kanak2 main dan boleh jogging. Kawasan luas sangat cuma belum ada penjagaan sebab taik lembu masih bersepah kt atas jalan. Kalau boleh tempat2 cam tu jaga la skit kebersihan, jgn la biaq lembu2 masuk kawasan tu.

Gambaq lupa la pulak ibu nak ambik, tak pa lain kali kalau pi lagi ibu snap2 banyak2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan