my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 17 Mei 2012

AkTiviTi SeTiaP PeTanG

Tiap2 hari kita akan sampai rumah dalam pukul 7 petang, so tak da masa la sgt anak2 ibu nak main kt luaq. walaubagaimanapun anak2 ibu tetap nak main walaupun sekejap, irfan berhenti saja kereta siap tanya' nak main kt luaq boleh tak ibu?' kalau jawab tak boleh mau mengamuk baling semua barang, kalau cam tu baik tak payah tanya kan.... hai macam2 la perangai anak2 ni. Bila ibu cakap boleh ja, senyum smpai telinga. Ambik beg sekolah baling dalam rumah n terus ambik basikal. 

Ni perangai syasya plak, walaupun hari2 ibu ckp bawak masuk dulu semua beg sekolah namun dia tak pernah dengaq cakap, kalau ada budak2 yg dok main kt dpn umah dia mesti pi main dulu sebelum ambik beg... mau la suara ibu boleh dengaq setaman, hari2 kena cakap benda yg sama saja. Dan dengan perasaan yg marah dan bebal ambik la semua beg2 kt dlm kereta, barang dia saja tau. Kat dalam umah pulak cakap lagi..... 'baju masuk mesin syasya', 'ok ibu'. tapi oknya masih kt tempat sama. baju masih kt dalam beg lagi. ibu dah siap basuh beras nk masak nasi, bila masuk ruang tamu, 'ya Allah, tak buat lagi ka syasya apa yg ibu suruh?' 'ok2 nak buat la ni'.... 'lepas masuk baju mandi terus, lepas ni ibu nak tengok semua siap'. Macam tu lah jadi ibu kan.... hari2 berleter jer , mesti anak2 boring. Kalau tak berleter kerja tak menjadi, ibu tak sempat nak buat semua kerja kt umah so anak2 ibu kenalah tolong ibu. 

Ibu berkerjaya cam kita ni kan cam tu lah agaknya rutin setiap hari. Itu hal syasya, Fatin pulak mungkin sebab dh 9 thun dia dah faham lagipun dia anak sulung kan. Sampai jer umah terus bawak masuk barang2 dia n adik2 skali. Simpan beg sekolah dalam bilik n terus salin baju pastu mandi. Lepas mandi buat kerja sekolah ataupun tengok TV jer. Jarang sangat dia keluaq main. Itulah karenah anak2 yang ada kt umah. Sementara nak maghrib, bila semua dah masuk rumah lagi la kena berckp, hai tak habis2 la bercakap.

dok main cikgu2

main basikal jugak..

dua2 nak main

kawan satu taman

cam ni la tiap2 petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan