my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 29 November 2012

16 November 2012

Apa cerita ya disebalik 16 hb November ni, kalau 16 September hari jadi ibu....hari ni hari jumaat, adik abah  anak mak sham akad nikah hari ni kat padang sera. Semalam lagi kita dh bertolak balik kg  tido kt umah tok Teh. Ibu ada dapat panggilan semalam dari adik com sepupu ibu yang kakaknya koma kt hospital ipoh. Nak pergi jauh sangat....... so kita doakan dari jauh semoga adik jah sihat.

Masa kt rumah pengantin perempuan ibu dapat call yg sepupu ibu dh meninggal....dijangka sampai untuk dikebumikan di kuala kedah lepas magrib nanti. Tok n ngah dah call ckp depa nak pi dulu, ibu pulak nak balik umah tok dulu kemas barang2 sebab nak blik terus ke bertam. Ibu sampai dlam koi lapan, lama jugak menunggu baru mayat sampai. lepas tengok manyat dan sedekah alfatihah kita terus bertolak balik ke bertam. Syasya ibu tinggalkan dengan tok di kampung, sian syasya. Ibu nak bawak balik sini risau jugak sebab tak dak org kat umah.

Itulah kejadian2 yang berlaku sekitar 16 hb November 2012.

Cuti Sekolah

Dah nak masuk minggu ke 3 cuti sekolah, anak2 ibu tinggalkan kt kmpg, sorang kt langgar n sorang lagi kt Sungai petani. Kenapa ibu pisahkan mereka berdua???? biasa la, anak2 ibu ni kalau berdua dua tu akal lagi panjang nanti menyusahkan plak tok yg menjaga. Dah la tok tak berapa nak sihat, nanti sebab kerenah anak2 ibu tok sakit. 

Irfan plak dok ngan ibu, masa kerja ibu hantaq umah cik bayah la, bulan 12 ni cik bayah mintak cuti sebab nk gi makan angin, yer la kan skrg kan cuti sekolah mesti la nak bawak anak2 jejalan makan angin. Ibu plak lom plan pun nak bawak anak2 ibu, sebab ni kalut nak pindah rumah pulak.... jgn la terkezut bila ibu ckp nak pindah umah plak, rumah yg sewa skrg ni ibu rasa tak sesuai la, sebab semua anak2 ibu nk duduk kt bawah jer, tido pun nk kt bawah jugak. Rugi jer sewa rumah 2 tingkat walhal yg guna kt bawah saja.  Masa ibu jejalan baru ni ada la jumpa org nk sewa rumah teres setingkat, ibu tanya abah n abah pun ckp ok, kita pindah bulan 12, ni bulan terakhir kita kt bukit panchor. lepas ni kt jawi jaya plak.

Haaahahahah, nak pindah esok, tapi satu barang pun ibu lom siap lagi, baju2 masih kt dalam almari, baju anak2 lagi OMG......semoga dipermudahkan olehNya. Ibu la ni dok tengah fikir nk hantaq irfan kt mana, ibu rasa cam nk hantaq sekolah agama, tapi kalau ibu dpt pindah ke spu semula cam mana????? ibu mesti tunggu smpai irfan darjah 6, tak kan nk dok sini smpai 7 thun, ohhhhh tak sanggup rasanya. ok masih ada masa nanti kita fikirkan semula......