my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Sabtu, 12 Mac 2011

malam minggu

malam semakin tua, embun sudah dihujung daun, aku masih melayan kerenah anak2 yang masih aktif bermain yang tak tahu mengenal lelah. itulah tanggungjawab ibu, tak pernah jemu melayan kerenah mereka walaupun kadangkala mulut ini sering mengeluh dan meleteri mereka, namun itu bukan bermakna kasih itu semakin pudar. kasih kasing semakin bercambah mekar seiring dengan kedewasaan mereka. teguran demi teguran sering dilontar untuk kematangkan mereka.

anak-anak,
ibu amat menyanyangi kalian bertiga,
ibu tahu ibu amat tegas dalam mendidik kalian,
namun itu semua untuk kebaikan kalian di suatu hari kelak.
 ibu tahu kedewasaan kalian akan mematangkan kalian.


wajah-wajah keriangan yang sering menemani perjalanan hidupku,
betapa meriahnya mereka, begitulah meriahnya hidup ibu,
hari-hari dipenuhi dengan gelak tawa mereka,
hari-hari begitu beerti sekali dengan melayan karenah mereka,
syukur alhamdulillah
kerana Allah masih memberi kesihatan yang baik kepada ku untuk terus melihat
mereka membesar.





Isnin, 7 Februari 2011

Lawatan ke sabah


Gambar ni ibu ambil semasa opis ibu buat lawatan ke Sabah. Lawatan ni Bhagian Bangunan yang anjurkan, tapi ada jugak bahagian lain yang dijemput turut serta. So ini merupakan kali ke-2 ibu menjejakkan kaki ibu di Sabah, masa pertama kali dulu waktu menjadi pemerhati KMK, ibu dengan kawan2 ibu pergi bagi mewakili JKR SPU sebagai pemerhati KMK peringkat Kebangsaan kt sana.
Untuk lawatan kali ni, bahagian banguinan melantik satu agrn yang akan menguruskan penginapan dan lawatan semasa kami kt sana. penat betul ibu, yer la kan aktiviti padat sangat. gambar ni masa kami nak bermalam di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ibu lupa la nama tempatnya. Sampai jer kat airport terus ja kami ke sana, bayangkanlah kepenatan yang kami rasakan. esok plak awal2 pagi kami akan bertolah ke bandar KK, akan menginap di sana plak. Dalam perjalanan ke KK macam2 tempat yang kami singgah, tak terdaya ibu dibuatnya. Tapi yang seronolnya sebab ibu pergi dengan kawan2 so tak la terasa sangat. Nanti kalau ada masa, ibu bawak anak2 ibu kesana, kita cari tiket yang murah skit, maklum la kita kan ramai.
Sebanaqnya banyak lagi gambaq, tapi ibu tak sempat la nak upload, nanti2 kalau ibu ada masa ibu uploadkan untuk tatapan pengunjung blog yer.




Masing2 sibuk bergambar sebagai kenangan, esok kami diberitahu kami tak akan singgah lagi tempat ni. Tu yang masing2 sibuk dok posing tu. Bukan senang nak sampai Sabah kan.