my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 30 Januari 2014

Makan-makan kat Opis



Hari ni kita cerita paal makan yer, dh lama tak bercerita pasal makan2 ni kan.....
Biqqmama tak masak pun hari ni, kawan Biqqmama yang masak. Menu hari ni ialah Stembot. Makan ramai2 kat opis, ada la hamba Allah yg sponser, alhamdulillah rezeki jangan di tolak. Tapi tadi Biqqmama lupa nak snap gambaq, so gambaq ni ehsan dari En. Google, tq yer En. Google.

Nanti Biqqmama cerita lagi yer... Esok Gong Xi Fa Chai, Biqqmama nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina semua yg menyambutnya esok. Harap2 balik nanti jalan tak jem.

Jumpa lagi hari isnin

Rabu, 15 Januari 2014

Maulidulrasul

Alhamdulillah, tahun ni biqqmama dapat meraikan kelahiran Rasul Junjungan kita Muhammad. Sempena 12 Rabiulawal Penang juga meraikan Junjungan Besar kita....... Smua rakyat Penang dapat cuti.

MAULIDUL RASUL

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.





MaulidulRasul Tahun ni jatuh hari selasa, kiranya kerja satu hari pastu cuti plak, syoknya biqqmama kalau bab cuti2 ni. Almaklum sajalah kerja kt BM ni tak jauh sangat tapi jalan Jem la pulak. Kalau lewat skit jawabnya mak sampai lewat lah. Pas tu kerja 2 hari cuti pulak..... betapa bahagianya biqqmama.

Biqqmama tak sertai pun perarakan MaulidulRasul tahun ni, biqqmama kan kt opis baru so belum mesra alam lagi lah.

TERPUTUS HUBUNGAN

Sebenaqnya dah 2mingu biqqmama terputus hubungan ngan dunia luaq, ngan kawan2 biqqmama. Charger tablet biqqmama rosak lagi, biqqmama plak dah pindah BM so tak tau kt mana nk dpt charge murah cam kt SPS. Apa cerita la kawan2 Biqqmama semua kan....




Isnin, 6 Januari 2014

HAPPY BIRTHDAY.... FATIN NUR AMANI

Alhamdulillah, kemarin genap umur anak biqqmama yang sulung 11 tahun, tak sangka biqqmama masa terlalu cepat berlalu. Ibu dan abah harap kakak menjadi anak yang solehah, menjadi contoh kepada adik2 dan menjadi harapan ibu dan abah agar kakak menjadi insan yang berguna untuk agama dan keluarga. Kita layan gambar2 fatin dah la yer......




dgan arwah wan

dgn tok


Kuarters bertam Indah

kuarters bertam indah







Khamis, 2 Januari 2014

SALAM TAHUN BARU

Buat semua teman2, biqqmama ucapkan selamat tahun baru 2014. Rasanya masih belum terlewat lagi kan.....
Mesti ramai yg merindui biqqmama kan? dah lama benor rasanya tak mencorat coret kt sini. Tapi itu bukan bermakna biqmama tak mengikuti perkembangan bloger2 cuma masa yang tak berapa mengizinkn biqqmama.

Untuk pengetahuan semua, Biqqmama dah pun berpindah opis. Dulu kat JKR SPS sekarang kat Pejabat Daerah Bukit Mertajam SPT pulak. Alahamdulillah permohonan biqqmama dipermudahkan dgn seorang sahabat biqqmama dpt bertukar, so biqqmama menggantikan tempat beliau kt sini.

Dan akhirnya biqqmama dh berpindah balik ke rumah biqqmama kat tasek gelugor. Anak2 biqqmama pun dh berpindah sekolah tahun ni. Irfan pun dh masuk darjah 1 kt sekolah Pengkalan Jaya. Kali ni semua urusan persekolahan abah yg uruskan, maklom jer lah ibu kan dh kerja jauh skit.

Diawal tahun baru ni mesti semua sibuk kan... ada yang anak nk masuk tahun satu, ada yang pindah sekolah n macam2 lagilah. Selagi hidup itu semua adalah rencah kehidupan kita, ada pahit dan juga ada manis. tak semuanya indah belaka, adakalanya terusik jua hati kita kan....