my blog

nama

Pengikut

JGN LUPA KLIK

iklan jap

Khamis, 24 Mei 2012

Syasya Buat Hal LaGi

Ya Allah, hari ni tercabaq sungguh aih kesabaran aku sebagai ibu hari ni.... baru ja sampai sek kafa n paking la kereta. Tiba2 mai la sorang akak ni kan bagi salam n tanya 'ni mak syasya ka'. Aku dengan senyum sampai telinga ni pun jawabla, 'ya saya mak syasya, ada apa?'   Dan tiba2 syasya pun masuk dalam kereta. Akak tu cakap ' anak saya cakap syasya ambik pensel khat dia... anak saya menangis n cakap syasya yg ambik pensel dia. Tersirap darah aku makcik oiiiiii, aku tau dah anak aku kalau tanya mesti tak mengaku.... budak2 kan. Aku pun buat2 tanya la nanti dia kata aku tak ambik berat pasai anak2 aku plak kan. Syasya masih kata yg dia tak ambik, kawan dia yg ambik..... n macam2 ayat la yg dia dok karang kt aku.....

Pas tu mak budak tu pun cakap la, ' saya dah tanya dah anak saya, saya pun dh pi cari dah kat bawah meja .... tak dak pun' semua yg syasya cakap tu bohong semata-mata'. Apakah perasaan anda kalau dok kt tempat aku masa tu. Ini sudah lebih cakap elok2 tak bleh ka..... kang satu sekolah dengaq suara aku. bukan aku nak percaya cakap anak aku, aku pun tau memang dia yg ambik... aku ni mak dia aku tau la perangai anak aku. Tak payah la nak tengking2 kt situ, bayangkanlah betapa malunya aku waktu tu, dengan penat baru balik kerja drive dah la sejam lebih tiba2 nk ckp yg bukan2. 

Dan untuk mengelakkan terjadi lebih banyak cerita yg tak elok aku kata kt dia... ok lah cam ni, esok saya suruh kakak syasya pi cari kt meja yg syasya kata tu, kalau ada ka tak dak ka... saya ganti baru, baru la aku tegok muka dia cam suka skit. Siap soal selidik anak aku cam polis...... lagi la anak aku takut. Aku pun cepat2 beredar dari situ takut lain pulak yang jadi.

Aku tau syasya sebelum ni pun suka ambik barang orang, dh berbuih mulut aku cakap n marah tapi kalau tanya elok2 dia akan cakap betoi. Aku ni cara lembut pun aku dah buat cara yg kurang lembut pun dah.... nak wat cam mana, dia cam suka ambik benda org. 

Dan sampai saja di rumah..... dengan tahap kesabaran dh dh sampai kemuncak, syasya aku rotan, zalimkah aku sebagai ibu? seperti yg aku cakap tadi dah berbuih mulut aku cakap dgn cara yg baik, lepas aku cakap abah dia cakap lagi... bukan itu sahaja kakak2 aku pun dah cakap, tapi masih berulang. Dulu aku bagi sehari rm3 tapi sejak peristiwa tu aku tambah lagi seringgit. Aku cakap nak beli apa habaq kt ibu.... jgn ambik benda org, jgn malukan ibu lagi, kesian la dekat ibu n abah yg kerja cari duit nak bagi syasya belajar n jadi orang pandai bukan ibu suruh syasya pi sekolah ambik barng orang.... sedih la aku bila benda macam ni jadi.

Ini story aku la, kalau korang tak suka tak payah baca.... aku pun tak pernah paksa. Sekadar meluahkan apa yg tersirat dalam hati seorang ibu...


HaPPy BeSDaY SuHaiL

Tanggal 20hb May baru2 ni genaplah umur Irfan 5 tahun, sekarang dah pandai cakap, cakap pun dah terus tak macam dulu lagi dah. Semoga anak ibu panjang umur ibu n abah sayangkan irfan, semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar cakap ibu n abah. Sekarang ni dah pandai suruh ibu panggil dia abang, sebab dia cakap dia dah besaq. Cuma satu lagi saja perangai buruk yang belum dapat buang..... suka merajuk.

Besday Irfan ni ibu tak plan nak buat apa2 sangat, cuma ibu ingat nak buat kek coklat n puding saja, itupun ibu rasa mesti irfan dah suka sgt2. Ibu buat 2 biji kek satu vanila kek dan satu lagi kek coklat.

kek vanila

Puding triffle

Kek coklat. Abah yang tak sabaq nak potong

Khamis, 17 Mei 2012

SeLaMaT HaRi GuRu

Kemarin 16 Mei adalah hari ibu, so anak2 pun sibuk jugaklah nak beli hadiah untuk cikgu, tapi yang kena membelisnya ibu depa jugak la. Nasib baik anak ada 3 ja kalau ramai mau kopak beg duit ibu ni. Ok tak apalah demi anak2 n demi cikgu yang dah banyak mencurah bakti untuk anak2 . 

Teringat masa skolah dulu, ibu bagi kad yg dibuat sendiri saja, masa tu mana ada duit. Anak2 skrg ni kalau tak dak duit mintak ja kt ibu n bapa kan. Zaman sudah berlalu, dulu ibu n keluarga bukan org senang so tak berani nak mintak duit sebarangan kt tok n tok wan. 

Antara nama cikgu yg masih ibu ngat sampai skrg ialah, cikgu sumarti, cikgu faridah, cikgu hamid, ustazah norhayati, ni nama2 cikgu sekolah rendah tau, SK Teluk Jamat. sekolah menengah plak cikgu Bakar, cikgu hasnah, cikgu asma, ustazah zainab ni cikgu SM Jabi. Masa tingkatan 4 n 5 ibu sekolah kt Kulim SMV Kulim. Cikgu yg paling ibu ingat, cikgu sy Noreha n Pak Det. Selamat Hari Guru buat semua guru yang amat ibu hormati. Jasamu tetap ku kenang...... 

AkTiviTi SeTiaP PeTanG

Tiap2 hari kita akan sampai rumah dalam pukul 7 petang, so tak da masa la sgt anak2 ibu nak main kt luaq. walaubagaimanapun anak2 ibu tetap nak main walaupun sekejap, irfan berhenti saja kereta siap tanya' nak main kt luaq boleh tak ibu?' kalau jawab tak boleh mau mengamuk baling semua barang, kalau cam tu baik tak payah tanya kan.... hai macam2 la perangai anak2 ni. Bila ibu cakap boleh ja, senyum smpai telinga. Ambik beg sekolah baling dalam rumah n terus ambik basikal. 

Ni perangai syasya plak, walaupun hari2 ibu ckp bawak masuk dulu semua beg sekolah namun dia tak pernah dengaq cakap, kalau ada budak2 yg dok main kt dpn umah dia mesti pi main dulu sebelum ambik beg... mau la suara ibu boleh dengaq setaman, hari2 kena cakap benda yg sama saja. Dan dengan perasaan yg marah dan bebal ambik la semua beg2 kt dlm kereta, barang dia saja tau. Kat dalam umah pulak cakap lagi..... 'baju masuk mesin syasya', 'ok ibu'. tapi oknya masih kt tempat sama. baju masih kt dalam beg lagi. ibu dah siap basuh beras nk masak nasi, bila masuk ruang tamu, 'ya Allah, tak buat lagi ka syasya apa yg ibu suruh?' 'ok2 nak buat la ni'.... 'lepas masuk baju mandi terus, lepas ni ibu nak tengok semua siap'. Macam tu lah jadi ibu kan.... hari2 berleter jer , mesti anak2 boring. Kalau tak berleter kerja tak menjadi, ibu tak sempat nak buat semua kerja kt umah so anak2 ibu kenalah tolong ibu. 

Ibu berkerjaya cam kita ni kan cam tu lah agaknya rutin setiap hari. Itu hal syasya, Fatin pulak mungkin sebab dh 9 thun dia dah faham lagipun dia anak sulung kan. Sampai jer umah terus bawak masuk barang2 dia n adik2 skali. Simpan beg sekolah dalam bilik n terus salin baju pastu mandi. Lepas mandi buat kerja sekolah ataupun tengok TV jer. Jarang sangat dia keluaq main. Itulah karenah anak2 yang ada kt umah. Sementara nak maghrib, bila semua dah masuk rumah lagi la kena berckp, hai tak habis2 la bercakap.

dok main cikgu2

main basikal jugak..

dua2 nak main

kawan satu taman

cam ni la tiap2 petang

Selasa, 8 Mei 2012

Makan LaGi

Kebanyakan cita mesti bab makan, tengok jer la orgnya kan....usha badan la, hahahaha. Ni masa makan hari sabtu lepas, makan seafood dkt tempat baru buka dekat2 dgn Qbay. Tapi bukan blkg QBay tau, ni kawasan baru. Tak pernah makan lagi, tapi katanya sedap lgi drp Teluk Tempoyak. So kita cuba, tak salah kan. Ibu dok tengok2 gak la nama restoren yg kami masuk tu tapi tak nampak nama pun... kt situ ada banyak kedai, kami makan kt kedai yg paling hujung, depa kata tu kedai Awie... tak tau la pulak ibu.

Malam ni kita pi makan ngan kawan abah skali, merangkap jiran kita gak la, Pak cik Man n Mak Cik Ju dan Aufal skali. Abah n Pak cik man yg oder makan... ikan merah bakar n masak 3rasa, kerang sambal, sotong goreng kunyit, n cendawan goreng, air asam n epal. Wwalaupun org ramai tapi sevisnya bagus sangat2, cepat ja dh smpai menu yg kami oder. Irfan n Aufal sibuk nak main air kt tepi pantai, dari kedai boleh nampak jabatan Pulau Pinang.

alaaaaaa. lupa la plak, gambaq kt hp abah. Tak pa nanti ibu upload. Tunggu dulu cerita belum selesai, lepas makan kt situ cik man ajak abah lepak2 kt Padang Kota la, kita ikut sja sebab dh lama sgt ibu tak pergi padang kota kan, kalau ajak abah mcm2 alasan la dan akhirnya kita smpai jugak Padang Kota malam ni.

Oleh sebab malam minggu teramat la ramai org kt sana, paking penuh, nasib kita baik sebab akhirnya dpt jugak paking walaupun terpaksa menapak jauh skit. Masa tu dh pukul 11 mlm tapi org masih penuh mcm baru pukul 7 ptg. Kt situ ada banyak jugak la org meniaga tapi harga jgn tanya la makcik oiiiii, sket punya mahal la.

Nasib baik ada playground kt situ so anak2 ibu boleh la main, tapi aufau dah tidoq la pulak so tak dpt main. Nama pun anak2 kan, tgok jer mainan yg pelik2 sibuk ja nk beli, bila dh dpt senyap je la. Kita lepak kt situ smpai koi 12 jer, sebab kepala ibu dh sakit2, waktu kami nak balik tu org masih ramai dan ada yg baru smpai, ada yg memancing, berbasikal, dan macam2 la aktiviti. Happening la sangat kt situ, macam2 ragam org kita boleh tgok.



cantik kan gambaq ni






JaLan2 CaRi MaKaN

Entri kali ni bab makan pulak, oleh sebab dh lama tak makan2 kt luaq so anak2 ajak ibu n abah makan western food. Kat mana yer nk cari tempat best malam2 ni, yang sedap jauh la pulak. Masa keluaq umah masih belum plan lagi nak makan kt mana, fikir punya fikir akhirnya........................ dekat Teluk Air Tawar jer lah tak jauh sangat.

Ramai sangat org mlam ni, nasib baik ada tempat duduk itupun kt hujung2. Dah la dekat tempat masak, macam2 bau ada pas tu nyamuk punya la banyak. Tapi servis baik punya, sekejap ja tunggu makanan sampai. Kalau lama lagi tak tau la.... mau kena pi beli ridset dulu la.

juling mata sebab asap lapaq

merajuk sebab kena marah

ni menu irfan... 

ni menu syasya n fatin.... chiken cop

abah plak sizling lamp

hahahaha... tinggai pinggan jer, ibu makan apa tah lupa la


gambaq tak berapa cantik sebab pakai phone ja.

Rabu, 2 Mei 2012

HuJunG MinGGu Di SeDiM

Hari Ahad yang lepas anak2 merungut sebab dah lama tak pergi berkelah kt air terjun, Ibu pun ckp la kt abah yg anak2 ajak berkelah, kt Tupah pun tak pa. Tapi abah cakap nak pi Bukit Hijau, ibu ok jer asal anak2 suka. OTW nak sampai bukit hijau hujan turun dgn lebatnya, ibu ckp ' ni mesti tak dpt mandi sebab hujan turun air bukit mesti laju'. Kakak cakap nak pergi jugak... okey tak pa, alang2 dah pi bagi smpai puas hati.

Smpai ja dlm koi 3.50 pm cam tu kawasan Bukit Hijau cam dah pukul 7 mlm, naik risau pun ada pastu tak nampak kelibat orgpun. Ibu ajak abah masuk dlm lagi, baru la nampak beberapa biji kereta, tapi hati ibu masih tak seronok n rasa semacam ja. ibu tak bagi abah turun sebab nampak pelik sangat kawasan tu, dah la kotor n kawasan tu mcm dah tak di jaga. Sayang sangat, dulu Bukit Hijau adalah salah satu pusat riadah yg sangat cantik, so dgn keadaan cam skg ni patut la tak ramai yg datang berkelah lagi. Ibu pun sebenaqnya dh lama tak pi tu yang nak pi BH tu. Tapi Tak pa kita masih ada satu lagi pilihan.......

Abah dah ajak balik pun, tapi kakak masih berkeras nak pergi jugak mandi kt tempat lain, so ibu ajak abah pergi Sedim, jarak dari BH ke sedim tak la jauh sangat.... Smpai di sana ibu ajak abah singgah kt Pusat Berkelah Lubuk Jong, sebab ibu tau kt Sedim mesti air sangat kuat sebab masa tu masih hujan. Kt Lubuk Jong kawasan riadahnya lagi best dari kat atas... kawasan landai sangat sesuai untuk anak2 n family. tapi oleh kerana   tak dak tempat nak duduk kita lepak kt dlam kereta sahaja tunggu kot2 ada yg beredar. Tunggu punya tunggu tapi tak dak org pun yg beredar so ibu ajak abah cari port lain. Abah keluaq dari Lubuk Jong menuju ke atas lagi, sebelum pintu masuk sedim  yg dikenakan bayaran untuk parking ada lagi satu tempat riadah, so ibu ajak abah masuk situ. Bukan tak nak masuk sedim, bimbang kalau2 tak dak parking keluaq cam tu ja, buang duit jer bayaq rm2 sedangkan ada lagi tempat untuk mandi. Kali ni kita ada rezeki, ada satu pondok kosong, abah terus parking kat situ, dan kita pun bawak keluaq makanan yang kita bawak... maklum saja la semua dh lapaq. Lepas makan n hujan pun dah berenti fatin ajak abah mandi jugak, abah pun pi la tengok kawasan yg cetek skit untuk anak2 main.

aksi irfan yg tak dapat mandi lagi....


air yang sangat laju

Lepas hujan biasanya air akan laju sangat2 so tak sesuai untuk kanak2, org dewasa pun tak mandi takut air kuat, air bukit kan. Bila dah jumpa apalagi terus la depa mandi, iabu nasihatkan supaya mandi kt tepi saja sebab kt tengah air masih lagi laju, bimbang jugak la. Akhirnya dapat jugak kakak, syasya n irfan mandi air terjun... so lepas ni tak la bising lagi.....

main kt tepi2 saja , tgok la kt blkang tu.. air laju sangat

sebelum mandi posing dulu yer

suka la dapt main air

main puas2

Irfan yg suka posing

mana ada org pun yg mandi , family kami saja, itupun kt tepi saja la.

masa kasut ni disusun, air masih belum naik kt sini, tapi masa kami dah nak balik air dah sampai tangga ni

Lelong2..... siapa cepat dia dapat. kontrol macho la pulak laki aku ni.


air yg semakin laju


Lepas ni nak cerita pulak pasai sesat masa balik dari SEDIM.